Korang pernah tak rasa cam kulit muka dah tak jadi apa? Dah pakai memacam produk tapi takde apa-apa efek pun… Muka still nampak sama. Bekas parut jerawat masih ada. Dan paling sadis,pigmentasi dah mula menampakkan tanda-tandanya! Ohhh No, oh no oh no oh noooooo… NewBie Skincare
Pernah terfikir cam nak tukar skincare lain? Tapi nak tukar yang mana dulu? Pencuci ke, toner ke atau sunblock?
Ya sunblock lah antara benda yang Nina tak akan tinggal. Bukan apa, semua pun akibat nya kalau tak pakai sunblock atau suncreen atau ada gak panggil sunshield
Baca : Bahaya Sinar UV Pada Kulit Wajah!
Apa jadi kalau tak pakai sunblock suncreen sunschield ?
Lagi pulak bila faktor usia rasa cam Nina ni rasa seram nak cuba produk yang ada kat pasaran. Pengalaman dulu buat Nina amat berhati-hati dalam pemilihan produk skincare.
Bukan apa, kot laaa tak serasi ke , naik breakout ke. Oh tidak! Naya sungguh
Proses penyembuhan bukan sehari dua boleh baik kannn?
Tapi bila kawan rekemen new.bie Nina cam tertarik lak nak cuba sebab utama Nina tengok bahannya berasaskan calamine! Ya calamine. Nina memang suka pakai calamine yang doktor bagi tu terutama bila kulit mula menunjukkan tanda alahan.

Tadaaa . . .
Ni laaa skincare baru yang Nina dok citer hari tu. Nina dah pakai 2 minggu, serasi dan seronok Nina nak share ngan korang. Cantik kannn packagingnya? Korang tahu tak NewBie ni produk buatan Malaysia sejak Ogos 2020. Tapi kandungan dan benefit nya setanding produk yang telah lama berada di pasaran. Hebat kannn
Visi NewBie untuk menghasilkan kualiti yang sangat baik, berkesan dan hanya menggunakan bahan yang menyokong sains. Bukan tu aje, produk yang bagus dengan harga yang perpatutan untuk semua merasai pengalaman dan kebaikkannya.
Okies, shortcut nina just citer my daily skincare rutin ngan korang ehh . . Very simple sebab MakMak kannn semua pun nak cepat. Tak done nak berlayer-layer.

Siang
Lepas cuci muka dan pakai toner Nina pakai akan pakai Hydrating Calamine Sunshield . Oh ya nama dia sekarang dah update jadi Hydrating Everyday Sunsheild. Tak kisah laaa janji manfaatnya sama!
Apa yang BEST dengan Hydrating Calamine Sunshield New.Bie Skincare
Best sebab dia cover SPF50 PA++++ . So kebaikkannya 3x ganda perlindungan terhadap UVA, UVB, Infrared, Blueray
Bahan utama adalah titanium dioxide, iron oxide, zinc oxide.
Kalis air so berpeloh sakan pun takpe muka still under cover gitu. Tapi nak solat kena lah cuci muka betul-betul bersih.
Suka texture dia yang sangat ringan, tidak berminyak, cepat meresap dan mudah diratakan keseluruhan wajah. . Memberi kelembapan dan menghidratkan kulit. Muka rasa moist jer…

No filter at all so very clear to skin. Natural look sangat. Sesuai untuk semua jenis kulit. Husband dan anak-anak Nina pun tumpang pakai for daily use. Derang ni suka cilok mama dia punya. HEhee . . .
Berasaskan calamine, membantu meredakan kerengsangan buat kulit sensitif dan mengawal kulit dari terjadi nya jerawat baru.
Cara pakai Hydrating Calamine Sunshield
Selepas cuci muka dan toner, Pump sebanyak 2 jari dan sapu rata keseluruhan wajah dan leher. Cepat meresap, takde rasa melekit at all. Lepas tu boleh terus pakai foundation buat yang pakai make up. Mudah kann?

Malam
Nina guna New.Bie Hydrating Glow Essense with AHA ni selepas cuci muka dan toner.
Nina just dap dap dap jer kat muka. Ia bertindak exfoliate kulit semasa kita tido. So besok pagi kulit tampak segar, moist dan cerah berseri.
Cara pakai Hydrating Glow Essense New.Bie Skincare
Selain teknik dap dap .. Korang boleh titikkan beberapa titik kat facial cotton dan gosok kat wajah macam toner. Atau sapu jer kat muka sampai rata.
Note : Serum HGE boleh pakai 2-3 kali jer dalam seminggu. Macam Nina pakai selang sehari gitu. Selepas minggu ke3 Nina just pakai setiap hari Ahad dan Rabu jer.. Acececehhhh… Poyo kannn? Siap ada jadual hari bagai. HAhaa

Kebaikan Serum Hydrating Glow Essence
✔️ Bukan saja pantas dalam melembutkan kulit wajah, malahan kandungan lactic dan glycolic acid di dalamnya bertindak mencerahkan sengan sangat cepat
✔️ Tekstur air yang tidak melekat, ringan tetapi mudah meresap kedalam kulit wajah, namun sangat hydrating dan moisturizingszx
✔️ Mengandungi tiga jenis acid alpha hydroxy acid yang menjadikan kulit lebih anjal
✔️ Melembapkan kulit daripada mengelupas dengan kandungan aloevera dan calendula
✔️ Mengandungi AHA (gabungan Lactic, Glycolic dan Citric Acid) dengan tujuh jenis humectants.
Apa yang best lagi ngan produk dari NewBie Skincare ni ?
No fragrance
No essential oil
No alcohol

Apa kata Nina tentang New.Bie Skincare
Nina dah guna 2 minggu, so far berkesan memudarkan bekas parut jerawat dan jeragat. Paling Nina suka sebab tiada pengelupasan! Selamat. Ia sangat melembapkan dan menghidrat kulit muka Nina. Love it!
Kedua-duanya produk yang bagus. Rekemen korang to try dan rasai sendiri pengalamannya.
Korang nak tahu lebih lagi, sila laa mentelaah di :-
Facebook Page: www.facebook.com/newbieskincaremalaysia
Instagram: newbie.skin
Jommm cantik sesama dengan produk yang selamat!
Nampak cam best jer produk ni .. pasni lagi berseri seri laa ya Kak Nina ..
Glowing muka kak Nina. Cantik!
Produk baru nampaknya ni. Tak perasan pun kat pasaran lagi. Nama pun New.Bie ye?. Memang kena pakai la sunscreen ni sebab kat Malaysia ni sangat la panas.
Wow. Rawlins memang sejenis yang mudah terpengaruh dengan packaging yang cantik. And this one memang nampak very chic and classy. Pastu banyak benefit dan kelebihannya. Adakah Rawlins akan terpengaruh?
Nice product. First time heard of this product. Thanks for sharing.
suka nama nya! design pun cantik very catchy and classy. lelaki boleh pakai juga ke? hahaah mana lah tahu kot unisex produk
Aduh dok baca ni hampir lupa sunscreen dah lama habis! Tak sempat lagi nak beli. I should try this one la. Nampak bagus!
First time dengar brand ni. Nak cuba la untuk pudarkan parut jerawat. Bila parut dah pudae baru la mekap nampak sekata.
Simple packaging dia. Hitam putih. Tekstur dia nampak macam best je. Boleh cuba ni
Menarik juga ye nama brand ni… Hehe.. Ada tgk my friend pakai aritue… Memang cepat meresap ye… Tak tinggalkan kesan pun… Terbaik ahh…
Kebetulan anak ada jerawat nanti boleh try brand ni. First time dengar dan agak menarik
Saya juga menggunakan NEW.BIE dan tidak mengapa. Walaupun terdapat cadangan untuk beberapa kes penggunaan yang tidak sesuai, hingga kini, hampir semua pengguna sangat berpuas hati!
Dia punya sunscreen best sebab tak berminyak lagi pun ada calamine yg menenangkan kulit muka..kte suka
Boleh hilangkan parut? Bagus untuk di cuba ni, now dh duduk rumah skin okay tapi nak ilangkan parut lama pulak.. boleh lee tengok rpoduk ni…
I used these skin beauty makeup things and this makeup makes my skin very smooth and shiny.
This is absolutely the best information I have looking forward to get, and I must say that that you are doing a very nice job here in this fantastic blog. just keep it on, you are good.