Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang
July 18, 2019March 26, 2023

5 Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?

Daging ohh Daging …!!
Korang suka makan daging tak? Selalu daging korang masak apa? Korang beli daging kat mana? Pandai tak beli atau pilih daging segar? Macammana nak tahu daging yang kita beli tu segar?  Ketahui Tips memilih daging segar Masak apa sedap bila cerita pasal daging.

Isi Kandungan hide
1 Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?
2 Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?
3 Daging Masak Apa Sedap? Camner nak bagi daging cepat empuk?
4 Related posts:
5 Yeehaaa...!! Contest hadiah RM5k weyy ... Johnsons baby sempena 125 Years
6 Cucur Kentang buat minum petang.... resepi paling mudah!
7 Telur Dadar Berinti
8 Nasi Ayam BAKAR Station PD best LUNCH MURAH SEDAP

Nabi Muhammad SAW pula pernah bersabda yang berbunyi; 
Dari Abi Dardaa’ RA, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni Syurga adalah daging”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah). 

Actually Nina pun bukannya reti sangat beli daging ni. Selalu Geng yang belikan bahan dapur. Apa dia beli Nina masakkan aje…  Ada ikan masak ikan, ada ayam masak ayam dan ada daging maka masak laaa menu daging kegemaran depa. Simple jer lifestyle kami. Hehe..

Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?

Kalau tanya Nina, very shortcut. Bab daging ni nak senang lagi mudah masa beli kat pasar bilang aje nak daging batang pinang. Confirm dapat daging yang cantik, tak de lemak sana sinin sinun dan senang nak potong. Tapi opkos harganya mahal laaa sikit dari biasa. HEhee…

Kebetulan tu ari Nina terbaca Tips Memilih Daging Segar so tergerak hati  Nina paling dalam nak share kat sini. Mana lah tau kot kot korang pun sama macam Nina tak berapa cerdik bab beli daging segar. 

Tips memilih daging

Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?

1. Perhatikan Warna Daging

Daging yang segar dan berkualiti tentu berbeza dengan daging yang sudah busuk. Cara paling mudah untuk mengetahui kualiti daging adalah dari warnanya. Daging lembu yang masih segar berwarna merah dan segar. Selain itu warna daging juga tidak pucat dan tidak kotor.

2. Tekstur Daging.

Daging lembu yang segar memiliki tekstur yang terasa kenyal. Tekanlah sedikit daging tersebut, jika kembali ke posisi semula bererti daging tersebut masih baru dan segar. Hal ini berbeza dari daging yang busuk dimana daging tersebut akan terasa lembik ketika ditekan.

3. Bau

Daging yang segar memiliki bau yang segar atau dengan kata lain memiliki bau khas lembu. Sementara itu daging yang busuk akan menimbulkan bau busuk yang masam.

4. Tidak Berair.

Jika Anda membeli daging mungkin Anda sering melihat cairan berwarna merah seperti darah. Cairan itu bukanlah darah.Cubalah untuk membeli Daging yang tidak berair, kerana jika berair maka Daging tersebut sudah berada cukup lama di udara bebas.

5. Periksa sijil halal.

Supplier atau penjual daging yang halal dan profesional tentu mempunyai sijil halal dari pihak Jabatan Agama Islam. Pastikan Anda membeli daging dari penjual / supplier daging yang mempunyai sijil halal.

Sumber Chef Arm

Daging Masak Apa Sedap? Camner nak bagi daging cepat empuk?

Ok dah pilih daging, moh kita masak lak. Apa menu daging yang selalu Nina masak?

Orang lain, lain citarasanya. Sedap kita pun tak sama. Subjektif kannnn?

Selalunya favorite menu anak-anak Nina Daging Masak Kicap Paling Mudah Senang .

Nina tak tumis pun. Minyak dalam kuah ni terhasil dari lemak daging tu sendiri. Rasa kengkonon macam eat clean gitu. Padahal idok lerrr clean sangat! HAhaa…

Selain masak kicap, menu daging pilihan family Nina > > > Daging Masak Kurma 

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Nina suka guna rempah Adabi, kadang rempah Siti dan terbaru Nina try rempah Adami. Lebih sedap! Nanti kalau korang pi Muar, sila beli lebih sebab kat sana murah. Kalau kat KL ni mahal beza beringgit ringgit. Huhuuu..

Resepi Kari Daging Sedap Mudah Cepat DiMasak

Daging Masak Kari ni pun antara menu yang paling kerap Nina masak. Sebabnya Geng tak berapa makan nasi so dengan adanya Kari Daging  ni sesuai laaa untuk Geng makan bersama roti.

Anak-anak dan Nina makan dengan nasi panas-panas! Kena lak dengan beberapa curahan kicap lemak manis atas nasi, match ngan sambal belacan. Perghhh …. sedap terangkat beb! 

So dah tau tips pilih dan beli daging segar, korang juga perlu tahu TIPS PETUA elak daging berbau  dan  cara menyimpan daging segar dengan betul 

 

Related posts:

Yeehaaa...!! Contest hadiah RM5k weyy ... Johnsons baby sempena 125 Years

Cucur Kentang buat minum petang.... resepi paling mudah!

Telur Dadar Berinti

Nasi Ayam BAKAR Station PD best LUNCH MURAH SEDAP

Lifestyle Bahagian daging lembu yang lembutcara pilih daging segarCara simpan dagingDaging batang pinangdaging masak apa sedapMaksud daging segarTips Daging tidak berbauTips dan Petuatips dari dapur

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. Cik Puan ena says:
    July 18, 2019 at 4:08 pm

    Tq sharing tips. Ena suka daging masak kurma. Lemak2 gitu.. Daging masak apa pon sedap kan.

    Reply
  2. Pingback: Resepi Daging Korban Goreng Berempah Simple Sedap
  3. Pingback: Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai - Masak Lemak Daging Salai
  4. Pingback: Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah
  5. Pingback: TIPS PETUA elak daging berbau dan kekal segar walau dah beku
  6. Pingback: Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
  7. Pingback: Daging Masak Hitam Berempah Ala-Mamak Style
  8. Pingback: Resipi Daging Black Pepper Simple Sedap Mudah - Nina Mirza
  9. Pingback: Resipi Daging Masak Kicap Paling Sedap Senang Mudah
  10. Pingback: Resepi Daging Korban Goreng Berempah Simple Sedap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes