Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 6, 2012June 10, 2016

Udang Goreng Bersos Masam Manis

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera .. Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya..  
Dah makan lunch?   Makan apa tadi? Pastikan ambil makan makanan yang berkhasiat dan yang paling penting ianya mestilah seimbang. Kalau tak seimbang takut nanti badan tuu tak balance. Yelah kannn, nanti akan terjadinya kembang sana kembang sini. Betul tak? hehehe . . . . Udang Goreng Bersos Masam Manis

Hari nie Nina nak share menu yang sangat simple tapi pasti akan membuka selera terutama sekali buat anak-anak. Resepi nie tak pedas langsung so kalau terasa nak menyengat sikit haruslah ditambah cili padi semasa menumis nanti yea..

Isi Kandungan hide
1 Udang Goreng Bersos Masam Manis
2 Related posts:
3 MENU DIET SIHAT BEN ASHAARI GERENTI BERAT TURUN, KURUS dan NAMPAK SEMAKIN MUDA!
4 Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??
5 Bila sel otak tak reti berhubung... Ayam Goreng Kunyit aje!
6 Kisah disebalik Eicha, roti canai dan kasih seorang ibu..

Ok lah….. jom tengok resepinya, masa teramat cemburukan Nina. Cuti sekolah nie rasanya bertambah sibuk ngan urusan bersama anak-anak. Kalau time sekolah tuu, dok keluar masuk rumah jemput anak-anak pegi balik sekolah, time cuti sekolah nie pula dok melayan mereka dengan aktiviti game supaya tak der lah bosan dan asyik dok minta bawa ke Giant ajerr….
Rasanya pekerja kat Giant tu pun dah cam muka Nina dan anak-anak. Mana tak nya, boleh dikatakan setiap hari ke sana… sabar ajer laaaa…. Hehee . . .

Udang Bersos Masam Manis mudah cepat ringkas

Udang Goreng Bersos Masam Manis

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
500g udang kertas sederhana size (kalau lagi besar lagi cun)
Tepung beras + sedikit garam 
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
minyak untuk menumis dan menggoreng

Hiasan
Daun bawang

Cara-caranya

  • Udang dibersihkan dan ditoskan. Gaul udang bersama tepung beras dan sedikit garam
  • Goreng hingga kekuning-kuninggan dan toskan, ketepikan
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau
  • Masukkan cili sos dan  tomato sos. Kacau rata
  • Kemudian masukkan gula.
  • Setelah itu, masukkan cuka.
  • Masak lagi selama 2minit dengan api yang besar sehingga kuah pekat.
  • Siap dan tuangkan ke atas udang yang telah digoreng tadi.

Senang kan…?? Kalau nak kuah banyak sila gandakan sukatan dan boleh ditambah air jika terlalu pekat. Ikut citarasa masing-masing juga~~~







Related posts:

MENU DIET SIHAT BEN ASHAARI GERENTI BERAT TURUN, KURUS dan NAMPAK SEMAKIN MUDA!

Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??

Bila sel otak tak reti berhubung... Ayam Goreng Kunyit aje!

Kisah disebalik Eicha, roti canai dan kasih seorang ibu..

Lifestyle Resepi Lauk PaukResepiresepi mudahresepi ringkasresipiUdangUdang Goreng Bersos Masam Manis

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. CT Delima says:
    June 7, 2012 at 9:17 am

    As'salam Nina

    amboiii berselera k.ct tengok hidangan udang sos ni, k.ct pun lama dah tak masak udang kat rumah. bukan sebab mahal atau apa. Tapi suami dah jemu nak makan udang2 ni.

    dulu masa duk kat jb bila balik kampung mak cik kat teluk sengat area 'bandar johor kota lama' dia ada ternak udang sekali dia bagi dalam 6-7 kilo udang harimau tu yang masak sampai dah jemu kot nak makan hehehe.

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    June 7, 2012 at 11:27 am

    Wa'alaikumussalam Kak CT cayanggg ….

    Aduhh …!! Best nyer kalau Nina dapat udang harimau tuuu. Banyak tuu kak..
    Anak-anak Nina semuanya hantu udang. (termasuk mama & abahnya juga) Hehehe..
    Boleh dikatakan semua hidangan dok letak rencah udang memanjang. (Nak pancing selera mereka lah kata kan…..)

    Nanti satu masa Che Mat dah teringin makan udang boleh kak CT singgah semula jenguk resepi Nina yea~~
    hehhee . . . .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes