Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 1, 2012May 18, 2018

Mee Goreng Hainan

Selamat Pagi 2012 !!
Mulakan pagi Tahun baru 2012 dengan ceria. Senyum-senyumlah …..
Pembuka lembaran sempena tahun baru, Nina masak Mee Goreng Hainan untuk sarapan pagi hari nie. Tak der cerita untuk dicoratcoret kan untuk pagi nie, keadaan tidak mengizinkan. Ada urusan yang perlu dibereskan. So, jom semak resepi yang Nina ambil dari  Buku Resipi Dapur Ibu dengan Saus Manis ABC. 
Alhamdulillah sedapppp !!! Cuba lah … pasti tak akan mengecewakan …

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Taugeh Goreng Kicap
3 Nafkah seorang anak sehingga bila?
4 Sinopsis Drama THE GADIS TV3 arahan Liyana Jasmay. BEST ke?
5 #PKP ni mama kalut weyhh... Telur masak kicap jer ya sayang





Mee Goreng Hainan
bahan-bahan
8 ulas bawang putih – dicincang
300g daging ayam – dihiris nipis-nipis
300g udang – dibuang kulit
300g sawi –  dipotong anggaran 5sm ( Nina tak der sawi so Nina gantikan dengan baby kailan)
450g Mee Kuning (Nina gantikan dengan spaghetti)
minyak untuk menggoreng


bahan sos
5 sudu besar Saus Manis ABC
1 sudu besar Sos Tiram (Nina tambah)
1 sudu besar Sos Cili ( Nina tambah)
2 sudu besar Kicap Pekat
2 sudu besar Kicap Cair
2 sudu teh Tepung Jagung
1 sudu kecil Serbuk Secukup Rasa
1 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 cawan air
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam (Nina tambah)


Cara-caranya

  • Campurkan kesemua bahan sos di dalam mangkuk kecil. Kacau hingga sebati. Ketepikan
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga keemasan.
  • Masukkan hirisan ayam dan udang. Masak di atas api besar selama 5 minit.
  • Masukkan sayur-sayuran. Masak lagi selama 3 minit.
  • Tambahkan campuran sos tadi. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan mee kuning. Goreng sehingga masak dan rata.
  • Rasa sesedap rasa .
  • Angkat dan sajikan dalam pinggan hidang.
  • Sedia dihidangkan …



Selamat mencuba !!



Related posts:

Taugeh Goreng Kicap

Nafkah seorang anak sehingga bila?

Sinopsis Drama THE GADIS TV3 arahan Liyana Jasmay. BEST ke?

#PKP ni mama kalut weyhh... Telur masak kicap jer ya sayang

Lifestyle Meepasta

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. NJ says:
    November 13, 2013 at 1:34 pm

    wah, pkai spegeti ke tu? masih nmpk macam mee kuning dan nampak sedap! 🙂
    sy tengah mencari idea macam mana nak guna saus manis abc.. google2, jumpa la blog awak.. 🙂

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    November 14, 2013 at 12:15 am

    Hai NJ,
    terima kasih sudi singgah blog Nina 🙂
    itu mee kuning…. saus ABC memang sedap! Selamat mencuba 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes