Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 26, 2019July 26, 2019

Part 2 – Habis tu tak de duit camner nak bayar?!

Okey.. Sambung part 2 kisah eicha, roti canai dan kasih seorang ibu tadi

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Nahh... Ini TIPS ITINERARY dan KOS Travel Bajet ke HATYAI 3H2M. Enjoy sakan, makan mewah seyhh..!
3 MB EGG-STRA ONG LAGI POWER KEMBALI LAGI . JOMMM
4 AYAM SEDAP BAQ HANG! Menu Baru The Chicken Rice Shop
5 Resepi untuk orang sakit... Bubur Lambuk Sedap

Pi makan roti canai lupa bawak handbag dan duit.  Sapa nak bayar ni??  Ker kena keje cuci piuk belanga nanti 🙈

Bila panik yang paling penting kena relax. Bertenang dulu. Bukan apa, nak bawak ke mana pun panik tu kannn?

Bila di landa masalah, yang utama adalah mencari solusi. Fikirkan cara bagaimana menyelesaikan nya bukannya melayan stress lantas buru-buru fikir dan TERbuat keputusan lain dari sepatutnya.

Bohong laaa kalau kata tak panik, tapi usah dilayan. Acah-acah panik sekejap udah cukup ehh 😂😂

Ramai lak dok pm, whatsapp nak tahu apa jadi seterusnya… Prihatin nya kalian. Touching ai you ♥

Setelah tempoh bertenang, rasanya macam nak call mama, atau kasitau geng, dan mungkin dia akan mintak tolong jiran pinjamkan duit bayar roti canai ni.

Ermm…. Atau berterus terang dengan empunya kedai dan datang semula nanti bayar . Tapi ini pilihan terakhir..

Tup. Tup…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Allahuakhbar… Allah Maha Besar.
Syukur Alhamdulillah 😭😭

Eh eh… Nasib baik ada duit selit celah handphone ni. Tetiba macam ada orang potong bawang. Air mata ni mengalir kegembiraan.

Giler tak seronok! Nina bukan orang yang suka berhutang. Takut! Hutang ni di bawa ke akhirat. Alhamdulillah , Allah permudahkan urusan dan permasaalahan Nina.

Sapa macam Nina?
Suka selit duit gini?

Tak pernah selit duit tu, cuba laaa letak tepi. InsyaAllah satu ketika ia akan membantu di kala kecemasan.

Ppsstttt…. Gambar ni di ambik guna handphone anak tuan kedai. Dasar blogger nak gak ada gambar sebagai kenangan. 🙈🙈🙈.

So pengajaran nya, sebelum keluar rumah makan roti canai sila bawak handbag atau sediakan duit sikit dalam kete atau buh duit selit celah handphone. 😂😂
Sebab nya, kita ni pi mana dok usung handphone kannn?

Ni kira tips pengurusan kewangan gak.  Mak mak wajib ada teknik gini. Kot kecemasan opkos ianya sangat membantu.

Terima kasih Eicha dan kisah roti canai nya yang dok ulang duaploh juta kali sampai TER update nya entri tuk ari ni 😁😬.

Salam ikhlas dan sharing yang tak seberapa penting,
Nina Mirza

Alamak… Sat lagi nak masak ke beli ni tuk lunch? 😰😩 fening stress mama kembali. Oh no 😭

Gini laaaa lumrah kehidupan seorang mama. Rasa-rasa macam nak share kisah seharian ala diari tapi ok ke tak?

Related posts:

Nahh... Ini TIPS ITINERARY dan KOS Travel Bajet ke HATYAI 3H2M. Enjoy sakan, makan mewah seyhh..!

MB EGG-STRA ONG LAGI POWER KEMBALI LAGI . JOMMM

AYAM SEDAP BAQ HANG! Menu Baru The Chicken Rice Shop

Resepi untuk orang sakit... Bubur Lambuk Sedap

Lifestyle Parenting Tips Apa nak buat bila tetiba tak bawak duitCeritera Ninakisah akuTips dan Petuatips kewanganTips parentingTips rumahtangga

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. ina says:
    July 26, 2019 at 3:35 pm

    Ina biasa selit kat celah2 purse. not 50 biasa 2 keping. Yang purse masa bujang pon ada juga selit.Itu note 10 dan 20.

    Reply
  2. Amyra says:
    July 28, 2019 at 6:08 pm

    Fuhhh… Migha pun ada je terjadi macam nie. Pernah bawak handbag tapi tak bawak purse, Nasib baik dalam bag tu Migha selalu letak je duit2 balance dari beli barang.

    Reply
  3. Pingback: Gambar Kata Allah Maha Tahu – My Healthy Quotes

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes