• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Cara Masak Resipi Homemade Nugget Paling Senang Sedap

April 16, 2014 by Nina Mirza Leave a Comment

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Dah lama Nina teringin nak buat nugget ayam homemade dan akhirnya terlaksana juga.
Bukan apa, anak-anak Nina suka makan nugget ayam dan kita sebagai mama kadang tuu nak senang dah semestinya beli ajer yang ready made kan?

Ada macam-macam brand kat pasaran. Tepuk dada tanya selera. Kadang tuu ada yang sedap dan ada juga yang macam tak der isi tapi banyak tepung ajer. Frust dibuatnya..!
Asyik dok beli nugget ayam ajer so kali nie Nina nak try buat sendiri plak.

Setelah puas google resepi dan cara-cara penyediaannya, ada bermacam-macam cara dan resepi. Ada yang kena rebus dulu ayam tu, ada yang kena kena kukus dulu dan ada juga yang kena sukat ikut gram. Aduh …. setakat nak buat nugget macam malas laaa plak nak timbang-timbang bagai. Lastly, Nina godek-godek, sukat-sukat guna citarasa sendiri.

Alhamdulillah… Anak-anak dan Geng dok ulang-ulang makan dengan selamba ajer so resepi nie kira menjadi dengan jayanya! Ooopsss.!!! Terpuji diri sendiri hehee

Cara Masak Resipi Homemade Nugget Ayam Paling Senang Sedap

Cara Masak Resipi Homemade Nugget Ayam Paling Senang Sedap

1kg isi ayam – tak perlu rebus/kukus dulu  – blend ajer
4 sudu besar mayonnaise
3/4 cawan serbuk roti
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk Secukup Rasa MAGGI
1/2 cawan carrot yang dah diparut halus
2 atau 3 biji telur – dipukul
Serbuk roti secukupnya untuk salutan luar nugget
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara penyediaannya
1-  Blend isi ayam hingga halus
2-  Kemudian gaulkan semua bahan-bahan yang lain menjadi ala-ala seperti doh (adunan nie  lembik sikit. Tak sama macam doh donut)
3-  Bentukkan doh ikut citarasa masing-masing. (Nina buat bulat-bulat pastu leperkan jerrr.. tak done nak buat segitiga/star/love)
4-  Sediakan telur yang dah dipukul dalam mangkuk lain
5-  Selepas tu celupkan doh tadi dalam telur dan golekkan pula ke dalam serbuk roti – ketepikan
6-  Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng deep fried sehingga keperangan.
7-  Toskan dan sedia dihidangkan bersama sos pilihan

Haaaa…. tengok nie! Kat dalam nya kaya dengan ayam sebenar dan paling penting berkhasiat tanpa bahan pengawet

Cara Masak Resipi Homemade Nugget Ayam Paling Senang Sedap

tengok jangan tak tengok >>>>. hehee . . .

Lepas nie, tak perlu beli yang ready made lagi….. Kita buat ajer sendiri ehh..
Terjamin kebersihannya, halal, tiada bahan pengawet dan paling penting berkhasiat dari air tangan mama ++++ ditambah dengan kasih sayang! Oopsss…!! Terlebih sudah.. hehee . . .

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Parenting, Personal, Resepi Tagged With: Ayam, Info - Parenting, kudap kudapan, menu anak susah makan nasi, menu anak-anak, Nugget, Nugget Ayam homemade, Resepi, resepi mudah, resipi, Western Menu

  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
  • Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
    Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa