Resipi EGG BENEDICT Mudah Sihat

Day10 EGG BENEDICT Menu Acah Omputeh English Style Bekal Sekolah Eilhan hari ni

Day 10 . Dah hari ke sepuloh anak bersekolah selepas lama bertapa dalam rumah sokmoooo sebab PKP. Terasa cepat masa berlalu kannn? Dan Alhamdulillah kes harian positif dah mula menunjukkan tanda penurunan dari sehari ke hari. Resipi EGG BENEDICT Mudah

Akan tapi, dalam pada dok rasa lega sebab angka kes dah menurun tanpa sedar rupanya kawasan terdekat ada kes positif. Bila dapat berita gini mula lah ada sikit rasa cuak! Ya tak mampu menafikannya..

So Nina selalu pesan kat anak-anak, sentiasa jaga SOP, pastikan keadaan diri bersih dan pasti kita sihat sebab perlu tekankan covid19 still ada everywhere! Ya virus ni ada di mana-mana. Kita tak nampak. Still kena ada rasa ‘hati-hati’ semua di sekeliling kita.

Resipi EGG BENEDICT Mudah

Hari ni Nina kongsikan Menu Mudah Bekal Sekolah tuk Eilhan acah-acah Omputeh Style English Breakfast gitu. Nama dia EGG BENEDICT. Menu sihat ni selalu jadi pilihan buat yang amalkan diet keto dan eat clean. No goreng-goreng! Cuma untuk Eilhan Nina selit kan Tempe Goreng favorite dia.

Resipi EGG BENEDICT Mudah Sihat Sarapan Englishh Western Style Menu Mudah Bekal Anak Sekolah

Resipi EGG BENEDICT Mudah Sihat
Menu Mudah Bekal Sekolah

Bahan-bahan
2 biji telur
2 keping roti putih – dibuang tepinya
lada hitam – kalau nak letak pun boleh
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit mixed herb

Cara penyediannya
1). Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan. Kemudian letakkan sekeping roti didalam bekas muffin.
2). Butterkan roti, dan pecahkan telur ke atas roti. Tabur mixed herb sikit
3). Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
4). Ting..!! Siap di makan

Mudah kann? Cepat disediakan, menu yang menyihatkan dan kaya penuh dengan sumber khasiat lagi bernutrisi gitu.
Chewah . . . Dah macam ayat doktor pemakanan pulak! HAhaaa

Oh ya, baki tepi roti jangan lah dibuang begitu saja sebab selain sedap dimakan begitu saja, sedap juga dibuat Puding Roti yang dihidangkan bersama Sos Kastard so creamy ! Kannnn . . .? Nak lagi time cuaca panas-panas gini, puding roti dan sos kastard sejuk-sejuk. Mmmmm… Nyamannya makan. Cer bayangkan.. Ohhh Jahat! HAhaaa

Resipi PUDING ROTI SOS KASTRAD SEDAP MUDAH

Okies, stay tune!
InsyaAllah besok besok Nina sharekan lagi Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan. Biasanya Nina akan publish sekitar jam 10am ++ daily. Doakan Nina rajin tau! Dan dipermudahkan segala urusan Nina seharian. Aamiinnn..

Bukan apa, sejujurnya tak mampu menafikan Nina agak penat dan rushing dengan jadual Nina seharian tapi bila kita buat apa kita suka atau omputeh panggil passion , akan rasa satu kepuasan dan kenikmatan bila dah selesai semuanya. Alhamdulillah . Terima kasih pada yang selalu support Nina! Muuahhhh . . . hargai sangat!

15 Comments
  • Ai
    Posted at 11:01h, 10 March Reply

    Apa rajin sangat ni.

  • Ezna
    Posted at 14:18h, 10 March Reply

    Ya allah Nina…Thanks again. Sis tengah cari menu bekal yang simple dan resipi tu takdelah susah sangat. Kalau yang ni sis pun suka sebab sis suka telur.

  • Dorsett Pink
    Posted at 14:43h, 10 March Reply

    wow! meriah sungguh bekal makanan Eilhan. bagus kak nina.

  • Mieza S
    Posted at 15:54h, 10 March Reply

    ya allah. rajin sangat kak ninaa ni kan. da la comel je makanannya pun. siap hias2. kemas. semangat eilhan na makan

  • NURUL AQIDAH BINTI AZAHAR
    Posted at 17:48h, 10 March Reply

    rajinnya masak macam ni utk bekal anak sekolah..kreatif..kita masak asal anak2 boleh makan…insyaallah next time boleh try

  • Ruby
    Posted at 02:50h, 11 March Reply

    Fuhh menu macam ni satu keluarga ON kak. sebab sarapan omputeh ni fav kami. tq akak share! jimat pun ya masak telur camtu. guna air fryer boleh kan kak?

  • Bella Jamal
    Posted at 04:48h, 11 March Reply

    Pandainya pelbagaikan masakan. Memamg ibu2 betul masakan tu. Rasa nak buat jugakkk. Semua sedap dan mudah. Kita nak pakai air fryer sb tkde oven.

  • Sis Lin
    Posted at 07:51h, 11 March Reply

    Awakkkk… sebelah rumah kita kosong, meh laaa pindah sini ..nanti boleh tumpang sarapan hahahaha..
    Wieii meriahlah bekal anak ko NIna oii.. geram pulak nengok..

  • Rawlins GLAM
    Posted at 08:54h, 11 March Reply

    Alahai. Mudahnya la nak buat. Boleh try nie. Your recipes nie bagi idea untuk Rawlins sediakan breakfast untuk diri sendiri daily gak hahaha

  • Ayu Rafikah Mohd Amin
    Posted at 11:11h, 11 March Reply

    comel telur tu kejadiannya..anak mesti excited bila bawa bekal ni kan… hehehehe…kita yang mak pun teruja menengoknya heheh

  • Zaza
    Posted at 12:00h, 11 March Reply

    Memang akan buat menu utk setahun ke kak nina? Ya allah rajin nya kak nina.. Thanks share resepi tau..

  • MUHAMMAD YUSUF AHMAD
    Posted at 19:02h, 11 March Reply

    wow nampak sedap je menu ni….meriahpun meriah….budak2 konfim suka

  • siennylovesdrawing
    Posted at 09:00h, 12 March Reply

    Ohh wowo,…I love your dedication & passion in creating school bento sets for your kids & sharing the recipes here. Love them all & do continue sharing more & more ya 😀 cheers, siennylovesdrawing

  • AlongMurni
    Posted at 00:25h, 16 March Reply

    Nampak simple n menarik.. boleh la cuba buat utk anak2 AM juga nanti.. si adik mesti suka.. tak sabar nak cuba resepi yg nina kongsikan ini.

  • nadia johari
    Posted at 18:45h, 16 March Reply

    Aduh mudah dan senang ni nak buat..Sedap makan telur cair2 tenagh tu

Post A Comment