Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS KICAP SEDAP MUDAH EAT CLEAN
June 21, 2012February 24, 2023

Ikan Siakap Kukus Berkicap

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …. Hari nie nak share menu yang konon-kononnya makanan berkhasiat. Ala-ala stim gitu …. Orang diet kata MENU EAT CLEAN . Kalau asyik dok makan bergoreng, menumis, berlemak bagai nanti badan pun naik lemak. Ini lah dia Resipi Ikan Siakap Kukus Kicap Sedap Mudah ala chinese style yang korang boleh cuba! senang sangat

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
3 Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria ...!! Oooo... banyak khasiat dan keb...
4 Resipi Butter Cake & Cream Icing paling mudah dan sedap!
5 Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

Entah mana laaaaa… lemak tuu nak dok nyorok lagi kan.. Spare tyre pun dah tak der ruang nak letak daaa … Nak kena pikul agaknya lemak-lemak tu nanti. 
Parah parahh ..!!! ~~~~ Hehhee . . . .

Menu kukus mengukus nie antara menu fav Nina. Sebab nya cepat dan mudah. Taruk semua dalam pengukus dan kukus dalam 10-15 minit dah siap! Senangkan. Lagipun ini antara menu yang amat berkhasiat dan baik lagi bagus untuk mereka-mereka diluar sana yang amat mementingkan diet yang berkualiti.  (Kualiti lah sangat kannnn…) 

Kalau dah makan dengan 2 mangkuk nasi memang tak der makna nyer diet tuuuu.  HAhaa

Sebelum-sebelum nie Nina dah pernah masak Ikan Talapia Kukus   Ikan Talapia Kukus Carca Marba .  Kali nie Nina buat Ikan Siakap pula. Jomm tengok resepinya

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS KICAP SEDAP MUDAH EAT CLEAN

Resipi Ikan Siakap Kukus Kicap
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
600g Ikan Siakap
4 ulas bawang putih – hiris nipis
2 inch halia – hiris nipis
1 biji cili merah – hiris nipis
2 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
1 keping asam gelugor
2 sudu besar kicap lemak manis
garam secukup rasa
beberapa titik minyak bijan
1/2 batang carrot – dipotong bulat-bulat
Garam secukup rasa


Cara penyediaannya

  • Ikan siakap dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa seketika lalu dibilas bersih
  • Panaskan pengukus
  • Ikan diletakkan dalam bekas tahan panas 
  • Kesemua bahan diletakkan/ diselit-selitkan kat ikan dan kukus dalam masa 10-15 minit.
  • Sedia dihidangkan.

Amacam? Senang kann? Tak susah pun masak kukus stim gini. Yang masa sedang berdiet tuu rekemen korang cuba Resipi Ikan Siakap Kukus Kicap Sedap Mudah ala chinese ini. Sambil masak nasi buh ker atas tu kukus. Nasi masak lauk pun masak. Jimat masa!

Selamat mengukus – kus kus !! hehee . . .

Related posts:

Ayam Goreng Kicap Lemak Manis

Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria ...!! Oooo... banyak khasiat dan keb...

Resipi Butter Cake & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

Resepi chinesse style menuEat CleanIkanIkan Siakap Kukus BerkicapLauk Paukmenu dietMenu StimResepiresepi mudahresipi mudah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (11)

  1. Qasey Honey says:
    June 21, 2012 at 12:19 pm

    asslm Nina…mmg bkhasiat menu ni…sesuai jugak utk diett..hihi…nmpk pon sedap la…nk QH cuba yer..

    Reply
  2. zila norazila says:
    June 21, 2012 at 4:17 pm

    sgt berkhasiat..leh kurusss nnt klu kita mkn camnie hari2 ..:)

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    June 21, 2012 at 4:30 pm

    Jay,

    Thank you very much ;))

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    June 21, 2012 at 4:31 pm

    Wa'alaikumussalam QH…

    makan panas-panas mmg sangat menyelerakan…
    Selamat mencuba, nanti dah cuba bg komen ehh~~~
    Hope u like it 😉

    Reply
  5. Nina Mirza says:
    June 21, 2012 at 4:36 pm

    As'salam Zila..

    mmg berkhasiat dan boleh kurus kalau makan style macam gini hari2
    TAPI kannnnnn…
    kalau nasi yer bertambah2 tak juga kurus nanti
    hehehe . . . .

    Reply
  6. sury_masury says:
    June 21, 2012 at 6:19 pm

    sodap ni..sekor ni makan sorg kalu yg sz kecik..x toleh dh org lain..hehehhe…suka3..:-)

    Reply
  7. Nina Mirza says:
    June 21, 2012 at 10:09 pm

    Sury,
    betul tuuu ….. mmg sorang seekor !! Kalau share mmg tak cukup
    hehehe …

    Reply
  8. ibundo says:
    June 22, 2012 at 6:19 am

    salam pagi nina. Ya.. selain berkhasiat, mengukus ni tak banyak kerja. Kukus dan tinggalkan je.
    Mmm.. sodap tu.

    Reply
  9. Rohah says:
    June 22, 2012 at 9:42 am

    akak dah lama x jamah siakap kukus, asyik cancel je…sbb setiap kali makan kat luar anak order benda lain je…

    Reply
  10. Nina Mirza says:
    June 22, 2012 at 1:34 pm

    Wa'salam Bundo …

    Betul3x .. menu yg sihat, cepat dan senang! 😉

    Reply
  11. Nina Mirza says:
    June 22, 2012 at 1:36 pm

    Laaaaa …. iyer ker? Cian kak Rohah
    Pass nie kukus ajer kat rumah takut nanti gi makan luar anaknya order lain lagi..
    hehehee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes