As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Masih ingat lagi tak baru-baru ni Nina ada cerita pasal menabung tempoh hari? Alaaa… yang kisah Tabung Pendidikan untuk anak-anak. Macammana susah sekalipun memang susah oooo sekarang ni, semua mahal! Amalan menabung itu perlu. Kot korang dah lupa, jemput baca SINI ya… (klik) SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan terbaik TAPI
Jumaat lalu 6hb Mei 2016 bertempat di Menara PTPTN, Kuala Lumpur – Nina bersama team #KelabBloggerBenAshaari diundang ke Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN & Penyampaian Hadiah Cabutan WOW. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching, selaku Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi. **Nina suka cara beliau berucap, penuh semangat dan berintonasi**
Menurut Pengerusi PTPTN, YB Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah semasa beliau berucap – SSPN-i telah lama ada. Oooo…. Rupanya dah 12 tahun SSPN-i diperkenalkan namun pendedahan Nina akan produk ini amat sikit. Dulu tak berapa ambik tahu pun Skim Pendidikan untuk anak-anak. Masa tuu baru kawin apa pun tak fikir lagi kannn…. hehee…. Namun, dari masa ke semasa PTPTN telah mengorak langkah lebih dinamik seiring dengan kehendak masyarakat. Cayalah ….!
Pakej Baharu SSPN-i Plus – Pakej Intan | Berbaloi, mampu milik
8 Jun 2015 PTPTN memperkenalkan SSPN-i Plus (produk dulu tak de Plus) dan kemudian baru-baru ni melancarkan Pakej Intan yang merupakan idea baru pihak PTPTN dalam memupuk tabiat menabung buat masyarakat Malaysia. Yelah… Sekarang ni semuapun mahal kan, tak de apa yang murah. Macam susah sangat memang susah okey! nak simpan duit sekarang ni…. Dengan adanya idea mudah, tidak membebankan – amalan simpan RM1 sehari ini, PTPTN menawarkan pakej Intan – Skim Pendidikan yang terbaik dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000 untuk anak-anak kita. Berbaloi dan mampu milik kannn…
Pakej Intan adalah paling murah dan mudah…. RM1 SEHARI aje..!! Korang yang dah ada anak, kena bertindak sekarang – menabung sebab kos yuran pengajian semakin hari semakin mahal! Korang tengok Sumber : i-money.my 18 September 2014 . Ini baru tahun 2014, bagaimana kos pengajian nanti lagi 10 tahun akan datang?? hurmm .. . .
Selain tuu… meh Nina kongsikan antara kebaikkan, keistimewaan dan manfaat yang ada kat SSPN-i Plus.
Dengan adanya Pakej-pakej terbaik SSPN-i Plus yang amat murah, tidak membebankan dan komprehensif ini, korang bukan saja ditawarkan skim pendidikan dengan perlindungan takaful TAPI …….. ada lagi yang menarik! Ahaaa . . . .. jeng jeng jenggg
Hadiah Cabutan Bertuah SSPN-i Plus | wahh …. Hadiah Lumayan!
Kereta BMW 320i, Kereta Honda HRV, Motosikal Kawasaki ER-6f dan baucer tunai lagi … Memang Wow laaa..!! Amacam hadiah yang ditawarkan oleh SSPN-iPlus? Dasat kann….. Camner nak dapat??
Ahaaa…. Tak susah pun, meh Nina citer sikit antara syarat yang melayakkan kita untuk menang. Tak salah mencuba. Iyer tak..?? ***Mana tau majlis pasni Nina lak naik pentas ambik hadiah kannnn*** Mood Verangan tak sudah.. hehee . . . .
Syarat penyertaan nak menang Cabutan Bertuah WOW SSPN-i Plus
1) Terbuka kepada semua pendeposit SSPNI-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi. Haaa…. kalau belum buka akaun SSPN-i Plus klik SINI untuk buka akaun SSPN-i Plus dan INFO lanjut
2) Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej. Kalau korang beli pakej yang besar macam so korang berpeluang lagi besau! ikut laaa kemampuan (Kalau pakej Intan, maknanya bulan kedua dah cukup RM50 baru korang dapat satu peluang cabutan) Bagus kann..?? Pakej Intan yang RM30 paling murah pun layak. Terbaik!
3) Kakitangan HLM Takaful dan PTPTN (termasuk anak-anak dan pasangan) tidak layak menyertai. Alahai… kesian depa kan?? tak kan staff lak menang kann… hehee . . . . Kita lah yang untung… WoW! Warganegara Malaysia saja tau.
Mudah kannn syarat-syarat nya?
Cabutan hadiah ini akan tamat 31 Mei 2016. Sempat weyyy korang mencuba! Ada yang lagi menarik tau… Pendeposit yang membuka akaun 15 April – 31 Mei ini dan pembayaran bulanan dibuat melalui potongan gaji akan diberi 1 bulan deposit percuma. Ya Percuma ..!! Hurmm…. Nina laaa yang rugi sebab tak keje kannn…. Nak potong gaji tang mana?? Bayar cash online jer laaa… Ok laaa, menabung juga dan berpeluang menang kete! Yeayy …. ***tak dapat kete dapat tablet/baucer pun jadi laaaa*** sapa nak bagi FREE iyer tak?
Ok, buat yang belum buka akaun SSPN-i Plus, tak susah mana pun. Segalanya dihujung jari anda sekarang ni. klik SINI untuk buka akaun SSPN-i Plus dan INFO lanjut.
Step yang mudah dan ringkas. Kat sana pun banyak info lanjut untuk korang fahami… Kalau korang rajin nak mentelaah bagai nak rak, korang intai-intai jer kat :-
Web : http://www.ptptn.gov.my
Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (klik)
Instagram : https://www.instagram.com/instaptptn
Hotline : 03-2080 4455
So, apa tunggu lagi …. Korang yang belum buka akaun SSPN-i Plus segera bertindak. Jangan lepaskan peluang ini. Mana tau rezeki korang lak lepas ni kann…?? Tak kan nak tengok aje Nina naik pentas nanti kann..?? hehehe . . . . poyo nyerrr!
Nak lagi best, huishh ….. berapa banyak best daaaa… Ya, ada lagi yang menarik …. Korang yang baca ni, tentu nak duit lebih kann? Ahahh…. Korang boleh daftar sebagai Ejen Online SSPN-i Plus, korang terjah Daftar Ejen Online SSPN-i Plus . Percuma aje tau nak jadi ejen. Apa best nya..??
Kelebihan Ejen Online SSPN-i Plus PTPTN
Best tak best?? Giler tak best kann….. Selain menabung, dapat perlindungan takaful pastu korang dapat peluang cabutan bertuah dan lagi dapat menjana pendapatan… Betul kannn best?? Dah dah …. usah tunggu lagi, bertindak sekarang…
Nak menang BMW ..
tabung pastu dapat hadiah…
Wow…leh menang hadiah… Best.
Boleh carum untuk nur widad ni..
bestnya menang hadiah..tapi dalam masa sama..duit saving dalam tu..
Nina dah buka akaun ke?