SUDIRMAN CAFE Buffet Ramadhan
Tak lama jer lagi kita kan mula berpuasa. Pastinya ada yang tercari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama family dan kengkawan kannn? Nak spend time together-gether sudah semestinya. Opkos korang mencari tempat yang patuh SOP, ada privacy, selesa, food yang sedap, dan paling penting surely harga under budjet kannn?
Korang pernah dengar SUDIRMAN CAFE?
Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur
Sebuah Cafe yang terletak di tengah ibukota metropolitan Kuala Lumpur. Tatkala melangkah masuk dalam Sudirman Cafe, hati ni terus teruja!
Ya, Cafe ini cantik, kemas, selesa. Diiktiraf Halal oleh JAKIM antara faktor keutamaan yang korang perlu titikberatkan.
Konsep cafe yang cukup mengamit nostalgia dengan kenangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad. No.1 BEST penyanyi di Asia. Kebetulan Nina bawak anak Nina no.2 – Eilman. Bebudak sekarang mana nak kenal Sudirman. Soalan pertama dia
“Siapa Sudirman?”
Terus suruh dia google!
Oooo… Dia yang nyanyi lagu tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh, Merdeka!
Ya sayang. Dialah Sudirman Hj Arshad
Banyakkkk sangat lagu popular nyanyian beliau yang anak sekarang tak tahu. Lagu Chow Kit Road dan paling femes lagu Raya yang dimainkan setiap kali Raya. Touching lagu tuuu . .. Type lirik sini ada yang nangis tepi bucu katil tak dapat ‘BALIK KAMPUNG Ooooo Balik Kampung! Walaupun lagu tu ceria. Huuwaaaaaa
Dan kesempatan yang ada, Eilman dok baca mentelaah baca semua info yang ada di setiap wall dalam Cafe ini. Hiasan yang ada adalah milik peribadi arwah yang disumbangkan oleh ahli keluarga arwah sendiri.
Wahh … Hebatnya Sudirman mama.. Rasa bangganya!
BEST makan kat sini. Sambil makan sambil menambah ilmu pengetahuan gitu. Ini lah antara sejarah Malaysia yang bebudak sekarang patut tahu. Setuju kannn?
Buffet Ramadhan 2021 bertemakan Sinar Ramadhan di Sudirman Cafe EDC Hotel KL
Sempena Ramadhan 2021 kali ni, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur menawarkan Harga Buffet Ramadhan yang amat berpatutan! Korang pasti teruja nak rasai buka puasa bersama keluarga dan kengkawan dengan menu yang pelbagai pilihan dan sedap.
Seronok Nina nak share ngan korang antara menu yang menepati citarasa Nina.
Kat Sudirman Cafe ini menyajikan Buffet Ramadhan pelbagai menu masakan kampung demi melepaskan kerinduan korang kat kampung halaman.
Hidangan Utama
Nasi Putih, Nasi Tomato, Koh Po Sotong, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Siput Sedut Masak Lemak, Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Tetel, Burung Puyuh Percik, Ayam Masak Merah, Sayur Campur Mewah, Pucuk Manis Masak Lemak.
Lubuk Ikan Bakar
Goreng-goreng – Keropok Lekor, Pisang Goreng dan Cucur
Atas :- Burung Puyuh Percik tuuu sedap sungguh! Kuah dia punya sedap sampai ke titisan terakhir ku licinkan pinggan.
Sememangnya Kuah Percik ni hot menu waktu Bulan Ramadhan. Rekemen korang cuba!
Bawah :- Koh Po Sotong rupanya nama dia. Mama Nina selalu gak masak lauk gini cuma tak tahu nama dia. Tau makan jer. HAhaaa..
Aneka Pembuka Selera
Ulam ulam Kampung Segar, Acar Rampai, Aneka Jeruk, Kerabu, Sayuran, Mix Salad and Dressing, Ikan Masin, Sambal-Sambal Kampung, Rojak Buah dan Aneka Sup.
Nak kasitau, Kerabu dia ada beberapa pilihan dan semuanya sedap. Nina suka Kerabu Mangga!
Hidangan Manisan
Ais Kacang, Kuih-Muih Melayu, Puding dan Jelly, Slice Cakes, Aneka Bubur, Kurma, Buah-Buahan Tempatan
Paling Nina suka Puding Roti Pisang dia. Ya ampun… Sedap walaupun tanpa kuah kastard. Ohsem!
Ingat tau ..!! Jangan lupa nikmati dan rasai sendiri kesedapan Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dan Asam Pedas Daging Tetel di Sudirman Cafe Buffet Ramadhan EDC Hotel KL
5 sebab Buffet Ramadhan 2021 Sudirman Cafe BEST
Menariknya di sini tiada walk in. Cam pelik but this is rare and real beb!
Pihak EDC Hotel KL menerima tempahan minima 20 orang hingga lah maksima 150 orang dalam satu masa.
Sebab pandemic so untuk mengelakkan terjadi nya pembaziran maka pihak EDC Hotel KL mengetengahkan konsep sebegini yang lebih praktikal both pihak.
Tempat yang cukup selesa untuk acara Berbuka Puasa untuk keluarga, company office atau group small reunion ke sesuai sangat. Siap ada persembahan live band lagi tau! Korang tak perlu set up dewan ke apa untuk adakan gathering. Best kannn?
Dan paling penting fresh food untuk setiap tempahan. Yelah.. As per booking so korang booking baru lah Chef masak. Sememangnya menu yang di masak hanya untuk korang. Bagus kannn?
Cafe tu korang yang punya! So P&C gitu . . .
Hanya dibuka untuk tetamu yang tempah. Kalau korang booking ramai maka majoriti hari berkenaan Cafe tuu korang yang punya! Makan laaa sepuasnya sehingga tamat tempoh masa.
Lokasi statergik di tengah bandar ibukota metropolitan. Dekat dengan Sunwar Putra Mall, SOGO, Masjid India dan paling dekat dengan GM Plaza, Chow Kit. Ke mana-mana semua pun dekat. Korang akan nikmati pengalaman sebenar asal nya Ibukota Kuala Lumpur sejati.
Harga Buffet Ramadhan 2021 EDC Hotel KL @ Sudirman Cafe MURAH Berbaloi-baloi
RM55 dewasa
RM35 kanak-kanak
Beli 9 PERCUMA 1
Kemudahan
Surau yang cukup selesa di block B tingkat 12. So lepas masuk waktu berbuka, minum air, makan kurma boleh pi solat dulu dan pastu sambung makan dengan santainya..
Parking ada di block B dengan kadar RM5 per entry
Masa : 6pm – 10pm Lama kannn? Sakan laaa korang berbual bergosip sampai tamat tempoh. Kot tak puas jugak, sila laaa check in. HAhaa.. Bilik pun selesa! Walaupun nampak can kecik jer EDC Hotel Kuala Lumpur ni, korang jangan tak tahu sebenarnya EDC KL mempunyia 3 blok sambungan dan mempunyai 240 bilik.
Interior Design Hotel yang menarik!
Korang akan nikmati suasana yang cantik sekitar hotel. Ala-ala Insta femes surely suka selfie dalam EDC Hotel KL ni sebab adanya galeri mini Kuala Lumpur di sini. Banyak gambar-gambar lama yang memaparkan suasana Kuala Lumpur pada suatu masa dahulu.
Eh! Macam dah lebih dari 5 sebab kenapa korang kena cuba Buffet Ramadhan di EDC Hotel Kuala Lumpur ni.So amacam? Just call for arrangement.
Booking :- 0340519191 / 0129112569 / 0340503601
Website : https://www.edckl.com.my/
Email : sales2@edckl.com.my
Alamat
Sudirman Café
Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur
Waze jer .. Confirm sampai depan pintu lobby.
Antara kengkawan yang hadir tu ari.. Ikutkan ramai lagi tapi gambar tak berapa nak cun maka Nina share sebahagian gambar yang jelas. Maklumlah setelah bebeerapa purnama tak jumpa sekali jumpa memang havoc. So sakan laaa bergambar semua terkeluar paksi. Sian yang terpotong badan tuu.. Huhuuu
Eermmm.. Macam nak plan nanti togerther-gether Buka Puasa kat sini, so jomm laaa kita penuh quota dan jadikan cafe ini kita yang punya! HAhaaa
Wah ade puyuh percik.. Harga murah sangat ni
Menarik! Lauk pauk tu nampak sedap sungguh.
Nak kena try ni..
Harga menarik. Suasana pun cun. Rindu betul nak buka puasa ramai². Atleast dapat lepaskan rindu dengan sanak saudara sebab kebiasaannya bila sambut 1st puasa mesti balik kg. Ni dah tak boleh rentas…huhuhu
suka daging asam pedas tteel dia fuhhh sedap sangat sampai bertambah makan haha
Murah. Menu-menu pun menarik.
This is a fantastic and quite useful article for me. Thank you so much for all of your hard work in giving such excellent information!