Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Apa menu best simple open house senang masak bajet murah
June 17, 2019April 5, 2023

APA MENU BEST JUADAH HARI RAYA SIMPLE OPEN HOUSE?

Apa menu best simple open house senang masak bajet murah ? Amboi soalan! HAhaa… Yelah awak, lain laa kalau kita punya duit dalam saving 970 juta boleh laa tak payah fikir bab bajet, menu senang masak. Semua petik jari order jer. Tapi kita sedar diri, kita golongan marheannn maka nak buat apa pun kena lah ada perancangan rapi terutama bab bajet dan menu yang sesuai untuk semua usia.  Setuju? 

Isi Kandungan hide
1 Apa menu best simple open house?
1.1 Tips Menu Open House
1.2 Main Menu
1.3 Mee / Noodles / Bihun
1.4 Salad Appertizer
1.5 Ooohh… DESSERT
1.6 Menu Untuk Kanak-Kanak
1.7 Minuman
1.8 Related posts:
2 Aduduhhh ... Sedap weyyy LAKSA ni...!! Kat mana....??
3 Senang jer masak Creamy Mushroom Soup Homemade
4 Pat Pat Suku Lipat, Pisang banyak buat Lepat Pisang...
5 Oooo... Senang jer Cara Masak Udang Salted Egg Berkrim | Creamy Salted Egg Prawns

Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuih ku
Pilih lah yang mana satu …
Hai di Hari begini kita menjamu selera

Eh! Hari Raya sana sini dok open house. Korang pun ada plan nak buat open house ke tuuu? Dah ada menu? Buntu nak masak apa? Nak yang simple simple tapi sedap? HAhaa… Betapa banyak nya soalan

Apa menu best simple open house?

Ok, kalau korang nakkan style menu yang masih mengekalkan mood Raya yang penuh dengan tradisional, maka … Menu Raya sesuai sangat. Tapi korang kena laaa bijak pelbagaikan menu supaya banyak pilihan dan nampak banyak! Acaner?

Apa menu best simple open house senang masak bajet murah

Tips Menu Open House

Main Menu

Korang kena pandai mix match menu utama korang. Contohnya Nasi Impit atau lontong. Korang boleh match kan Nasi impit atau lontong ni bersama bersama kuah lodeh atau kuah kacang.

Alang-alang ada nasi impit,  ada sup dah boleh  jadi soto.  Dengan sebelanga sup,  boleh jadi menu Nasi Bujang.  Hanya sediakan Nasi Putih , sambal belacan,  timun dan telur  dadar.  Senang kann?  (click bawah yang tulisan warna biru  tuuu untuk Resipi nya eh..)

  • Nasi Impit dan Kuah Kacang
  • Kuah Lodeh
  • Juadah Raya Sambal Goreng Singapore sedap mudah ni wajib ada!
  • Dah jemu Menu Raya… Bihun Sup Ayam aje | Simple mudah – dengan sebelanga  sup korang rebus laaa sikit bihun. Dah jadi menu  tambahan.  Bihun Sup, soto sup  Nasi Bujang

Tadi alang-alang buat kuah kacang,  sesuai gak adanya menu Pecal. Pelbagai sayuran atau ulam dimakan dengan kuah kacang . (ni kalau rajin laaaa dah ada sayuran celur tuk pecal tu,  afa sambal belacan pun sedap. Ulaman tu ratah gitu jer. Mix match laaa dengan Nasi Bujang  kalau ada menu nasi putih sesuai. Buat sikit sambal belacan dah jadi ulam-ulaman)

Dah ada kuah kacang, order laaa sikit satay.  Ni nak citer, Kat mana Satay sedap? Dagingnya lembut empuk lagi moist?? Satay yang sedap area KL korang order ngan Eddy Satay . Dagingnya lembut berasa remahnya empuk, ayam pun sedap.

Ok shortcut, kot korang malas nak masak Kuah Kacang, maka …. Sila laaa order Kuah Kacang lebih. Senang kann…? Kengkawan korang boleh laaa makan kuah kacang tu ngan satay atau pun dengan nasi impit. Haaa… ok tak?

Bihun Sup Ayam Simple Mudah

Mee / Noodles / Bihun

Tentu ada jer kengkawan korang yang arlegic pada nasi kannn? Kengkonon diet gitu. Maka menu mee noodles bihun antara menu pilihan derang.  Mee ni sebaiknya korang rebus pasta spaghetti sebab korang boleh gak mix match dengan :-

Mee Kari Simple
Kuah Kari dah ada,  kot korang rajin buat laaa roti jala sikit. Boleh gak mix match ngan kuah kari ni.

Bihun Soto Rempah Mak Siti..
Sup nya mix match  dengan bihun .jadi laa. bihun sup, mee sup, Sup saje pun boleh …

Spaghetti Bolognese Mudah Senang pun cun gak.
Atau korang Goreng aje Mee atau Kuey Teow Goreng Bodo Simple Senang Sedap ni…

RESEPI MEE GORENG SEMPOI SEDAP MUDAH

Hurmm… Ada gak nak kan menu nasi. Biasanya nasi ni renyah sikit sebab banyak lauk korang kena prepare. Tapi nak shortcut pun boleh, selalunya menu Nasi Bujang ataupun  Nasi Ayam Paling Ringkas Mudah dan Cepat  paling senang! Sebab Sup untuk Mee korang boleh sekalikan. Buat aje sup untuk Nasi Ayam lebih, pepandai laaa derang nak makan ngan nasi ke, mee ke, bihun ke atau nasi impit. Senang kannn…?

Nasi Ayam Paling Senang

Ni resepi Nasi Ayam yang paling senang. Ayam nya lak korang buat laaa lebih kot ada yang nak ratah gitu ker kann..? Buat kan sikit Mushroom Black Pepper Sauce  . Jadi laaa Menu Ayam Bakar Black Pepper.

Salad Appertizer

Dah ada Menu Western, appertizer nya senang nak match gak. Salad untuk Nasi Ayam tadi korang  buh dalam sebekas mangkuk besar. Satukan salad, brokoli, tomato, timun, carrot hiris nipis, capsicum, kat tepinya korang sediakan sos salad, mayonnaise. Potato korang boleh buat asing. Sebiji tuu korang balut aluminium foil then bakar.

Kengkawan korang boleh makan potato, salad, brokoli dengan sos salad ataupun sos mushroom black pepper dan Ayam nasi Ayam tuu … Nah … Dah ada bahagian western. Menarik kannn?

Resipi Kek Coklat Moist Paling Sedap

Ooohh… DESSERT

Untuk dessert ni, korang boleh jer prepare awal sehari dua. Biasanya memana open house akan ada

  • Kek Butter Cake Evergreen
  • Muffin Vanilla Ala Kenny Rogers
  • Kek Batik, Kek Carrot, dan tak lupa Biskut Raya… Meriah kannn

Resipi Congo Bar senang aje buatnya

Selain tu Puding Milo Oreo Viral , Cream Puff Sedap , Puding Karamel Tanpa Telur. Eermmm …. favorite anak-anak Roti sausage  pasti cepat licin. Korang belah dua, comel kannn..? Idok lerr bazir kalau satu  ketul portionnya agak besar.

Resipi Puding Milo Oreo

Kalau korang ada kerajinan setinggi KLCC, buat laaa kuih muih tradisional yang sesenang dan cepat. Contohnya Kuih Bakar, Popia, Donut,  (Donut ni kalau korang celup sos coklat ke, cucuk inti coklat, jam ke dah jadi ala menu dessert western gitu … Selain tu Seri Muka, Kuih Talam, Puding Jagung, Popia, Tepung Pelita.

Kuih Muih Tradisional Buffet Ramadhan 2016 Istana Bambu
Pelbagai jenis kuih muih tradisional yang menggamit selera..

Atau pun korang buat dessert fruit cocktail. Just beli buah cocktail dalam tin tu  curah dalam mangkuk besar, buh susu cair dan ice cube. Nak lagi menarik, masukkan sumi jelly, potong buah tembikai , mangga dan tambah setin longan. Perghhh …. sedap seyh!

Menu Untuk Kanak-Kanak

Apa menu best simple open house senang masak bajet murah

Hurmm … Dok fikir menu kita jer kann, apa lak menu yang sesuai untuk kanak-kanak? Sekurangnya bila mak pak dok makan sakan, depa pun ada gak menu yang depa akan makan…

Okey .. Antara menu favorite kanak-kanak, korang sedia nugget homemade, Roti Sausage Roll , Mushroom Soup, Pasta Carbonara  , Roti Pizza Simple Cepat Senang , Sup Sup, Makaroni Cheese, Ayam Goreng ala KFC, French Fries, Mashmallow Deep Chocolate, Aneka kek, Buah-buahan, … Hurmm … Dah banyak ni kann…

Minuman

Penting ni… Opkos sebaiknya korang sediakan minuman panas dan sejuk. Yelah bukan semua tetamu korang minum air sejuk sokmo. Nina ler tuu …. Buat aje Tea O atau Kopi O dan air sejuk ikut korang laaa.. Sirap ke, kordial ke kot rajin cendol. Oh my … sedapnya cendol!

Don's Warong Makan Sedap KL Restoran Menu Masakan Johor

Kalau korang malas sangat, buh aje ice cube kat tepi Tea O . Pepandai laaa kengkawan buh ice sapa yang nak sejuk. HEhee… Tetiba teringat Teh Tarik kawwww… Dah kawww buh ais batu sedap gak kann…? Cuma risau kembung jer tuk anak-anak.

Oopsss…!! Jangan lupa mineral water. Wajib sediakan untuk tetamu. Lagi molek kalau korang sediakan beberapa hirisan lemon dan daun pudina. Ala-ala air detox gitu…’

Ok menu ni memang macam banyak, tapi idok lerrr banyak mana. Nak banyak korang boleh laaa plan adakan stall kecik-kecik then adanya menu Murtabak, Satay, ABC, Aneka Mee Kuey Teow goreng kawah panas-panas, Kambing Golek, lemang. Eh! Dah macam Buffet Hotel lak gamaknya kannn??

Apa menu best simple open house senang masak bajet murah

Maka ni antara menu yang kerap terpilih sebagai menu open house. Pepandai laaa korang mix match eh… Tak perlu pun semua nya korang nak hidangkan. Ikut kemampuan bajet korang. Buat open house ni nak eratkan silatulrahim bukannya bermegah apa yang korang hado!

Sebaiknya korang dapatkan list sapa yang akan hadir, idok lerrr berlebih lebihan makanannya nanti. Tak baik membazir kannn…? Kalau korang suka menu apa tuk hidangan Open house?

Sapa yang buat open house tuuu, sudi laaa jemput kita eh.. HEhee..
Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Batin

Related posts:

Aduduhhh ... Sedap weyyy LAKSA ni...!! Kat mana....??

Senang jer masak Creamy Mushroom Soup Homemade

Pat Pat Suku Lipat, Pisang banyak buat Lepat Pisang...

Oooo... Senang jer Cara Masak Udang Salted Egg Berkrim | Creamy Salted Egg Prawns

Resepi Tips Ayam masak KurmaBiskut RayaDessertIdea Juadah Berbuka PuasaIdea Nak Masak ApaJuadah Hari RayaKids MenuLontong Daun PisangLontong Kuah LodehMenu Hari RayaMenu Open HouseMenu PopularNasi Ayam mudahRENDANG DAGINGResipi cepat masakresipi mudahresipi ringkasSambal Goreng Pengantin Singapore

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (23)

  1. kylie cre8tone says:
    June 17, 2019 at 2:50 pm

    selamat hari raya.. great menu for open house… it’s nice to hv so many yummy food.. ur guests r truly lucky

    Reply
  2. Rawlins GLAM says:
    June 17, 2019 at 3:44 pm

    Memang ramai la yang akan cari cadangan untuk open house nie.
    Musim open house, memang pening nak sediakan juadah terbaik kan.
    Tapi to me, simple pun takpe. At least ada satu je main dish pun ngam.

    Reply
  3. Nadratul Syazwana says:
    June 17, 2019 at 4:05 pm

    Betul sangat! Nad kalau pergi open house sekarang ni memang cari satay je dulu. Evergreen! Makanan berat-berat kurang sikit makan. Lepastu terus cari dessert pula.

    Reply
  4. xulhlmi says:
    June 17, 2019 at 8:44 pm

    open house haritu pun mak masakkan Nasi Ayam dengan Bihun Sup. sedap sangat. waktu buat open house makanan memang kene prepare banyak, memang tak menang tangan melayan tetamu datang rumah.

    Reply
  5. cindyrina says:
    June 17, 2019 at 8:46 pm

    Semua pilihan you bagus . Our family just served nasi tomato and ayam masak merah dan kuih raya je. senang betul. Tapi kalau pi rumah org i cari rendang dengan ketupat daun palad.

    Reply
  6. Muhammad Naim Abdullah says:
    June 17, 2019 at 9:46 pm

    Kalau open house, naim prefer kepada makanan yang ringan2 sahaja. hehe. Takot berat perut time balik

    Reply
  7. Nadia Johari says:
    June 18, 2019 at 2:13 am

    kalau nak buat open house bior menu simple ringan, tak perlu nasi sangat..ehhee..menu akak bagi ni memnag sesuai..nad dah lama nak buat oreo puding tu, tapi tak terbuat-buat..hehe

    Reply
  8. Chaza Xiaojie says:
    June 18, 2019 at 9:23 am

    Wah! Bagus ni! Cx dahlah tengah fikir nak masak apa untuk open house nanti. Ini sudah bagus sangat! Tq share! Nanti cx update kalau jadilah open house nya hahaha. Jenuh fikir menu tau hahha

    Reply
  9. Mimie says:
    June 18, 2019 at 9:58 am

    Kalau pergi open house memang menu menu ni tak ketinggalan untuk dicuba. Memang jadi pilihan tuan rumah sediakan menu ni untuk tetamu yang datang bertandang kan.

    Reply
  10. Syira says:
    June 18, 2019 at 11:23 am

    Syira haritu buat mee rebus.. buat simple2 ja hari raya. Sebab tak bebankan org lain. Hehee tenaga keja tak ramai

    Reply
  11. Ayu Rafikah says:
    June 18, 2019 at 1:39 pm

    Rasanya tahun ini ayu banyak jumpa hidangan lontong dan rendang. Mmg best sebab dua tu feveret ayu sejak dulu

    Reply
  12. precious cla says:
    June 18, 2019 at 2:39 pm

    sedapnya menu-menu tu, untuk tahun ni saya tak pergi mana-mana raya open house tau…nampak ni memang terus teringin nak serbu rumah kawan-kawan hahaa

    Reply
  13. Sunshine Kelly says:
    June 18, 2019 at 4:38 pm

    Terliur kejap… this weekend i gigih nak pergi raya open house la. Menu yang i paling suka and simple is soto ayam.

    Reply
  14. Wui Kathy says:
    June 19, 2019 at 6:09 am

    lontong, rendang ayam dan lemang dah memadai dah! Ketiga-tiga makanan kegemaran mouse mommy tau. Lepas tu, manisan dodol dah cukup! Terima kasih!

    Reply
  15. Wawa Ashihara says:
    June 19, 2019 at 3:08 pm

    Mee, satay, nasi ayam, dessert yg sdp.. Semuanya senang nk buat. Lagi senang order je catering.. Hehehe.. Tapi sekali skala open house apa slhnya kan masak..

    Reply
  16. Halimah says:
    June 22, 2019 at 4:31 pm

    Kak klu buat open house biasanya kak masak sendiri dan msk ringkas aje

    Reply
  17. Moha says:
    June 23, 2019 at 9:36 am

    Tq Kak Nina bagi idea best camni

    Reply
  18. ummi nani says:
    July 25, 2021 at 3:53 pm

    menarik rasa semua nak try buat aih 🙂

    Reply
  19. rcg168 says:
    January 14, 2023 at 4:30 am

    Thank you ,

    Reply
  20. Pingback: Resepi Lontong Kuah Lodeh Paling Mudah Sedap Simple
  21. Pingback: Tips buat Lontong Daun Pisang Tradisional Mudah Gerenti Jadi
  22. Pingback: Resipi Kuah Kacang Sate Ayam Sedap Menu Raya
  23. ทดลองเล่นสล็อต says:
    April 1, 2023 at 7:18 pm

    ทดลองเล่นสล็อต
    There are more than 100 Joker slot games to try out, all of which are available in Joker123 casino, allowing everyone to try out the most popular slot games and popular slot games, both old and new.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes