Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

September 3, 2014July 4, 2016

Agar-agar Pandan Santan…. nyamannya!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apa khabar? Cuaca panas gini sedapnya kalau makan agar-agar sejuk. Nyamannya tekak….. Terus ke dapur jerang air, gedebak gedebuk, toing-toing, berdesup >>>>>
Zassss… siap masuk peti ais. Petang nanti boleh potong ngap-ngap! Dalam 3-4jam dah ready to eat. 🙂

Ini antara menu dessert yang selalu Nina buat ulang kali. Agar-agar. Cuma kali nie Nina just buh paste. Tak sempat nak blend daun pandan, tapis, tapis, tapis! Kalau blend nanti Baby Eilhan pun bangun dari tido bila dengar bunyi blender.  Asal bunyi Ggggrrrr ajer dia bangun, bunyi gggrrrr ajer dia bangun. .. Nanti semua keje tergendala….. Haru~

Alkisah, pakai ajer paste ready made. Geliga sungguh yang cipta paste macam-macam rasa nie. Sangat memudahkan keja masak-memasak 🙂 Nina ada tambah coconut paste. Boleh beli kat bakery….  tak letak pun ok. Kalau letak lagi uumph lemaknya. Saya suka,  saya suka!

Alamak…. Baby Eilhan dah bangun dari lenanya…
Sila tengok resepi >>> 
Agar-Agar  Pandan Santan Mudah ringkas Sedap

Isi Kandungan hide
1 Agar-Agar Pandan Santan Mudah ringkas Sedap
2 Related posts:
3 Bihun Soto Rempah Mak Siti.. Siapa Mak Siti tuu?? Hehe...
4 Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor
5 OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA
6 SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR
 
Agar-agar Pandan Santan Mudah Ringkas Sedap

Agar-Agar  Pandan Santan Mudah ringkas Sedap

Bahan-bahan

3 sudu kfc  agar-agar serbuk
300 ml air
1 sudu teh  pandan paste

1 sudu teh coconut paste (ada jual kat bakery)
1/2 cawan  gula pasir
200 ml pati santan (Nina pakai santan kotak ajer)
1 biji telur (kali nie DHA kurang – Nina lupa nak letak)
Secubit garam

Cara penyediannya
1-  Satukan air, agar-agar serbuk, gula pasir, pandan paste, coconut paste dalam periuk. 
2-  Masakkan hingga mendidih, gunakan api sederhana.
3-  Sementara itu, satukan pati santan,  telur, dan garam, kacau/pukul rata. Pakai garfu pun boleh.

4-   Tuang dalam adunan agar2 tadi, kacau perlahan dan biar sehingga bancuhan santan kelihatan berbiji-biji dan mendidih.
5-  Matikan api  dan tuang dalam bekas kegemaran . (Bekas tu dibasahkan dulu sikit dengan air untuk senang adunan keluar nanti) 

6-  Tunggu hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. 
7-  Sedap dihidangkan dingin…..

Selamat mencuba!

Nina lupa nak masukkan telur, so tak berapa cantik kejadiannya. Kalau letak telur, kombinasi antara colour hijau dan santan lagi menarik. Lebih kurang macam ni…. Cantik kan ada pecah-pecah kat santan tuu?
Ini Agar-agar Kemenyan…… nak resepi refer resepi Agar-agar Kemenyan

 





Related posts:

Bihun Soto Rempah Mak Siti.. Siapa Mak Siti tuu?? Hehe...

Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor

OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA

SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR

Lifestyle Resepi Agaragar Pandan Santan. Resepi MudahDessertKuih Muih Warisan Kitaresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes