Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

October 27, 2016October 16, 2022

Enchanteur Paris . Ok.. Tak dapat pegi Paris pakai Enchanteur Paris pun jadi laaa…

Enchanteur Paris wangian romantik kekal tahan lama segar

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL
3 Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria ...!! Oooo... banyak khasiat dan keb...
4 Mee Goreng Hainan
5 Alamak parah!! Apa nak buat Autopass Card hilang!

Sapa sini sukakan wangian? Haishh… Apa punya soalan Nina tanya ni.. Sapa yang tak suka wangi yer tak? Mana ada orang yang suka bau busuk! Eeee …

Didekati dengan orang yang badannya berbau ni akan ada situasi yang mengengkelkan, loya, menyampah, rasa nak pergi jauh dari dia dan kadang rasa macam nak cakap suruh dia pegi mandi sekarang juga! Ada tak?? Macam kejam jer kann… haha

Itu pada yang terbau… Pada yang mengalaminya acener? Lagi kesian kann… Pastinya dia tak nak alami bau badan gitu. Malu ooo… !!

cara-mengatasi-bau-ketiak

Hurmm… Citer pasal wangian ni, sejak zaman Nina sekolah dulu Enchanteur adalah jenama wangian yang jadi kegemaran ramai. Nina sendiri pengguna Enchanteur. Wangiannya yang romantik …. bak berada kat Paris gitu. Ok bohong!  Tak kan tetiba ada kat Paris kan… haha..

Wangian Enchanteur Paris sinonim dengan wangian untuk wanita, bercirikan bau kebunga-bungaan, segar, menawan, tahan lama wanginya dan paling best lagi harganya mampu milik! Tak mampu dapat pegi Paris, pakai bauan ala Paris pun jadi laaa… hehe

Sapa yang badan berbau, dimestikan harus wajib pakai deodorant! Hah.. Apa lagi nak kasitau betapa pentingnya deodorant. Kena pakai! Deodorant berfungsi sebagai Anti-Peluh. Nina pakai Enchanteur Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant. Bapak panjang namanya! Haha.. Yelah.. ikut apa yang tertulis kat botol roll-on ni. Hehhe.. Senang citer kita panggil aje Deodorant roll on. Bukan Ju-On yang hantu Korea tu ehh.. Wakaka…

enchanteur-paris-mon-amie-deodorant-roll-on-long-lasting-wangi

Nina suka pakai Enchanteur deodorant roll sebab ianya membuat Nina rasa segar, nyaman, selesa sepanjang hari. Disamping tu dia ada kuasa pemutih – whitening yang akan memelihara kawasan ketiak kita. Pastu kan… Bau wangian nya yang segar bak lemon memberi rasa ceria sepanjang hari. Wanginya tahan lama, 24 jam! Tak caya cuba korang tak mandi… ketiak tuu wangi jer lagi. Hehe..

Selain dari tu, Nina sukakan deodorant roll on Enchanteur Mon Amie ni sebab bila pakai tak akan rasa gatal, tidak melekit. Ada sesetengah jenama Nina tak serasi pakai. Nanti ketiak Nina gatal-gatal. Badan dah wangi tapi dok tergaru-garu ketiak! Malu ooiii…!! Haha.. Enchanteur Roll-on ni bagus! Selesa dan segar jer.. Meh nak sebut lagi nama panjang nya. Enchanteur Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant. Yelah… kot korang nak pi beli senang cari dah bagi nama penuh. Kann….??

Harga nya pun berpatutan dan mampu beli. Hanya RM8.70 tuk 50ml. Kalau korang nak wangi, segar, selesa dan elakkan badan berbau busyuk kena lah pakai ya… Jangan pandang remeh akan keberkesanan deodorant. Enchanteur Paris wangian romantik kekal tahan lama segar

enchanteur-paris-adore-deodorant-spray-wangi-tahan-lama

Yang ini plak Enchanteur Paris Adore Parfum Deo Mist. Spray aje! Wangiannya kekal sehingga 24 jam. Bila spray Adore Parfum Deo Mist ni terasa bak di awang-awangan. Bau dia romantis sungguh! Penuh dengan bauan floral yang menenangkan… Nina suka sebab wangian nya tahan lama dan harga yang berpatutan. Nina mampu beli! Enchanteur Paris Adore Parfum Deo Mist ni (100ml) hanya RM10.10 jerr awak. Wangi segar sepanjang hari..

Lagi produk Enchanteur yang Nina suka Losyen Wangian nya.. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour. Tona warna badan kita ni biasalah kadang tuu ada tona kulit yang tak sekata dan gelap. “Eeee… Muka putih tapi tangan hitam” *macam pernah dengar kann..?* hehe

enchanteur-paris-belle-amour-lotion-wangi

Losyen Pencerah Wangian Enchanteur ni memudarkan tona gelap. Pakai selalu, lelama warna kulit sekata cantik jer. Idok ler bercapuk-capuk berbelang-belang. Biasanya Nina sapu kat belakang leher, lengan, siku dan lutut selepas mandi. Bila pakai losyen ni, kulit terasa halus, gebu, syok jer hubby nak pegang gosok-gosok… Eh! hehe…

Lagi best sebab Losyen Enchanteur ni tidak melekit dan wangian nya wangi semanis buah + bungaan kekal lama sehingga 72 jam! Eh.. tak mandi ke? hahaa.. Bukan.. kat losyen yang tulis.  Lepas mandi sapu losyen Enchanteur Belle Amour memang best.. nyaman jer.. Wangi nya lak long lasting. Harga nya hanya RM7.50 (100ml) . Murah dan mampu beli kan….

Enchanteur Paris wangian romantik kekal tahan lama segar

Ada banyak lagi wangian yang best best dari Enchanteur Paris.  Bak kata  depa ‘Create Magical Moments Every Day’. Ahaa… Kita lah yang ciptakan kenangan terindah kita setiap hari.  Korang boleh usha kat facebook ENCHANTEUR page (klik) atau pun kat website http://www.enchanteur.com.my

Walau macammana cantik tertarik menarik kau memang debomm, berpesonaliti menarik kebabom, bergaya, elegan, … terlajak flawless ke tapi kalau badan korang berbau busyuk masam sapa pun akan mengelakkan diri dari korang. Dengan itu, jaga penampilan luar dan dalam.. Yakin dengan diri sendiri.

Buat para suami, kot ada isterinya yang ada bau tapi segan nak habaq, buat laaa sesuatu. Meh Nina bagi idea, bagi hadiah surprised! Romantik gitu… kalau nak isteri tu wangi-wangi kena laaa hadiahkan tuk isteri wangian. Tak yah mahal-mahal. Enchanteur Paris kan ada! Harga mampu beli… janji wangi!

Jom wangi wangi malam ni… eh! hehee…

Enchanteur Paris wangian romantik kekal tahan lama segar

Related posts:

Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL

Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria ...!! Oooo... banyak khasiat dan keb...

Mee Goreng Hainan

Alamak parah!! Apa nak buat Autopass Card hilang!

Lifestyle Review Tips 24 jam wangian kekal lamaAdoreBelle AmourDeodorant Roll-OnEnchanteur Parfum Deo MistEnchanteur ParisEnchanteur Triple Whitening Parfum LotionEnchanteur Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorantharga deodorantHarga ParfumMon Amie

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. umminani says:
    October 27, 2016 at 8:47 am

    mcm best yang warna pink tu

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 27, 2016 at 8:50 am

      UmmiNani, yang pink tuu serius best! Wangi giler…

      Reply
  2. rozita says:
    October 27, 2016 at 3:05 pm

    macam best je losyen tu… dulu pakai enchanteur jugak… zaman2 remaja la.. kalau guna leh jadi remaja balik tak? hehe

    Reply
  3. nadia johari says:
    October 29, 2016 at 2:10 am

    tau takpe..wangi sangat

    Reply
  4. Suriaamanda says:
    November 2, 2016 at 6:12 pm

    SA dulu x suka..sekarang bila dah cuba rasa jatuh hati plak..harga pun xde la mahal sangat kan

    Reply
  5. run 3 says:
    December 19, 2020 at 5:53 pm

    I really enjoyed this site. This is such a Great resource that you are providing and you give it away for free.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes