Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 23, 2018November 23, 2018

Aarrgghhhh…. Sakitnya MIGRAINE..!!

Migraine

Isi Kandungan hide
1 Migraine
1.1 Apa itu migraine punca sebab rawatan
1.2 Apa itu migraine?
1.3 Faktor keturunan?
1.4 Bagaimana migraine di diagnos?
1.5 Punca migraine?
1.6 Fasa fasa migraine:
1.7 Jenis Jenis Migraine
1.8 Related posts:

Hari ni Nina share tentang Migraine. Nina antara  yang merasai derita sebab sakit migraine  ni.  Sakit nya tak mampu nak gambarkan. Masa migraine ni datang,  rasa macam nak hempok hempok jer kepala ni kat dinding. Segala ubat rasa nak telan kasi hilangkan penderitaan migrain ni!  Huhuuu…

Perkongsian ilmiah ni dari Dr Khairul Faizie yang sangat humble, rajin berkongsi ilmiah beliau, dan buat yang mengenali beliau,
dia jugak lawak orangnya.

Ada ramai patient yang datang dengan aduan ” saya migraine “. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala.

Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hingga lah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri ciri nya.

Apa itu migraine punca sebab rawatan

 

 

Apa itu migraine?

Secara mudahnya utk faham , migraine ialah:
1- Sakit kepala yang cirinya berdenyut denyut ( throbbing pain).Sakit berdenyut denyut ini agak kuat atau sangat kuat ( bukan sakit kepala biasa, sikit sikit)

2- Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri, atau kanan.

3- Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas kebas.

3 perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. 3 perkara ini yang biasanya doktor akan tanya utk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.

Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan ( seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak ) dijalankan dan di dapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.

Faktor keturunan?

Migraine memang di ketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.

Peringkat umur?

Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak kanak jarang di laporkan, antara sebabnya kanak kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.

Bagaimana migraine di diagnos?

Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yang mungkin menyebabkan sakit kepala, di ketepikan. ( Diagnosis of exclusion).

Makna nya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang ( lumbar puncture) utk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda.

Andai semua test ini negatif hasilnya, dan ciri ciri sakit kepala nya menepati 3 kriteria yg di tulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine headache.

Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yg di suspek migraine, perlu jalani test yang di tulis tu. Ramai yg di diagnosed based on ciri ciri simptom nya sahaja, dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak di ikuti simptom2 lain yang bahaya / warning simptom.

Punca migraine?

Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak, dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik di dapati ada main peranan.

Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak di ketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil ” trigger factor”. Tiggers factor nya ada yg bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan.
Kena kenal pasti trigger faktor, dan cuba elak kan. Lain orang, lain trigger factor nya.

Antara trigger factor nya ialah:
– datangnya haid
– stress
– terlampau gembira / murung / kerisauan ( anxiety)
– kurang rehat / kurang tidur
– faktor makanan seperti caffeine, coklat, buah buahan citrus.Juga makanan yg ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk, dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.

– faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising , bauan yg kuat / mengganggu, perubahan cuaca.

Fasa fasa migraine:

Sebenarnya, ada 4 fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa fasa ini, dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je ( fasa ke 3).

Penting untuk memahami fasa fasa migraine ini, sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.

Fasa 1 : Prodrome
Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung utk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘ pre- headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tiba nya simptom sakit kepala. Sekitar 30 % – 40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.

Antara simptom Fasa 1 ialah:
– sakit leher
– rasa penat
– food craving
– mengantuk atau menguap berlebihan
– sembelit atau cirit
– sukar utk fokus
– rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah

Fasa 2 : Aura.
Sekitar 20 – 25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini.
Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.

Ada 2 jenis aura yang biasa di alami oleh pesakit migraine.
Auditory Hallucination dan Visual Hallucination.

Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud ( auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud ( visual hallucination ) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak/ jadi blurred vision, walhal mata& penglihatan sebenarnya normal.

– Vertigo, iaitu perasaan rasa berpusing ( bukan pening)
– Simptom allodynia, iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit..ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.

Fasa 3: Headache
Ini lah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa.
Ajaib nya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Makna nya mereka tidak sakit kepala ! Ini dipanggil migraine aura without headache.

Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni di ciri kan sebagai:
– sakit berdenyut denyut
– sakit pada sebelah kepala
– sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam
( bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital).

-sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal.
– rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus ( sebab penglibatan saraf trigeminal di muka).
– rasa mual / muntah
– sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan ( osmophobia), bila ada bunyi ( phonophobia) dan pada cahaya ( photophobia).

Fasa 4: Postdrome
Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.

Antara simptom Fasa 4 ialah:
-keletihan
– mood jadi rendah / hilang mood
– sukar beri tumpuan
– sukar buat keputusan

Jenis Jenis Migraine

1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura ( Fasa 2 ) seperti yg dijelaskan.

2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs ( simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.

3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.

Maka, fahami dulu penerangan ringkas yg aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.

Insya Allah, dalam tulisan berikut nya, aku akan tulis tentang rawatan migrane .

Sumber : Dr Khairul Faizie
Korang pi laaaa follow facebook beliau
kot ada nak tanya apa² ker, komen kat posting berkenaan,  InsyaAllah  ada masa nanti dia reply…

Nina bukan doktor, sekadar memanjangkan perkongsian beliau dengan izinnya.

Semoga perkongsian Nina juga memberi manfaat buat yang memerlukan…

Related posts:

Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!
1st Anniversary CoratCoret Nina Mirza...
Memukau! Dimatamu Sufian Suhaimi buat ku....
Wajib cuba! Resepi Milo Oreo Jelly gerenti sedap
Lifestyle Parenting Tips apa itu migraineDoktor Khairul Faizie Mohammad KamarInfo - kesihatanInfo - Semasajaga kesihatanmigrainMigrainepuncapunca migrainerawatansakit kepala

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (23)

  1. ina azlina says:
    November 23, 2018 at 6:56 pm

    masa kecil ada migrain.Setelah telan ubat migrain.Terus dah okay,sehingga sekarang.Tetapi itulah antara migrain paling teruk sehingga muntah2

    Reply
  2. farah wahida putra says:
    November 25, 2018 at 5:47 pm

    pernah jadi sekali rasa mcm nak pecah kepala bukan pening tp sakit sgt2

    Reply
  3. Ai says:
    November 28, 2018 at 11:20 am

    Ai rasa ai ada migraine. Cuma tak terok. Mungkin lah.

    Reply
  4. lisa nurulain says:
    December 11, 2018 at 12:45 pm

    Lisa akan migrain teruk jika terlalu terdedah dengan cahaya , stress , atau tak makan nasi . hahahaha leh mengamuk . time ni lelap mata and tido je ubatnya ., tp time keja.. kalau tak panadol.. minum nes. berkesan

    Reply
  5. crazy maze game says:
    December 19, 2018 at 11:41 am

    Nice to read your article! I am looking forward to sharing your adventures and experiences

    Reply
  6. MySelf says:
    August 28, 2019 at 3:17 pm

    Saya baru je pergi klinik n doktor kata ada migrain.. Terus cari artikel n baca sampailah jumpa artikel ni.. Sangat-sangat membantu.. Sakit kepala tu bukannya rasa sekarang, daripada kecil lagi rasa dan sehingga sekarang tak sembuh-sembuh.. Puncanya, sebab saya terlampau banyak risaukan pelajaran.. Even dia membuatkan saya menjadi pelajar cemerlang.. Ia juga ada negative side..

    Reply
  7. http://wiki.sandship.rockbitegames.com/index.php/User:CathernAyers854 says:
    August 22, 2020 at 5:25 am

    BL

    Reply
  8. wikicorp.Org says:
    August 22, 2020 at 5:49 pm

    LJ

    Reply
  9. top business models says:
    August 23, 2020 at 2:23 pm

    QF

    Reply
  10. examples of business models says:
    August 23, 2020 at 4:28 pm

    KL

    Reply
  11. Robyn says:
    August 24, 2020 at 5:54 pm

    UQ

    Reply
  12. startup resources says:
    August 25, 2020 at 12:23 am

    ID

    Reply
  13. Tressa says:
    August 26, 2020 at 12:42 am

    LG

    Reply
  14. Nexea says:
    August 26, 2020 at 1:32 am

    SP

    Reply
  15. Francesca says:
    August 27, 2020 at 11:45 am

    TM

    Reply
  16. www.ludicmedia.ca says:
    August 29, 2020 at 10:25 am

    FN

    Reply
  17. physioexrx.com says:
    August 29, 2020 at 5:57 pm

    LW

    Reply
  18. investors group says:
    August 30, 2020 at 4:43 am

    VB

    Reply
  19. angel group says:
    September 1, 2020 at 2:26 pm

    HE

    Reply
  20. top business models says:
    September 3, 2020 at 11:42 am

    LP

    Reply
  21. startup business models says:
    September 10, 2020 at 12:03 pm

    AK

    Reply
  22. Nexea says:
    September 14, 2020 at 12:30 am

    YK

    Reply
  23. best business models says:
    September 14, 2020 at 8:12 am

    VM

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes