Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 11, 2018February 4, 2023

Eilhan Mirza – 1st day Tadika

Kenangan Hari Pertama Tadika Eilhan !

Isi Kandungan hide
1 Haru..!! Bag sekolah punya hal
2 Ketahui TIPS seawal usia berapa daftar anak tadika , Kat mana, Kos berapa, Tadika jenis apa
3 Teruja cuba uniform sekolah
4 January 2018 pun tiba Kenangan Hari Pertama Tadika
5 Back to school
6 Kenangan Hari Pertama Tadika
7 Alamak. . . !!
8 Ok, DramaSangat Eilhan ni rupanya
9 Related posts:
10 Nafkah seorang anak sehingga bila?
11 Sandwich Egg Mayonnaise .. breakfast paling cepat, senang dan berkhasiat.
12 Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
13 Cayalah! CARRIE JUNIOR dah ada refill pack! Lagi jimat weyy....

Acecehhh …. Dah seminggu lebih baru Nina berkesempatan update cerita Hari Pertama Tadika Eilhan kat sekolah. Macam laaa sibuk sangat. Yes! Memang sibuk hokey. Alhamdulillah … Tahun ni Eilhan dah berusia 5 tahun. Ikut bulan dia baru jer cecah umur 4 tahun Disember lepas. Lahir hujung tahun gini laaa…

Masa daftar Eilhan tadika bulan November lalu dia cukup teruja nak pegi sekolah. Sibuk bilang “ni sekolah A’an, ni sekolah A’an… cantik! Ada mainan” Setiap kali lalu sekolah dia. Amboi … tak sabar nampaknya!

Haru..!! Bag sekolah punya hal

Lepas tu bawak beli kelengkapan sekolah pun sama dia teruja. Beli bag sekolah, setiap hari .. Diulang setiap hari dok paki bag sekolah! Stress mama.. ke hulu , ke hilir dalam rumah dok bawak bag sekolah dia. Dah laa rumah ni kecik jer. Huhuu . . . Sampaikan abah dia sorokkan bag sekolah dia. Nanti dah nak dekat sekolah baru bagi semula kat dia. Hahhaa . . . Kesian Eilhan.

Ketahui TIPS seawal usia berapa daftar anak tadika , Kat mana, Kos berapa, Tadika jenis apa

Teruja cuba uniform sekolah

Masa bulan Disember lalu, bawak dia pegi ambik baju uniform sekolah. Amboi … Seronok dia! Kata baju sekola dia cantik laaa, nanti A’an nak pegi sekolah pakai baju ni, hensem! Perasan Ikut sapa lah tu…

January 2018 pun tiba
Kenangan Hari Pertama Tadika

Back to school

Hari yang di tunggu telah tiba. Bangun pagi seawal 5 pagi. Ikut abang kakak nya bangun pagi sesama. Alhamdulillah, tak de sebarang bunyi mahupun drama. Jam menunjukkan 30 minit lagi jam 8pagi. Dah siap-siap stokin, kasut dah pakai, Nina setuju Geng aje yang hantarkan Eilhan ke sekolah. Jujur Nina tak kuat. Takut risau dia buat hal meraung teriak kuat-kuat sebenarnya. Hehe…

Lagipun Nina jangkakan Eilhan akan sama perangai macam kakak dan abangnya. Derang semua hari pertama sekolah cepat sesuaikan diri. Siap suruh mak pak balik lagi. Tak payah tunggu. Mudah sangat!

Kenangan Hari Pertama Tadika Titian Sayang

Kenangan Hari Pertama Tadika

Menurut cerita Geng, Alhamdulillah sampai pintu gate sekolah, Eilhan masuk dengan rela tanpa raungan. Ikut jer Teacher dia pimpim tangan terus masuk kelas. Memandangkan hari pertama persekolahan, Mak Pak dibernarkan masuk sekejap untuk ambik gambar anak dalam kelas. ( Dari celah grill jer, masuk kelas tak boleh pun)

Maka, Geng pun masuk laa kejap tengokkan Eilhan dibalik celah grill. Kata Geng, Eilhan nampak ok jer dok kat kerusi dia. Siap buat peace lagi saat Geng nak snap picture dia. Amboi … Eilhan ni memang, pantang nampak camera handphone ni tuju kat dia. Cepatan dia pose. Entah ikut sapa tuu tak tau laa… hehee

Kenangan Hari Pertama Tadika

Alamak. . . !!

Dannn ….
Saat Geng mula nak melangkah balik …
“Abah, eilhan nak ikut abah… 😔 Eerkkk…
Pastu dah mula sipi-sipi kedengaran “uhuk uhukk uhukkkk huwaaaaaa” 😭😭 Eh! Alamak…
Sepantas berdesup laju Geng terus balik tinggalkan dia. 🤣 Abah dia pun panik kot! hehe . . .

Selepas 15 minit kemudian, Geng intai tengokkan Eilhan semula. Alhamdulillah tengah main puzzles. Oooo… Eilhan dah ada kawan! 🤗 Lega!

Ok, DramaSangat Eilhan ni rupanya

Pejam celik pejam celik… sekejapan ajer Eilhan dah masuk Tadika.  Dah anak no.4 ni, Nina berpeluang merasa bagaimana mak mak lain rasa bila anak mereka meragam di hari pertama tadika. Aduduuuu . . .!! Kenangan terindah ni..

Maka… berakhir lah sudah drama sinetron tuk hari ini sempena 1st day school Eilhan. ALhamdulillah.. Ok, Simpan nervous tuk esok lak. Haha

Related posts:

Nafkah seorang anak sehingga bila?

Sandwich Egg Mayonnaise .. breakfast paling cepat, senang dan berkhasiat.

Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Cayalah! CARRIE JUNIOR dah ada refill pack! Lagi jimat weyy....

Parenting Daftar SekolahEilhan 1st day schoolEilhan MirzaKos Yuran Tadikaragam anak hari pertama tadikatadikaTadika Titian SayangTaman Selasih Batu CavesTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. IQ aka Izyan Balqis says:
    January 11, 2018 at 2:50 pm

    comel sangat eilhan, belajar elok2 yer

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    January 11, 2018 at 7:13 pm

    Kejap ja dah masuk tadika kan. Dok ingat lagi si kembaq berkenan sgt kat dia masa pi sebuah resort dihulu langat dulu haha. Baby comei depa panggil dia hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes