Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN
April 12, 2021December 18, 2023

15 Resipi Mudah Menu EAT CLEAN khas untuk awak!

Salam Ramadhan buat semua. Kebiasaanya bulan Ramadhan laa memasing mula dengan impian nak jaga makan, nak kurus kannn? Ya kurus tu bonus! Memandangkan dah beberapa kali Nina kongsikan resipi Eat Clean so Nina kumpulkan beberapa menu Eat Clean yang mudah disediakan untuk korang jadikan rujukan Menu Buka Puasa atau Sahur nanti

Isi Kandungan hide
1 Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN
1.1 Resipi Eat CleanOvernight Oat Chia Seed
1.1.1 Cara buat Overnight Oats dan Chia Seed
1.2 Resipi dan Cara Masak BUBUR LAMBUK Sedap Mudah
1.3 RESIPI ROTI PURI LEMBUT
1.4 RESIPI KENTANG POTATO MASALA
1.5 Resipi Eat CleanSiakap Stim Lemon Sedap Mudah Cepat
1.6 Resipi Eat CleanBihun Tom Yam Homemade
2 Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN
2.1 Resipi Asam Laksa Pulau Pinang Mat Gebu
2.2 Resipi Eat CleanBihun Sup Ayam Simple Mudah
2.3 Resipi Eat CleanAyam Stim Halia Cepat Mudah
2.4 Resipi Eat Clean Salad Ayam AL’ARD
3 Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN
3.1 Resipi Eat Clean Ayam Panggang Mudah Sedap
3.2 Resipi Eat CleanAsam Rebus Ikan Jenahak bersama Nenas
3.3 Resipi Mudah Sahur EAT CLEAN Menu diet senang dimasak
3.4 Resipi Eat CleanAyam Bakar Berempah
4 Resipi Mudah Sahur EAT CLEAN
4.1 Resipi Eat CleanVietnamese Spring Rolls
4.2 Resipi EatClean Sup Ayam Clear Chicken Soup
4.3 Ikan Kembung Masak Pindang ke Singgang? Paling Simple Mudah Cepat
4.4 Related posts:
5 Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH TV3
6 Kids Menu lagi....... Creamy Pasta Sauce!
7 Roti Pita Berinti Daging... Diet ke?
8 Chicken Pox

 

 Pertama sekali, sejujurnya Nina nak tekankan di sini, Nina bukan lah orang yang expert bab pemakanan Eat Clean. Ya Nina sukan coach fitness dan Nina sekadar berkongsi menu yang Nina biasa Nina masak dan makan, Kiranya acah-acah eat clean gitu,

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN

Apa yang Nina faham dan pelajari dari Kapten Black (coach TeamKLCC Jom Kurus) paling utama adalah portion.
Kuantiti yang kita makan. Style depa tiada istilah lapar teroks untuk berdiet. Utama sekali adalah NAK SIHAT dan kurus tu bonus!

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN

So ni adalah perkongsian personal Nina. Moga ianya sedikit sebanyak membantu korang yang kebuntuan nak masak apa, nak makan apa untuk Berbuka puasa mahupun sahur.
Last Nina share kan Menu Berbuka Puasa Tanpa Nasi . Stay tune!

Okies, dimulakan dengan basic menu acah-acah kurus yang selalu orang amalkan iatu Overnight OATS!
Check it out

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN Overnight OATS

Resipi Eat Clean
Overnight Oat Chia Seed

350ml susu segar
2 sudu besar chia seed/ 1 sudu teh chia seed
3 biji kurma (potong kecil2)
1 sudu besar oat
Buah kegemaran korang – potong dadu
3 biji kekacang favorite korang – dicincang atau tumbuk ikut suka

Cara buat Overnight Oats dan Chia Seed

1.- Masukkan semua bahan dalam gelas atau mug yang ada tutup pastu biarkan dalam peti sejuk malamnya. Dah nama overnight so buat lah malam sebelum tido. Tu jer. Mudah sangat kannn?
2.- Besok boleh lah bersarapan dengan over night oats korang.
Buat semasa berpuasa lebih efektif.
Chia seed ni membantu korang rasa kenyang sehingga waktu berbuka.

 

 

Opkos Bulan Ramadhan menu paling laris BUBUR LAMBUK kannn?
Ni pun antara menu Eat Clean sebab takde minyak. Tapi sebenarnya apa yang Nina faham laaa konsep nak diet ni adalah kuantiti portion yang kita ambik paling penting. Minyak ke, nasi ke memang perlu untuk badan kita.
Bak kata Kapten Black, nasik tu tak salah. Yang salah adalah portion yang kita makan. So chill chill eh,,,

Resipi dan Cara Masak
BUBUR LAMBUK Sedap Mudah

Cara Masak Bubur Lambuk sedap ni semuanya korang leburkan aje dalam periuk. Masak sampai semua sebati, nasi jadi bubur gitu, Memang take time dah nama pun bubur iyer tak? Kot payah nak faham lagi senang korang tengok Tutorial Video yang Nina dah share kat atas ni. Kalau laaa Nina punya piuk noxa atau thermomix yang dok viral tuuu kannn syiokkk. Depa kata kejap jer masak. Moga tercapai impian satu hari nanti. Aamiinnn

Amacam? Mudah kann..
Sambal kacang ikan bilis goreng atas tu sebagai tambahan jer. Kalau korang tak letak lagi bagus untuk yang betul-betul nak amalkan konsep Eat Clean. Tapi sesekali sedap WHY NOT kannn?

 

 

Resipi Roti Puri Lembut

RESIPI ROTI PURI LEMBUT

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh gula
1 sudu besar yis
½ sudu teh garam
½ cawan air biasa
¾ cawan air panas
3 sudu besar minyak masak

Cara membuat ROTI PURI LEMBUT
1.  Dalam sebuah mangkuk besar , masukkan kesemua bahan tersebut tapi air tu jangan masukkan semua terus. Gailkan pakai senduk dulu sebab panas kann
2.  Pastu dah suam uli sehingga adunan tidak melekat di jari
3.  Kemudian bahagikan kepada beberapa doh kecil. Buat bulat-bulatkan ikut saiz kecil/besar mana roti yang kita nak
4.  Perap selama 30 minit dah cukup. Tak yah lama sangat.
5.  Setelah adunan kembang, bolehlah di canai dan dileperkan dengan penggelek
6.  Sementara itu boleh panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas tapi bukan sampai berasap lak tau!  Api kecik tapi minyak panas. Penting ni tau! Kalau minyak tak cukup panas, roti tak akan   menggelembung cantik nanti.
7.  Goreng doh yang dah dileperkan. Balikkan roti sekali jer dan goreng sehingga agak kekuningan , angkat  dan toskan.
(Ingat ehhh … petua untuk mendapatkan Roti Puri yang rangup, ada ring dan tidak berminyak, balikkan sekali jer.)
8. Sedap dimakan bersama Kuah Kentang Masala atau Sambal Sardin pun layannnnn…  😋

 

 

Resipi Roti Puri Lembut dan Kuah Kentang Masala Potato

RESIPI KENTANG POTATO MASALA

Bahan-bahan (sukatan agak-agak jer ikut banyak mana kuah yang korang nak)
Kentang secukupnya – potong dadu
Rempah campur (Kalau masak kari ikan memang letak rempah campur ni.)
Cili Kering – cuci bersih, pastu potong dalam 1 ke 2 inch
Biji Sawi
Daun Kari
Bawang merah
Bawang Putih
Sedikit serbuk kunyit
Air sukatan mengikut citarasa kuah samada korang suka berkuah atau pekat.
Garam secukup rasa

 

 

Eat Clean Cara Masak Resipi Ikan Siakap Stim Lemon

Resipi Eat Clean
Siakap Stim Lemon Sedap Mudah Cepat

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap – cuci bersih pastu rendam dalam air asam kejap, pastu cuci bersih, ketepikan
4 inci halia – hiris nipis
4 ulas bawang putih – ketuk jer
2 batang serai – satu ketuk satu lagi Nina hiris halus
Cili padi secukupnya – ikut laaa nak buh berapa…
Cili kering ikut suka jugak
2 biji lemon – hiris- hiris selit kat ikan. Lagi satu perah atas ikan
Daun ketumbar – hiris tabur atas ikan
Tomato – belah ikut suka
1/2 cawan air panas atau ikut suka nak kuah banyak mana
1 sudu besar sos ikan
Garam gula secukupnya

Cara masak Siakap Stim Lemon
1. Masukkan ikan siakap dalam bekas untuk stim. Macam Nina ikan ni besar kerrr bekas kecik maka ku potong belah terus ikan.
2. Taburkan semua bahan-bahan atas ikan.
3. Kukus 10 minit. Tabur daun ketumbar. Siap di makan!

Senang kann?
Kota piuk nasi besau, sekali masak nasi, sekali kukus ikan. Jimat masa!

 

 

Resipi Bihun TomYam HOmemade Sedap EAT CLEAN

Resipi Eat Clean
Bihun Tom Yam Homemade

Bahan-bahan
300g isi ayam (kat peti ais Nina ada part peha jerr, belasah ajerrrr)
500g udang sederhana size
500g sotong – Nina potong bulat-bulat
8 ulas bawang putih – diketuk ajerrr
8 biji tomato – potong dadu
3 sudu besar cili blend – kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai – dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos  (Nina tambah sendiri)
1 sudu besar serbuk chicken stok (Nina tambah sendiri)
garam secukup rasa

sayur-sayuran
1 batang carrot – Nina potong bulat-bulat
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram

hiasan
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat

1/2 paket bihun
rebus hingga lembut dan toskan

Cara-caranya

  • Bihun direndam seketika dan direbus hingga lembut lalu ditoskan. Ketepikan
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan tomato yang telah dipotong dadu.
  • Apabila tomato dah layu dan hancur, masukkan cili blend masak hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, kacau rata
  • masukkan air, masak hingga mendidih, 
  • Masukkan serai dan lengkuas
  • Biarkan sehingga ayam empuk
  • Setelah ayam empuk, masukkan sayur-sayuran bersama daun limau purut
  • Masukkan perahan limau nipis, sos tomato, serbuk chicken stok, garam. Seimbangkan rasa masamnya  mengikut citarasa masing-masing
  • Masukkan Udang & Sotong serta bahan hiasan. Lalu tutup api. Kacau rata.
  • Tuangkan kuah tomyam ke atas bihun dan sedia dihidangkan ~~~

slurpp.. slurppp…!! Bihun Tomyam simple mudah

 

 

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN

Okey, kita sambung lagi ehh . . .
Nampak tak sebenarnya menu-menu ni biasa jer kita makan tapi kita tak perasan pun ianya menu yang menyihatkan.
Di ingatkan kembali, menu sihat adalah portion nya. So usah ler sempitkan fikiran dengan menu yang mengongkong pilihan yang kita ada. Nikmati dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.

Resipi Asam Laksa Mat Gebu

Resipi Asam Laksa Pulau Pinang Mat Gebu

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA
600 gram ikan selayang @ ikan sardine (gunakan ikan yang segar)
6 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan, dibelah 4 setiap 1
1 genggam daun kesom
3 camca besar cili kisar
1 batang serai, diketuk
2 liter air rebusan ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air panas

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
2.5 inci belacan
3 biji cili merah

BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA
Mi laksa secukupnya (jika guna yang kering, rebus hingga kembang, tos dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya, toskan)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Daun salad, hiris
Bawang besar, hiris
Nanas, dihiris kecil
Timun, dihiris kecil
Bunga kantan, hiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun pudina, hiris halus
Cili merah @ cilipadi, dihiris
Limau kasturi, dibelah 2
Petis @ otak udang, secukupnya

CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH LAKSA :- 1- Ikan direbus dengan 2 liter air selama 15 minit. Keluarkan ikan, sejukkan. Asingkan isi dan tulangnya. Isi ikan dihancurkan. Air rebusan tadi ditapis dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar halus, cili kisar, serai dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah sedikit air panas jika perlu.
Masukkan isi ikan, daun kesom dan bunga kantan. Kacau rata dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 20 minit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (boleh juga masukkan sedikit serbuk perasa jika suka). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
UNTUK LASAK ASAM PULAU PINANG :- Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa asam secukupnya (pastikan anda kacau dulu kuahnya). Tambah bahan2 ulam atasnya, taruk telur rebus dan sudukan petis atau otak udang sebelum dihidangkan. Jangan lupa perahkan limau kasturi…Selamat mencuba!

 

 

Bihun Sup Ayam Simple Mudah

Resipi Eat Clean
Bihun Sup Ayam Simple Mudah

bahan-bahan
1 paket bihun – direndam, direbus dan ditoskan – ketepikan
6 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 inch halia – hiris nipis
Separuh ayam – potong kecik (part isi Nina tak potong sebab nanti nak siat-siat isinya)
3 Fish Cake – dihiris nipis
Beberapa ketul Fish Ball – potong belah 4 atau ikut suka
Sayur Taugeh – cuci bersih, celur dan ketepikan
Carrot – potong ikut suka
Air secukupnya
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
1 sudu besar Serbuk Black Pepper
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Daun Sup
Daun Bawang
Daun Ketumbar
Cili Merah & Cili Hijau – untuk hiasan
Kacang Goreng
Bawang Goreng

Cara penyediannya

1- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuninggan. Masukkan ayam dan rebus hingga empuk. Kalau korang suka pedas, ketuk lah beberapa biji cili padi.
2- Bila ayam dah empuk, asingkan isi ayam dan biarkan sejuk. Isi ayam tuu siat-siat halus – ketepikan. (nanti nak letak atas bihun.) Sementara tu, masukkan sos tiram, serbuk pati ayam Knorr dan semua bahan rencah lain. (Fish cake, Fish ball, carrot,  dan rencah lain kalau ada). Kacau rata dan biarkan seketika mendidih.
3- Rasakan dengan garam secukup rasa. Dah masak semua tutup api. Tuangkan kuah diatas bihun yang telah direbus tadi. Buh sayur taugeh dan hiaskan dengan daun bawang, , daun sup, daun ketumbar, bawang goreng, kacang goreng beserta cili merah dan hijau. Sedia dinikmati.. Slurppp Slurpppp . . .

Simple dan mudah kan?? Campak-campak aje apa jua bahan yang ada dalam fridge tu. bebudak pun suka sup light gini..

 

 

Resipi Eat Clean AYAM STIM HALIA MUDAH SEDAP

Resipi Eat Clean
Ayam Stim Halia Cepat  Mudah

Bahan-bahan
Ayam – potong kecik
4 inch Halia – blend
3 sudu besar Sos Tiram
4inch Halia – hiris kasar – sedap buat kunyah-kunyah.  Bagus buang angin.
4/5 ulas bawang putih – buang kulit jer sebab nina suka makan bawang putih.  Bagus tuk reduce  cholesterol.  Try laa.. .
Carrot – sagat
Tomato – belah 4
Daun bawang – potong dalam 2 inch
Daun ketumbar – hiris halus
Cili kering – potong dalam 2 inch
Garam pink secukup rasa

Cara masak
1- Panaskan air kukusan
2- Perap seketika ayam bersama halia yang diblend dan sos tiram.
3- Kemudian masukkan kesemua bahan hirisan tadi. Tabur garam secukup rasa
4- Kukus lebih kurang 20 Minit.
5- Siap dihidangkan. Senang jer kannn….??

 

 

Resipi Eat Clean SALAD AYAM

Resipi Eat Clean
Salad Ayam AL’ARD

Bahan-bahan
Isi dada Ayam perap dengan Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme)
Taburkan dengan cili flakes
Kemudian grill sehingga masak ikut citarasa samada nak well done atau janji  isi ayam cukup masak. 

Sayur Salad – ikut suka nak letak apa atau apa jer bahan yang ada kat rumah. Tak payah die hard sangat pi beli memacam, hanya letak yang kroang akan makan. Contohnya daun Salad, tomato, timun, bayam brazil, hirisan baby carrots, sedikit hirisan daun ketumbar, perahan lemon sikit, capsicum atau sayur kegemaran korang.

Cara penyediannya
1. Isi Ayam di perap dengan Za’atar Blend  dalam 15-30 minit kemudian di grill. Pastu hiris nipis.
2. Cuci bersih dan toskan semua sayuran, susun dalam mangkuk. 
3. Renjiskan dengan minyak zaiton Al’Ard dan sedikit perahan lemon. Gaul rata. Kemudian letakkan isi ayam. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar . Siap!

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN

 

AL ARD Minyak Zaitun berkualiti tinggi

Resipi Eat Clean
Ayam Panggang Mudah Sedap

Bahan-bahan
Isi ayam
Za’atar Blend atau mixed herbs
Cili Flakes
Minyak Zaitun Al’Ard
Sampingan – Kentang, Carrots, Brokoli 

Cara penyediaan
1. Ayam diperap bersama Za’atar, cili flakes lebih kurang 13-30 minit.
2. Kemudian panggang ayam bersama kentang, carrots dan brokoli. Korang boleh jer tambah apa saja bahan sampingan kegemaran korang. Kekacang pun sedap! Tabur kan lagi sikit Za’atar dan renjiskan sedikit minyak Zaitun Al’Ard. (Nina panggang dalam magic pan jer)
3. Ayam dah masak terus hidangkan. 

 

 

Resipi Eat Clean Asam Rebus Sedap Ikan Jenahak

Resipi Eat Clean
Asam Rebus Ikan Jenahak bersama Nenas

Bahan bahan:
Beberapa potong isi ikan jenahak
1/2 biji nenas
1-2 asam keping
1 batang serai – ketuk jer
Garam
Gula
Daun Kesum

Bahan kisar:
5 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Daun kesum atau daun kunyit

Cara masak
1. Masukkan bahan kisar dengan air secukupnya. Masak sehingga ianya mendidih. Nina sengaja blend tak berapa lumat. Suka tergigit cili.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan, serai, asam keping dan nenas. Masukkan sekali Daun Kesum. Wajib ada baru ummphhh. Ikut suka nak siat ke, hiris halus ke. Janji masuk dalam kuah. Perlahankan api supaya ianya masak dan sebati.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Tutup api dan sedia dihidang.
Makan dengan nasi panas-panas, confirm sambil hirup-hirup kuah tuuu tak perasan dah tambah nasi kali ke-3. HAhaa

Senang jer kannn menu eat clean ni… ? Sedap pun sedap. Dan paling penting kurang minyak dalam masakan. Lagi bagus korang kurangkan garam dan gula.

 Resipi Mudah Sahur EAT CLEAN Menu diet senang dimasak

 

Ayam Bakar Berempah Sedap Resipi Eat Clean

Resipi Eat Clean
Ayam Bakar Berempah

Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 tangkai cili kering
3 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm kunyit hidup
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaanya
1- Ayam dibersihkan dan ditoskan
2- Kisar kasar kesemua bahan, perasakan dengan garam bukit dan gula. Tak letak lagi bagus.
3- Perap ayam bersama bahan kisar tadi selama 1jam atau lebih. (Nina perap pagi, simpan dalam fridge, malam baru bakar)
4- Panaskan oven pada suhu 250c
5- Ayam dibungkus dengan aluminium foil dan dibakar selama 1jam atau sehingga masak.
6- Sedia dihidangkan.. Perah lemon atas ayam bakar masa nak makan. Wallaaaa…!!

Selamat mencuba!

Resipi eat clean ayam bakar berempah ni memang sedap. Ikut selera Nina lerrr… sebab sedap kann subjektif. Seram kot kena kecam. HAhaaa
Tak susah pun kannn, senang jer nak buatnya. Perap-perap pastu bakar. Perah lemon. Wallaaaa

 

Resipi Mudah Sahur EAT CLEAN

 

Resipi cara buat Vietnam Spring Roll

Resipi Eat Clean
Vietnamese Spring Rolls

Vietnamese Dipping sauce ‘nuoc cham’
2 ulas bawang putih – cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka
lada cili kecil merah – secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang – hiris halus.
Satukan semua bahan dan adjust rasa

Sos Kacang Vietnam
1 sdb peanut butter,
2 sdb Hoisin Sauce
1 1/2 sdb cuka
1/3 cawan susu segar atau air
1 ulas bawang putih cincang
1/2 sdt pest cili

Cara Menyediakannya
Campur semua bahan, kacau sehingga adunan sebati,licin pastu adjust rasa ikut selera korang.
Okey semua bahan dah ready, sekarang Nina share cara buat lipat dan susun atur Vietnam Spring Roll ni…

Cara buat susun lipat Vietnam Spring Rolls

1. Basahkan , celup kan kepingan rice paper dengan air kosong dalam pinggan, sehingga lembut. Kena hati-hati tau, bila kepingan rice paper basah jer dia ni lembut sangat, mudah terkoyak dan terlipat pastu melekat. Rugi tak leh pakai nanti. Huhuuu…. Masa buat ni pupuk lah dengan penuh kasih sayang ehh…
2. Bentangkan rice paper tadi diatas pinggan yang dah dibasahkan.. Penting tau step ni supaya rice paper ni tak melekat kat pinggan nanti susah nak lipat
3. Pas tu susun bahan-bahan yang korang dah hiris-hiris tadi. Bahagian lapisan bawah sekali udang tau, sebab nanti hasilnya pas lipat udang tu dok kat atas. Cantik laaa..
4. Lipat dan gulung dengan berhati-hati penuh kasih sayang ketat-ketat. Biar berpelukan rapat-rapat each other inti semua tu. Last hidangkan dalam piring bersama sos kegemaran. Siap! Bismillah…

 

 

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN
EatClean Resipi Sup Ayam Clear Chicken Soup

Resipi EatClean
Sup Ayam Clear Chicken Soup

Bahan-bahan
1 ekor ayam potong kecik
3 biji ubi kentang – potong ikut suka
1 batang carrot – potong ikut suka
tomato – belah 4
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sup tulang bunjut
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Daun sup

Cara penyediaan Clear Chicken Soup

1. Masukkan jer semua dalam periuk yang berisi air. Masak sampai mendidih dan ayam kentang empuk
2. Perasakan dengan garam secukup rasa. Taburkan daun sup, tutup api siap!
Senang sangat kannnn? 2 step aje. Gini pun kata susah tak tau laa nak habaq camner lagi. HAhaaa.. Dah laaa tak perlu tumis bagai, rebus renih sampai masak. Lebih berkhasiat lagi..

Nak lagi sedap, matching dengan telur dadar. Lagi kawwwww adanya sambal belacan pedas terangkat. Perghhhh…. Berpeloh-peloh!

Kekadang Nina suka match kan dengan cili kicap pedas berapi. Hadoi… Musnah diet. Berketul-ketul ayam, portion nasik pun kelaut. Terus cheat day. HAhaaa… Sila jangan follow

 

 

 

Ikan Kembung Masak Singgang

Ikan Kembung Masak Pindang ke Singgang? 
Paling Simple Mudah Cepat

Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung sederhana besar
2 biji bawang besar – dimayang halus
2 ulas bawang putih – nina ketuk ajerr
1 inci kunyit hidup – nina ketuk ajerr
1 inch halia – nina ketuk jer ( tapi ada orang tak masukkan halia. Terpulang ikut korang)
2 batang serai – nina ketuk pas tu hiris besar-besar
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Hahaa..
1-2 biji cili merah dan cili hijau – hiris serong
1 keping asam gelugur
2 biji tomato – belah empat
garam, gula secukup rasa

Cara-caranya :-
1- Ikan dibersihkan lalu ditoskan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih kunyit, halia,serai dan cili padi. Rebus hingga mendidih
2- Kemudian masukkan asam gelugur, kacau dan biar mendidih.
3- Lepas tuu masukkan pula ikan dan tomato bersama cili merah dan hijau. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan garam & gula secukup rasa.
4- Setelah masak boleh lah dihidangkan. Sedap makan bersama nasi panas-panas.
Pas tu hirup kuah nyaaa… Slurpp.. slurppp ….. heheee. . . .

 

Amacam? Onz tak semua menu tadi?
Sekurangnya ada yang korang suka dan biasa makan jugak kannn..
Lebih mudah korang buat menu jadual untuk berbuka dan sahur. Setidaknya idok ler kebuntuan nanti sebab bila kita stress memang antara faktor terjadinya emosi celaru dan akan makan berlebihan!

Okey seperti Nina janjikan tadi, selain menu-menu Eat Clean yang mudah ini, Nina kongsi kan tuk korang 30 RESEPI BERBUKA PUASA MUDAH TANPA NASI
Contohnya Mee Pasta Roti Kuey Teow. So dapat lah korang pelbagaikan menu sempena 30 hari Ramadhan ini.

Semoga perkongsian ini membantu korang yang memerlukan. Salam Ramadhan, maaf zahir batin. Nikmati dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.
So jangan lupa SHARE!

 

 

Related posts:

Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH TV3

Kids Menu lagi....... Creamy Pasta Sauce!

Roti Pita Berinti Daging... Diet ke?

Chicken Pox

Lifestyle Resepi Tips cara selamat nak kurusEat CleanIdea Juadah Berbuka PuasaIdea Nak Masak ApaJuadah Berbuka PuasaMenu buka puasamenu buka puasa simplemenu dietMenu Ifftarmenu kurusmenu sahur ringkas mudahmenu sihatnak kurusnak sihatresepi mudahResipi Berbuka Puasa SihatResipi DietResipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEANresipi ringkasResipi senang

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (23)

  1. Dorsett Pink says:
    April 12, 2021 at 12:42 pm

    Thanks kak nina share resipi yang senang2 ni

    Reply
  2. Tekkaus says:
    April 12, 2021 at 2:11 pm

    I love eating overnight oat which is easy and fun to prepare. Best part is you can add anything that you like and throw it into the mix. 🙂

    Reply
  3. Fadima Mooneira says:
    April 12, 2021 at 2:36 pm

    Oh wow!!!!!!!!!!!!!! Love all these recipes! All these dishes as so good for iftar. Thank you for sharing them here with me.

    Reply
  4. Ezna says:
    April 12, 2021 at 3:41 pm

    Wow banyaknya resipi. Pasti sis datang sini lagi nak tengok resipi. Ayam stim halia tu nampak menyelerakan tu Nina…

    Reply
  5. Bella Jamal says:
    April 12, 2021 at 7:11 pm

    Dah bulan puasa ni bagus sangatlah bole follow resepi kat sini. Yang penting menu eat clean..tq share.

    Reply
  6. wak lat says:
    April 12, 2021 at 9:12 pm

    salam ramadhan kareem kak..

    Reply
    1. Nadia johari says:
      April 13, 2021 at 5:41 am

      Sedap pulak tengok menu ikan jenahak asam tu.. Boleh try buat ni.. Yummy..macam2 menu ada ya.. Takyah pening dh.. Tengok je blog kak nina.. Hehhe

      Reply
  7. Khai artzfar says:
    April 12, 2021 at 11:28 pm

    Tak boleh baca time siang. Terliur oiii! Hahahaa nampak mudah je resipi ni boleh try nanti. Yang sahur tu fikir juga la nak bangun haha

    Reply
  8. Kitkat Nelfei says:
    April 13, 2021 at 10:20 am

    Lapar terus bila tengok menu2 ni.. tapi good idea boleh plan my juadah guna list ni.. 🙂

    Reply
  9. Ayu Rafikah says:
    April 13, 2021 at 10:37 am

    Suk dengan semua menu yg dikongsikan. Nanti nak try yg oat tu

    Reply
  10. dikbee says:
    April 13, 2021 at 11:10 am

    Bagus juga tukar kepada menu eat clean bulan puasa ni kan. Boleh la try nanti. Puasa tu puasa jugak, bab pemakanan kena jaga esp time berbuka. Kalau tak, main ikut nafsu je nak makan itu ini.

    Reply
  11. Sis Lin says:
    April 13, 2021 at 11:22 am

    Yang selalu akan rumah ni masak menu Eat Clean ni, ikan stim je laa, lelain jarang sikit.. kadang paling clean, minum susu je laaa, tu dah tahap malas nak masak dan kunyah hahahah

    Reply
  12. Marina says:
    April 13, 2021 at 2:49 pm

    Bihun tomyam pon salah satu jugak eat clean ye. Favourite tu. Banyak jugak menu eat clean yang menarik

    Reply
  13. Ummi Goes Where? says:
    April 13, 2021 at 11:04 pm

    Portion control mmg penting. Dulu sy pernah berjaya turunkan berat bdn dalam 10kg dgn cara mcm tu la. Skrg cuma kena maintain je. Thanks share resipi eat clean.

    Reply
  14. Halimah says:
    April 14, 2021 at 11:08 am

    Wau.. byknya resepi utk org diet, tgk resepinya sedap2 gak nti blh try mana yg berkenan

    Reply
  15. Mahamahu says:
    April 14, 2021 at 12:56 pm

    Makanan eat clean pun sekarang semua mengenyangkan juga dan sangat bagus tambah untuk bulan puasa ini hehehe nak diet lah macam ni…

    Reply
  16. Ruby says:
    April 15, 2021 at 12:57 pm

    Mak oi banyaknyaaaa. Nampak sedap. Mudah je nak buat kan. Nanti nal try buat semua resepi akak tu.

    Reply
  17. nadia johari says:
    April 22, 2021 at 3:05 am

    sedap semuanya..siap resepi..

    Reply
  18. Pingback: TIPS kurus air serai halia rebus dan minum natural dan selamat
  19. Pingback: Resepi Berbuka Puasa Mudah 30 Menu Mee Bihun Pasta
  20. Pingback: RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE | Menu Wajib Ada Berbuka Puasa puashati buat sendiri - Nina Mirza
  21. Pingback: MENU DIET SIHAT BEN ASHAARI GERENTI BERAT TURUN
  22. Pingback: Resipi Vietnam Spring Roll Mudah Cara Buat Step by Step Tutorial

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes