As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Salam Jumaat buat semua… Mulakan setiap perkara yang kita lakukan dengan “Bismillah’..
Bayangkan….. sampai ada seketika masa sampai Nina minta tolong dia diam kejap! Hahaha… Kesian dia kannn?? Tapi memang sekejap jer laaaa dia diam. kah kah kahh… hurmm… Yana yana~
Kuey Teow Goreng campak-campak
Bahan-bahan
1 paket kuey teow – dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
2 cawan udang sederhana size – dibuang kulit
1 1/2 cawan taugeh
Fish ball – belah empat atau ikut suka
3 sudu sambal tumis
2 biji telur
1 cawan air / secukupnya
Daun kuchai – dipotong-potong 2inch
Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
Cara-cara
1- Panaskan minyak dalam kuali.
2- Goreng udang sekejap lalu ketepikan
3- Tumiskan bawang putih bersama udang kering hingga kekuninggan
4- Masukkan telur, pecah-pecahkan telur menjadi ketulan-ketulan kecil
5- Masukkan sambal tumis bersama bahan sos, fish ball masak hingga mendidih
6- Kemudian masukkan air panas dan kuey teow. Dengan menggunakan api besar – kacau rata
7- Taburkan taugeh, daun kuchai dan juga udang yang dah diketepikan tadi. Kacau ala kadar ajer ….
8- Tutup api dan sedia dihidangkan …. Kalau ada cili jeruk sedap ni..!! (Nina tak de) hehee…
Jemput makan ….