Syukur Alhamdulillah Nina dianugerah 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Bila cerita bab kelahiran anak ni, tentu aje persoalan tentang Aqiqah menjadi topik utama. Walaupun ianya tidak wajib namun sebagai ibubapa tentu kita nak lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita kannn? Aqiqah Online Anak Lelaki
Yelah . .. . harus lah bersyukur sebab anak ni kan rezeki dari Allah. Tak semua orang dikurniakan zuriat untuk mereka sebagai penyambung keturunan dan pengikat kasih sayang dalam sebuah keluarga. Pengorbanan seorang ibu mengandung selama 9 bulan 10 hari dan bertarung nyawa melahirkan zuriat sesuatu yang tak ternilai harganya. Pengalaman yang cukup berharga dan bermakna.
Tetiba lak touching . . . Bila dikenangkan semula syukur Alhamdulillah sangat! Allah kurniakan rezeki buat Nina, dipermudahkan urusan 5 kali Nina lalui pengalaman bersalin dengan mudah.
Hukum Aqiqah
Hukum Aqiqah adalah Sunnah Muakkad (Sunat yang dituntut – maksudnya Aqiqah hukumnya tak wajib namun ianya sangat digalakkan jika berkemampuan. Kalau tak buat tak berdosa tapi kalau buat dapat pahala ganjarannya. Nampak tak betapa indahnya, kenapa tidak kita rebutkan peluang pahala yang telah Allah janjikan seandainya kita berkemampuan.
Maksud Aqiqah
Maksud Aqiqah adalah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah daripada kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran iatu pada hari ke-7 kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Aqiqah Untuk Anak Lelaki : 2 bahagian Lembu | 2 Ekor Kambing
Aqiqah Untuk Anak Perempuan : 1 bahagian Lembu | 1 Ekor Kambing
Antara cabaran melaksanakan Aqiqah Online Anak Lelaki
Ya sekarang ini dikala pandemic bukan mudah nak melaksanakan Aqiqah. Dengan mewajibkan kita patuh SOP, so bukan mudah nak buat sebarang majlis Aqiqah. Mana boleh berkumpul kannn?
Banyak perkara perlu diuruskan. Nak fikirkan tempat nak buat aqiqah, siapa nak masak, siapa nak sembelih dan potong kambing, kat mana nak beli kambing dan harga seekor kambing bukannya murah! Bergantung pada size jugak. Seekor pun hampir cecah ribu. Aqiqah untuk anak lelaki tentu aje hampir cecah 2 ribu kannn?
Ya kos mahal! Tu baru kambing belum campur kira bahagi darab kos-kos lain contohnya kos bahan masak, tukang masak, panggil tetamu dan opkos makanan lain pun kena kira jugak. Tak kan makan kambing jer kannn?
Dan lagi macam Nina ni takde kampung. Kat celah mana laaa pulak nak buat majlisnya. So memang tak laa nak merewang apatah lagi nak buat ala gotong royong. Bab masak memang boleh upah catering. Sediakan aje kepok-kepok duit nya. Tapi bab nak cari kambing nya di mana? Kambing di mana, kambing di mana . . .
Ok nak jadi cerita kot dapat laaa ada kambing nya tapi sapa nak sembelih, peralatan tak lengkap, lokasi nak sembelih tu kat mana? Penyembelihan ni perlu dilaksanakan di kawasan yang lapang dan cara pengurusan perlu dilakukan sebaiknya. Ya bukan mudah!
Selain tu, sekarang ni bayi dan ibu jarang berpeluang dapat pahala pada hari ke-7,14,21 hari sebab kerap terjadi bayi mengalami jaundice atau mungkin ibu ada komplikasi lain. Anak Nina sendiri kena prolog jaundice. Dok berulang alik ke klinik ambik darah bayi sehingga laa hari ke 44 baru laaa bayi bebas dari prolog jaundice. So ini antara permasalahan utama nak melaksanakan Aqiqah.
AqiqahCentre.com pengurusan Aqiqah Online yang amat memudahkan urusan
Pakej Harga Aqiqah Online Untuk Anak Lelaki – RM499 untuk seekor kambing.
Menarik kannn?
Tapi sekarang ni korang beruntung sangat!
Adanya AqiqahCentre.com yang membantu mempermudahkan urusan kita untuk laksanakan aqiqah secara online dengan tawaran pakej yang sangat berbaloi dan berkemampuan.
Kenapa AqiqahCentre.com
Aqiqah Online dibawah seliaan AqiqahCentre.com menjadi pilihan kerana ianya dilaksanakan 100% secara online.
Korang tidak perlu keluar rumah untuk urusan segala perkara yang berkaitan untuk melaksanakan aqiqah. Dengan menawarkan pakej harga murah juga menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk melaksanakan aqiqah online bersama Aqiqah Centre. Aqiqah Centre meyediakan bukti sembelihan melalui video beserta sebutan nama anak kita.
Dengan kos yang lebih murah, lebih ramai yang berkemampuan melaksanakan aqiqah kannn? Sedangkan dengan cara konvensional yang biasa sebelum ni lebih banyak kos lain diperlukan dan beberapa kekangan lain perlu diambil kira juga terutama di kala pendamic kini.
Menariknya Aqiqah Online dari AqiqahCentre dilakukan di Mekah
Sapa tak teringin kannn? Pakej AqiqahCentre dan Qurban di lakukan di Mekah!
Walaupun kita sedia maklum aqiqah di kawasan sendiri lebih afdal, tetapi ini adalah alternatif yang diambil oleh AqiqahCentre untuk mereka yang berkemampuan sederhana nak buat aqiqah dan buat mereka yang tidak mempunyai bajet yang tinggi. Memudahkan sangat sebab kita tak perlu ke mana-mana. StayAtHome jer . . .
Apa bagus nya Aqiqah Online Untuk Anak Lelaki
Aqiqah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai. Tapi ada yang tak mampu atas sebab kos, masa, dan keadaan tak sesuai seperti covid sekarang. Jadi bila tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua. Kan… So inilah pilihan alternatif yang terbaik.
Lagi pula, Aqiqah Centre ini trusted aqiqah online. Korang tak perlu ada rasa was-was sebab AqiqahCentre boleh dipecayai. Dah ramai dah artis dah ambil servis dan pakej mereka. Aqiqah Centre ini juga mempunyai pengalaman dalam menguruskan 21,000 sembelihan aqiqah online sejak tahun 2014 lagi. Dah berpengalaman lama dah . . .
Kat google pun ranting 5 bintang absed on 925 review genuine! Testimoni pelanggan semua bersetuju Aqiqah Centre bagus menjalankan amanah ini sebaiknya bagi pihak kita.
Sijil Kayu Cenderamata yang cantik!
Smart kannnn? Sebagai tanda penghargaan AqiqahCentre hadiahkan kita Sijil berbentuk kayu yang rare! Terukir indah nama anak kita atau nama peserta. Nina suka tengok!
Bagaimana Cara Step by Step Aqiqah Online Anak Lelaki
1.- Isi maklumat peserta dan alamat penghantaran sijil. Seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online banking yang kami sediakan.
2.- Ibadah aqiqah dibuat pada setiap hari. Isnin – Ahad
3.- Anda akan terima video bukti selepas 2 hari bekerja dari hari sembelihan ibadah aqiqah/qurban dan sijil dalam 3 minggu selepas itu.
Mudah kannn?
Perbezaan AQIQAHCENTRE dengan yang lain
So camner? Lebih mudah lagi terurus kannn lakukan Aqiqah Online Untuk Anak Lelaki korang?
Eh! Tak kan anak lelaki jer kannn, anak perempuan jugak. Sekarang ni kita pun sedia maklum, secara online memudahkan cara so kenapa perlu menuju ke jalan yang payah? Kannnn . . .
Untuk rujukan lebih lanjut sebaiknya korang rujuk pada yang pakar. Nina sebagai perantara asbab kongsikan apa NIna tahu yang baik-baik tuk korang. Selanjutnya tindakan susulan dari korang sendiri.
Website: https://aqiqahcentre.com/pakej-qurban-mekah
Pertanyaan: https://aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/
Link: https://aqiqahcentre.com/
Kesempatan yang ada ini, korang dah tahu saluran yang betul, dipercayai dan berkemampuan why not kita sesama melaksanakan aqiqah online demi mensyukuri nikmat dikurniakan zuriat anugerah terindah dari Allah ini. Semoga anak kita menjadi anak yang soleh solehah. Aamiinnn . . .
Sijil kayu yang cantik tu unik sangat. Kalau dapat pun best tu. Dania dulu masa akikah, beli kambing yang bulu dia kerinting tu. Alhamdulilah buat masa Dania umur 3 bulan. Kepada mereka yang tak buat lagi boleh la join aqiqah center ni.
Mudah dah nak buat Aqiqah sekarang. Sijil dia cantik
Ruby pun suka konsep Aqiqah / Qurban online. Cuma Aqiqah je tak sempat online sebab anak last lahir 2016. Elok lepas majlis dia, banyak pakej Aqiqah online di Tanah Suci Mekah. Best betul siap ada sijil. Sijil Aqiqah Centre lagi unik. Bleh la buat display kat rak piala anak-anak. Hehehe.
Mudah urusan ada Aqiqah centre. Nak buat aqiqah senang. Sijil kayu dia tu unik dan cantik. Ada kenangan buat aqiqah anak
suka program aqiqah and qurban macam ni sebab memudahkan semua orang. lagi2 time covid ni,
Sangat berbaloi kalau kita buat Aqiaah dgn Aqiqah Centre yg dilakukan di Mekah, kita bg duit jer dan dorang uruskan semua, senangkan dhn Aqiqah Online ni.
Saya berkenan tengok sijil yang diberi secara percuma oleh pihak tersebut. nak aqiqah pun semakin mudah sekarang.
Kita pun pernah try buat secara online. Kongsi adik beradik buat. Dah murah tu kalau berbanding buat sendiri. Mmg makan ribu2. Baguslah boleh memudahkan umat Islam beribadat.
Alhamdulilah… Sis pun sama juga, buat aqiqah anak di sini, mudah dan sangat membantu.. siap dapat cenderamata juga kan.. alhamdulilah
Kawan Rawlins pun ada gunakan perkhidmatan ini. Alhamdulilah semuanya lancar dan semua orang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Senang dah sekarang ek..boleh aqiqah anak secara online je..elok sangat cara ni sebab kita cuma bayar dan orang uruskan.
Ramai yang share about Aqiqah online ni skrg, memudahkan ramai pihak la macam ni.. siap ada sijil premium berbentuk kayu lagi, very unik dan video bukti yang menyakinkan..
Nak buat Aqiqah untuk diri sendirilah sebab tak ingat dan tak tahu dah buat ke belum. maklumlah mak ayah dah meninggal masa kecil lagi. Tapi mesti best kan sebab nama disebut di sana dan ada video proses penyembelihan sekali so taklah rasa tertipu , dapat lagi plaq sijil . Nanti anak dah besar tunjuk “ni nak sijil Aqiqah ko..”
Menarik juga boleh buat Aqiqah secara online. Ada orang suka kemeriahan untuk berkongsi dengan jiran dan keluarga. Ada juga yang mengutamakan untuk diberikan aqiqah kepada mereka yang lebih memerlukan. Semoga semua mendapat manfaat dan kebaikan
Bagus sangat ada aqiqah online macam ni. memnag waktu sekrg buat sendiri sangat terhad, betetr ambik package aqiqah centre ni. Dahla murah
bagus kan ada kemudahan nak buat aqiqah secara online ni. huda suka siap dapat sijil kayu ukiran tu. unik sangat
Tak pernah buat aqiqah tapi 499 seekor kambing agak murah.
The post is really nice and interesting. Thanks a ton for sharing this information!