Banana Leaf Rice
Korang pernah makan nasi daun pisang? Alaaa… yang omputeh panggil Banana Leaf Rice tu .. Kalau pernah, kat tempat korang makan tuu? Sedap ke biasa-biasa jer… Berani ke jawab jujur Eerrkk…
Ahad lepas Nina ngan kengkawan saja together-gether small gathering sebelum tibanya Ramadhan. Kami sepakat nak try pekena nasi daun pisang. Sebelum ni dok layan preview buffet Ramadhan jerr… Dok pekena kambing golek tergolek, satay ayam daging kambing, sup gearbox sana sinin sinun… Huhuu . . .
Curries N Claws , Citta Mall Ara Damansara PJ
Kitaorang makan-makan kat sini. Sebuah Restoran bercirikan masakan dari India Selatan yang menerapkan citarasa selera orang Malaysia yang berbilang kaum bangsa dan agama. Kiranya menu depa ni gerenti kena dengan selera tekak kita semua gitu…
Nak datang sini pun senang jer… Korang waze aje, sila pastu follow arahan En.Waze gerenti di bawa terus ke destinasi. Kalau korang tak de waze, google map pun buleh. Lagi senang korang naik Abam Grab Car. Kalau semua ni susah, sila dok rumah diam-diam. HAhaa . . . ok gurau
Nasi Daun Pisang
Nasi Daun Pisang sinonim dengan nasi berkuah kan kari mamak ni cukup terkenal kat Penang. Tapi kat KL ni payah nak jumpa kann..?? Kalau ada pun, kuah kari nya bese-bese jer kannn… Kadang tu dah macam Nasi Kandar jer tapi dok panggil Banana Leaf Rice gak. Kesian kita di kotak katek kan . . . . :'( jangan mengade tanya kotak kasut ke kotak tisu eh.. Bababb kangg
Ok di ringkaskan cerita sebelum Nina terusan merapu, meh Nina share ngan korang Nasi Daun Pisang yang terlajak padu rasa dia kat Kuala Lumpur ni.
Curries N Claws – Leaf + Seafood + Curries
Banana Leaf Set RM10.90
Nasi Daun Pisang Curries N Claws – Banana Leaf Rice di Citta Mall PJ bakal memberi kepuasan tuk korang, rasai kenikmatan rasa KARI sebenar. Dengan harga yang berpatutan, Curries N Claws tak akan mengecewakan korang.
Ada Nasi, 3 Veggies (Green, Starch, Fried) Curries, Salted Deep Fried Chilli, Pickles Rassam. Tak lupa pappadom rangup. Korang tengok kuah kari nya tuh? Pekat lagi kawwww! Rasa kuah kari nya lain dari yang lain. Kombinasi rempah kari nya memang bikin kita tak keruan. Kenapa sedap ni??
The Burner RM49.90 (2-4 pax)
A delightful potpourri of Fish, Prawns, Squid, Crustacean and Crabs. Kesegaran seafood nya memang asyik! The Burner ni dihidangkan panas-panas. Ada lilin kat bawah tray ni. Syiokkkk weyyy hirup kuahnya. Kuahnya plak korang boleh pilih samada nak masak Tom Yam atau Rassam.
Crab Curry With Crab Meat
Adududuhhhh … Ya ampun.. Kuah Kari ketam dia memang terlajak kawwww! Sedap seyhh..
Isi ketam nya masih pejal utuh. Fresh! Kalau lah ada roti ni, mau sebuku roti tu nina boleh kasi licin perabih makan cecah ngan kuah dia. Sedap I tell you… Recommended
Salted Chilies – wajib cuba!
Ahaa…!! ni Nina nak habaq kat korang, salted chillis ni sedia ada kat dalam Nasi Daun Pisang. Korang jangan biar jer kat tepi tau. Wajib cuba salted chillies ni..!! Memang super duper lagi terangkat Nasi Daun Pisang korang. Padu beb! Nina 1st time rasa. Sambil makan nasi, korang gigit salted chillies ni. Rasakan kenikmatannya. Tak nafikan, Salted Chillies pun punca Nina kasi perabih licin nasi Nina. Lagi rasa tak cukup, nak lagi … nak lagi …. Hebat penangan salted chillies ni. Oh my diet. Huhuuu . . .
Minuman – Manggo Lassi
Manggo Lassi ni antara minuman special kat Curries N Claws ni. Kombinasi mangga, yogurt dan perahan limau nipis memang mabeles! Terasa ketenangan nyaman jerrr air Manggo lassi ni lalu kat tekak. Recommended gak!
Peria goreng ni buat Nina tak henti menguyah
Tak tahu kenapa, Nina suka sangat sayur peria goreng kat Curries N Claws ni. Rasa dia ranggup, tak lembik dan tak de pun rasa pahit peria. Muka tak malu , Nina mintak tambah sayur peria ni buat ratah kudap-kudap sambil borak-borak ngan kengkawan. Asyikkk weyy makan peria goreng ni.
Apa yang menarik nya di Curries N Claws ?
Suasana Restoran yang santai, bersih, kemas
Picture wall yang menarik
Tengok ni..?? Buat yang suka bergambar memang sesuai laaa datang sini. Korang boleh posing, snap gambar puas-puas jadikan kenangan
Harga yang berpatutan
Walaupun Restoran ni tampak moden, stylo namun hidangan dan harga yang disajikan berpatutan dan pelbagai golongan pun mampu datang makan kat sini.
Waktu perniagaan
10am 10pm
Alamat
Curries N Claws
G-10, Ground Floor, CITTA MALL
No.1 Jalan PJU 1A/48 PJU 1A
Ara Damasara Petaling Jaya
Tuk info lebih lanjut, korang pi terjah
FB : www.facebook.com/curriesnclaws/
IG : www.instagram.com/curriesnclaws
Nina belanja video seminit Nina kat sana… tengok tau!
tertariknya uolssss
Laparnya tengok menu dia dah la tengok masa nak masuk lunch hour dah ni.dah lama teringin nak try makan nasi atas daun pisang tu tapi tak sure mana sedap lepasni boleh try sini
Ya Allah sedapnya, kena pergi nih bulan puasa nnt
Tak pernah lagi try makan Nasi Daun Pisang, kena cuba makan kat sini ni. Nampak menyelerakan!
ketam tu menggugat sungguh kan.. emm lisa penggemar ketammm
wahh..special tu crab curry. mesti sedao sgt ni.tengok kuah pon dah terliur..pekat
The banana leaf set looks delicious. Must give it a GO with the crab curry
Tempat makan dia nmpk moden tp xsngka guna daun pisang sebagai alas.. Hehe.. Sllu makan nasi lemak & nasi ambang je guna daun pisang.. Tp restoran ni guna daun pisang dgn mcm2 jnis lauk.. Salted chilies tu cili kering ke ?
waaaa.. Nasi Daun Pisanggg.. best nii.. aura daun pisang tu boleh buat selera bertambah-tambah kan! rasa nak pi jugaklah sebab ternampak wall yang dilukis cantik tu.. alahai.. suka giler tempat makan macam ni.. berseni gitu..
wahhh…sedap nampaknya menu nasi daun pisang ni…walaupun bonda tidak begitu gemar makanan ala-ala mamak ni, tp hati teringin juga mencuba…mana tau boleh sesuai dengan citarasa.
As a curry lover, how can I resist such curry dishes and banana leaf rice, my ll time favourite? I m salivating just looking at your photos, imagine that! I can’t wait to get to Curries N Claws. I want to experience the food personally!
Nampak sedap kak oiii..dah lama tak makan dalam daun pisang..sedap tau makan dekat daun pisang..selalu makan nasi lemak dekat daun pisang. Ni makan kari dan lauk pauk dekat daun pisang..fuh memnag mengancam
Salted chillies.. that really grabbed my attention now.. i wonder how it will taste like in my mouth. lolz… For sure this gonna be in my list to try on!!!
Oh Jack… this is a beautiful place and you are there… oh my.. I wish I can fly there now.. gonna put this into my bucket list!!!