Hadoi… Segannya la hai 🙈🙈
Huru hara dibuatnya bila 4 orang anak pulun phone mama jer sokmo tuk Online Class. Nak buat lagi mana, kemudahan tak berapa lengkap maka sila laa share share.
Biasanya memang akan ada adengan gadoh-gadoh manja antara mereka. Berebut tu normal, memasing nak siapkan homeowork cepat. Nak jadi orang yang pertama letak nama kat list cikgu.
Gamaknya bila dah huru hara, Nina selalu dok salah send keje sekolah anak. Sekolah KAFA punya homework pi send kat Ustaz Sekolah pagi. Ustaz pun fenin laa fenin. Kesian Ustaz… Tentu kecamuk jiwa raga dibuatnya kann? Bertabah laaa cikgu
Ada kadang tu , list nama anak dah siap homework pun silap tulis nama, silap group bagai..
Tengok ni. ..
Agaknya kalau beberapa parents yang serupa Nina, stress tahap gaban la cikgu tu kot kannn?
Yelaaa… Mau tak TERsilap. Nina ni , group anak aje ada sampai 4-8 group. Kali laaa 4 orang. Bukan keje mudah untuk difahami mendalami walau sekadar ngadap dan baca whatsapp group. Memang mereng omak nya! 😂😂😂
Kadang selalu terjadi nak reply kat group Eilhan pi tulis nama Eilman. Kadang homework Eilyana pi tulis nama Eilhan. Semua lebih kurang jer nama derang ni …
Mujur laaa semua anak nama belakangnya sama ada ‘Mirza’. Asal done Cikgu faham ok jer kot. 😂😂
Bukan nak kata apa… Cuma salute kat cikgu sekolah anak ni amat dedikasi menjalankan tugas sebagai pendidik, memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Pepagi lagi dah berderu-deru notifications untuk homework anak².
Faham bukan mudah cikgu nak reply sesatu text, nak check homework pelajar. Nak respon lagi.
Sesama laaa kita bertabah menempuhi semua ini. Aamiinnn
Cepat laaa tamat PKPB dan wabak covid19 ni. Terkesan tertekan ter sentap TER jadi naga sokmo omak nya ni. HAhaa..
Korang acaner?
Memang kecamuk jiwa raga mengurus kerja-kerja online, baik dari pihak guru, ibu bapa dan anak-anak. Menguji tahap kesabaran betul.
un dan anak2, relax and cool hahahaha
semoga tabah sis nanti anak anak dah besar boleh cerita balik ke dorang betapa susahnya time pkp hahaha
Semoga urusan kak nina dipermudahkan dalam menguruskan hal-hal anak-anak dan keluarga di rumah.
Hehehhe.. Adeh bab salah hantar.. Nasib paham.. Hehehe.. Comel kak.. Memg pening ye lagi anak ramai..