• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa…!!

April 21, 2018 by Nina Mirza 24 Comments

JK1M

Kevin Zahri

Korang pernah dengar tak program JOM KURUS ? Alaa… program kelolaan Kevin Zahri – coach fitness yang femes tu. Nina pernah laaa dengar beberapa tahun yang lepas. Tapi masa tu tak pernah ambik port sangat pun.. rasa tak penting masa tu

JK1M10

JK1M JOM KURUS KLCC KAPTEN BLACK

Terdetik dalam hati ni meronta-ronta nak tahu apa yang best ngan program JK1M ni. Bila tengok gambar testimoni depa ni memang peserta semua dari gemoks jadi kurus! Apa depa makan, apa depa buat sampai betul-betul kurus? Tentu ada rahsia ni…!! Tengok tuu… tengok tuu …!! Memang dia dah kurus awakkk…. Kena korek ni… nak tau rahsia depa.  Mak jemah sangat kannn….. HAhaa

Rupanya program Jom Kurus ni dah masuk ke musim ke -10. Hurmm… Menarik! Dalam hati dok berkata-kata “ tentu program ni bagus sebab program depa ni dah musim ke-10 – konsisten dan tentu ada yang  menarik. Apa yang best nya??”

Yeayyy …!! Dapat join program JK1M10

JK1M JOM KURUS KLCC KAPTEN BLACK

Alhamdulillah.. Rezeki Nina. Bak umpama orang mengantuk di sorongkan bantal. Eh! Bukan bukan… tu peribahasa macam orang malas. Tido jer kejenya. Tak mo laa…
Rezeki Nina ni umpama langkah kanan gitu.. Eh! Bukan gak.. Orang dok fikir langkah kanan ni makan jer nanti. Kannn nak citer pasal diet. Hehee . . . Apa-apa jer laa… Yang penting, sememangnya bila umur Nina dah menganjak ke 4 series ni , Nina memang nak memupuk diri Nina tuk lebih menitikberatkan kesihatan dalaman dan luaran. Saya nak sihat!

Risau awak… Kengkawan sekolah semua dah sibuk jaga kesihatan masing-masing. Group whatsapp sekolah pun topik depa dok citer pasal sakit, sakit, sakit. Lagi seriau bila beberapa rakan sebaya ada pernah masuk IJN. Dia lak dok pesan kat kami semua suh jaga kesihatan, jangan sampai jadi cam dia. Huhuu .. . .

JK1M JOM KURUS KLCC KAPTEN BLACK

Hari pertama, timbang berat, posing kiri kanan, tunjukkan lelemak yang hado! Haha…

Kenapa Nina join JOM KURUS Team KLCC Kapten Black ?

Kalau korang tanya Nina kenapa nak join? Nina bukannya nak kurus sangat pun sebab Nina idok lerr montel mana kann… Ok perasan slim melim. OOuchhh ….  Target utama Nina cuma Nina nak sihat, nak FIT. Nina nakkan tips pemakanan yang depa amalkan. Nina  nak praktikkan budaya sihat untuk  Nina dan family. Nina nak jadi contoh tuk family Nina. Bagi Nina KURUS ITU BONUS!

Maklum lah 4 series ni risau stamina semakin merosot. Teman anak pegi jogging kat taman pun kita yang pancit. Huhuu . . .Acaner? Orang pompuan ni kena sihat cergas kuat untuk family. Kita nak jaga seluruh ahli keluarga kita yang tersayang. Kebetulan Nina memang ada asthma, dengan harapan join JK team KLCC ni, asthma Nina akan berkurangan dan Nina tidak lagi mudah cepat penat. InsyaAllah

JK1M10 – Team KLCC Kapten Black

JK1M JOM KURUS KLCC KAPTEN BLACK

Walaupun Nina dok area Batu Caves, bila Nina tengok senarai coach kelolaan JK kat web mereka, (satu Malaysia ada tau, korang pilih kawasan yang berdekatan ngan korang) hati Nina terjatuh cinta tertarik dengan Kapten Black. Dia antara coach yang termahal dalam program Jom Kurus tuk satu Malaysia.. Hurmm…  Tentu ada yang special kat dia… Lagi laa teruja nak join team KLCC.  Nina tengok masa waktu latihannya dipaparkan  pada hujung minggu so  InsyaAllah Nina dapat turut serta. Ok, confirm nak join Team Kapten Black!

Bila dah mula sesi latihan, rupanya latihan depa hari bekerja. Oh Tidak…!! Macam mana ni? Hari keje waktu petang memang tak done laaa Nina nak join. Nina surirumah mana nak sempat ke Taman KLCC. Waktu petang laaa Nina lagi sibuk bak supir uruskan anak-anak balik sekolah, hantar depa tuition. Busy mak you! Macammana ni…?? Huhuu

Alhamdulillah … Rupanya selain latihan petang 6-7pm, ada sesi belah malam jugak. Sekitar jam 8pm – 11pm. Oooo… bagusnya! Fleksibel . 👍waktu ni boleh lah cilok-cilok ke tempat latihan sementara anak-anak Nina kat tempat tuition. Amboi … gitu sekali kannn sibuk nya Nina. Kena bijak bahagi masa tuk anak-anak dan diri sendiri. Huhuu . . .

JK1M JOM KURUS KLCC KAPTEN BLACK

Best ke Coach Kapten Black

Giler tak best?? Ok, secara jujurnya walaupun Nina tak berapa konsisten join latihan derang, banyak gak  Nina ngelat datang latihan sekali sekala bila Nina dapat ‘me time’ join derang, lencun peloh peloh menghapuskan kalori. Hehee… Nina puji sikap Kapten Black yang tegas dengan peserta-peserta nya. Sambil latihan walau ada gelak tawa, bila part kena buat ko harus buat hokey! Jangan nak ngelat. Hahaha…

Awal minggu program, kami diberi pendedahan tentang pemakanan. ‘Do and Dont’. Sebab penyumbang berat badan kita 70% adalah dari pemakanan dan 30% adalah senaman kalau korang nak kekal kurus dan sihat.

Bila faham betul-betul, maka proses penurunan berat badan jadi lebih mudah. Banyak tips yang Nina perolehi dari Beliau. Bila kita konsisten  dan displin ketat ngan diri sendiri gerenti kita akan mencapai berat idaman kalbu. Tapi kalau dok ngelat cheat meal the whole day, the whole week  –  tengok jarum timbang tak turun sila sendiri nangis meraung tepi bucu katil geget bantal busyuk! Sapa suh degil  kannn…. Hahaa… gelakkan diri sendiri

Ini antara bahan yang bagus di cadangkan korang ambik dan gantikan apa yang korang pilih sebelum ni. Yang lain-lain tuu kena tengok ingredients. Best belajar bahan utama yang harus di elakkan, baca Kalori, ambik berat waktu makan yang  bagus, dan macam-macam lagi laaa…. tips dari Kapten Black, nasi tak salah, makan lah nasi setiap hari. Yang salah adalah kuantiti yang kita ambil sehari.

Oh tidakkk….!! Denda RM10 setiap minggu kalau …

Ayoo Amaa Apaaa… Paling nervouse bila tiba hari Rabu (hari timbang). Bayangkan laaa setiap minggu korang kena turun berat badan 1 kg! Kalau tak capai penurunan 1 kg maka korang akan terdengar jeritan batin Kapten Black “bayauuuuuu, bayauuuuuu” hahaa…

Minggu pertama Nina turun 2 kg! yeayy yeayyy…!! Suka sakan naa… Cer korang bayangkan tu baru seminggu! Sebulan tengok?? Confirm capai BMI korang kann…??  Tapi minggu berikutnya tak cukup 1 kg pun. Hohoooo . . . . So kena laaa bayauuu denda! Maka RM 10 beterbang-terbangan.. huhuuu sapa suh Nina cheat meal the whole week. Jahat food review! HAhaa.. salah kan food review lak. 😋

Duit Denda RM10 tuuu buat apa?

Ahaaa… Ini lah menariknya team KLCC Charlie. Rupanya RM10 denda tu dikumpul-kumpul akhirnya minggu terakhir program, depa buat ‘Cheat Day Party!’ Vavavaa… Tak sangka sungguh program ni sangat FUN! Bukan aje memupuk semangat menjaga kesihatan, pemakanan, malah silatulrahim ukhwah sesama peserta dalam group ni sangat utuh. Sesama ambik berat each other, ambik tahu, sakit ziarah, ada masalah sesama bantu, sharing idea, macam-macam yang bermanfaat ada dalam program sebegini.

Persepsi JK1M sememangnya bagus!

Ok, akhirnya terjawab sudah persoalan Nina akan depa yang turun berat badan dalam program Jom Kurus ni. Depa ni memang konsisten jaga makan, konsisten bersenam, memang boleh turun. KURUS ITU BONUS! Nampak susah tapi bila bersama team dalam program sebegini memang korang BOLEH!

Sukan Rakyat Ohlimpik 2018

Alhamdulillah, Nina berpeluang membabitkan  diri dalam Ohlimpik 2018. Seronok! Team KLCC juara weyy…!! Semangat kesukanan Team KLCC tidak mampu Nina menafikannya. Semua peserta Team KLCC Charlie sporting dan depa sangat FIT! Sungguh tak sangka dengan berat badan sebegitu, mereka ni mampu lari dan lari dan lari tanpa henti dari pagi. Kagum! FIT nya derang.  So … buang jauh-jauh bahawa kurus tu tak bermakna sihat hokey!

Walaupun Nina ni celah gigi sekadar join sukan rakyat, “Alaa… apa lah sangat game kanak-kanak, setakat ” main galah panjang, timbang bola sepak takraw, jalan atas batu bata (macam mudah kann…. korang cuba lah – semput weyy…!! ) Hahaa… dan paling best – baling selipar! Macam mudah padahal stamina weyyy stamina. Gulp! Sangat penat.  Keseluruhan program Ohlimpik ni  sangat enjoy walau terasa macam kanak-kanak Ribena. Eerkkk …  HAhaa

JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK

JK1M JOM KURUS KLCC KAPTEN BLACK

JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa…!!

Thank you Team KLCC – Kapten Black

JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK

Best nya…. siap dapat sijil lagi selepas tamatnya program.

Buat Kapten Black, terima kasih banyak di atas curahan ilmu, nasihat, marah-marah sayang sepanjang program Jom Kurus ni. Insya’Allah Nina akan cuba konsisten dalam menjaga diri dan pemakanan sewajarnya. Setelah berakhirnya program Jom Kurus ni, maka CABARAN Jom Kurus yang sebenar-benarnya lah bermula.

Tanpa coach, tanpa latihan yang konsisten, tanpa jeritan “bayauuuuuu” …. Mampu kah Nina meneruskan cabaran Jom Kurus? Eerkkk  . . . . Doakan yaa… Hehee . . .

Fit Superb  – FS4

JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK

Ok, walaupun program Jom Kurus dah tamat tuk musim ke-10 ni, para peserta yang lain berpeluang turut serta join program personal Kapten Black. Fit Superb kelolaan Kapten Black musim ke 4 telah bermula. Latihan yang basic semasa Jom Kurus kali ni akan menitikberatkan latihan selepas berat badan dah turun. Latihan yang lebih terperinci mengikut kesesuaian peserta. Mana-mana lemak dah hilang tuu, gelebeh kann… Ada caranya tuk firm kan badan korang solid molid bergetah gitu.

Korang berminat nak tahu lebih lanjut, korang rajin-rajin laaa whatsapp Kapten Black yang sebenarnya peramah baik hati. Dia sedia layan pertanyaan korang walau pun korang tengok rupanya dia bila macam garanggg jer kann…?? Macam jer… Huhuuu

Kalau nak tahu lagi mendalam, nak gali-gali, nak hadamkan tips Kapten Black, korang follow
Page facebook : https://www.facebook.com/Kapten.Black.The.Coach/
Instagram :
https://www.instagram.com/kaptblack/
Fit Superb :
https://www.instagram.com/fitsuperb/

Tel : 013-331 0702 Kapten Black

meh layan video seminit Kapten Black ..  tengok jangan tak tengok! Sebab tu laaa depa boleh FIT, SIHAT dan KURUS!

Last …. ni betul-betul last… Terima kasih banyak buat Kelab Blogger Ben Ashaari #KBBA9 di atas peluang yang diberikan. Tak sangka Nina dapat join program yang bermanfaat macam ni.  InsyaAllah, next musim ke-11 Nina nak join lagi. Meneruskan misi nak pakai Kebaya Merah! Ooppssss…!! Hehe. . . .  Nina nak FIT, nak sihat dan kurus itu bonus!

View this post on Instagram

A post shared by KAPTEN BLACK COACH JK1M KLCC (@kaptblack)

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Tips Tagged With: fitsuperb, jaga kesihatan, jaga pemakanan yang betul, JK1M, JK1m10, Jom Kurus, Kapten Black, Kevin Zahri, KLCC Charlie, Nak FIT, nak kurus, Team KLCC

  • Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
    Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
  • Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
    Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
  • Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak  menu minum petang
    Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang
  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3



Comments

  1. Mama Kembar Tiga says

    April 22, 2018 at 7:01 am

    Good luck Nina! Moga terus istiqomah jaga pemakanan & keep fit.

    Reply
  2. TATI MANSUR says

    April 22, 2018 at 11:52 am

    Memang best join JK1M10 bawah bimbingan Kapten Black.. Pastu sambung pulak dgn Fit Superb.. Ohsem sangat.. Tati one of the testimoni..

    Reply
  3. Racheal Loh says

    April 22, 2018 at 7:03 pm

    woo… u really look different and kurus banyak.. wanna have the determination like you so i can put down weight also… but i just wallop chicken chop.. ahahaha

    Reply
  4. Amirnawawi says

    April 22, 2018 at 7:12 pm

    Wah akak join ke program ni?

    Saya pun teringin nak join. Nak kurus jugak.

    Tapi tu la, malu pula join kalau takde teman.

    Reply
  5. Ezna says

    April 22, 2018 at 7:35 pm

    Menariknya aktiviti kurus ni. Sape tak nak kurus kan..kena ada will yang kuat ni. Kadang-kadang terbabas tengok makanan sedap-sedap ni. Bila makan baru nak rasa menyesal. Hehehe….

    Reply
  6. Zharif Azis says

    April 22, 2018 at 7:37 pm

    Wahhh join jugak yer program kevin zahari nie. Good luck ya. Suka inisiatif yg cuba diketengahkan dlm melahirkan masyarakat malaysia yg sihat.

    Reply
  7. Mimi says

    April 22, 2018 at 7:39 pm

    Wahhhh sangat jeles tengok kak Nina dah semakin kurs. Aishhh bila lah misi kita menurunkan berat badan nak berjaya nih. Kena kuatkan azam macam kak Nina juga.

    Reply
  8. Hafizah Zainal Abidin says

    April 22, 2018 at 7:43 pm

    Peserta dapat menimba lebih ilmu bermanfaat selain mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan. Teringin nak join. Hahaha. tapi tengah sibuk. 🙂

    Reply
  9. Bonde Zaidalifah says

    April 22, 2018 at 7:47 pm

    Tercabar tengok Kak Nina nak kurus dan sudah ada pengurangan berat badan, Good luck Kakak… You Can do it , raya nanti tarjet pakai kebaya merah tau kak.. Pasti meletop Bonde support akak tau!

    Reply
  10. Ana Suhana says

    April 22, 2018 at 8:58 pm

    Jadi lebih semangat lepas baca entri kak nina ni. Rasa tertarik pula nak join. Jeles tengok kak nina dah turun 2kg. Ana nak fit juga. Macam nak join je ni.

    Reply
  11. Abby Onety says

    April 22, 2018 at 9:02 pm

    Mau sangat nih Abby joi ma JK1M10 bawah bimbingan Kapten Black tapi apalah daya Abby jauh di seberang. Kalau saja di sini ada keg macam tuh, pengenlah Abby ikutan sebab badan Abby makin melar aja hahahaa…

    Reply
  12. Ayu Rafikah says

    April 22, 2018 at 9:33 pm

    Ala jelesnya. Bestnya dapat join aktiviti
    Macam ni. Patutla dah kurus sekarang. Oh inilah rahsiannya ya

    Reply
  13. adianiez AIDA says

    April 22, 2018 at 9:52 pm

    Aida Hampir-hampir join di melaka. Tapi bila kenangkan aktiviti nyer tiap hari, x join. Sebab ada komitmen kelas 2-3 hari. Next LA kot Aida join.
    Tahniah Nina sebab join and abis.

    Reply
  14. Mahamahu says

    April 22, 2018 at 11:12 pm

    Bagulah kelas macam ni sebab mereka bukan sahaja ajar fizikal luaran untuk jaga tapi juga dalaman dari segi pemakanan tu hehehehe suka2..

    Reply
  15. Kak Sue says

    April 23, 2018 at 2:04 am

    Wah bestnya Nina, Kak Sue pun minat juga kalau ada aktiviti macam nie. Bukan lah nak kurus sangat tapi lebih pada kesihatan kan.. Tahniah Nina

    Reply
  16. Mak Lin says

    April 23, 2018 at 4:46 am

    Bestlah dear. Mak pun asyik procrastinate je ni. Entah bila nak dietnya, macam nak join la program ni nanti.

    Reply
  17. Mommy irra says

    April 23, 2018 at 9:00 am

    Peeeweeit patut nampak akak kurus… Rupanya join sl1m ya… Seronoknya..rasa nak join sekali..dekat kawasan sini pon ada juga lah tu ye..nak g check lah

    Reply
  18. Ruby says

    April 23, 2018 at 10:53 am

    Nampak seronok dan bersemangat. Semoga dapat la akak kurus lagi. Hahaha. Akak dah slim dah!! So belajar diet je la ni ehhhh. Raya nak dekat dah, moga berjaya.

    Reply
  19. Betty says

    April 23, 2018 at 12:00 pm

    It seems you enjoy the program. Is a good program whereby you can discipline yourself in term of eating and push you for frequent exercise.

    Reply
  20. mawardiyunus says

    April 23, 2018 at 12:55 pm

    wah dah lama nak cri program macam ni. nak sihat n perut kempis. x nak mok mok. huhu

    Reply
  21. asyiqin says

    April 23, 2018 at 10:19 pm

    bagusnya program ni.. kena konsisten selalu

    Reply
  22. asyiqin says

    April 23, 2018 at 10:20 pm

    bagusnya program ni.. kena konsisten selalu lepas habis program ni

    Reply
  23. ejulz says

    April 24, 2018 at 1:48 pm

    best program2 macam ni.. 🙂

    Jemput join segmen ejulz 🙂
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    Reply
  24. nadia johari says

    May 12, 2018 at 4:54 pm

    bagusla kak..join-join macam ni semua..terbaiklaa..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Supercube , bagus untuk pencinta kesihatan seperti aku ni !
    By : Ben Ashaari
  • DALAM ISLAM TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI SUP IKAN MERAH
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa