Sapa suka makan Sotong, tapi SOTONG MASAK APA SEDAP EH? Malaysia sememangnya terkenal dengan syurga makanan. Kaya dengan pelbagai menu masakan yang sedap-sedap belaka. Sebut laaa apa pun bahan asas masakan – ayam, daging, seafood udang, ikan, sotong pasti jadi menu yang buat kita semua terliur. Nak lagi kalau makan sama nasi panas-panas. Perghhh . . . Tak toleh kiri kanan punya laaa..
Dan tidak dinafikan dalam Malaysia sendiri ada pelbagai menu masakan mengikut negeri. Sebut jer negeri mana, pasti ada killer food memasing. Contohnya Laksa, ada Laksa Utara, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Baba Nyonya dan semuanya ada keunikkan nya yang tersendiri.
Okies, hari ni Nina nak share bahan masakan berasaskan SOTONG. Tengah trending sekarang ni sebab gara-gara seorang selebriti upload di IG Story beliau masak SOTONG MASAK HITAM , hitamnya bukan dari kicap tapi dari dakwat sotong. Siannn Siti Sarah dikecam kata BOD*H. Alahai . . . Awat laaa sampai mengaibkan diri sendiri mengeluarkan kata kesat macam tu. Off record , tak kose lagi malas nak ulas bab ni..
SOTONG MASAK APA SEDAP
Moh kita citer yang berfaedah jer.. Memandangkan trending nau si Sotong ni so Nina kongsikan kat sini beberapa Resepi Sotong masak apa sedap mudah yang korang boleh cuba. Dan . . . Just nak maklumkan Nina sendiri belum pernah cuba masak Sotong Masak Hitam dari dakwat sotong ni. Pernahlah makan masa kecik dolu-dolu, ok jer not bad, sedap! Mungkin sebab air tangan mama, masak apa pun sedap! HEhee . . . Sebab tak pernah masak so Nina kongsikan Resepi dari Azie Kitchen yang confirm jadi.
Sotong Masak Hitam ni tak sama dengan cara masak Sotong Masak Kicap. Kedua-dua nya pun sedap, ada rasa nya yang tersendiri. Should try!
Resepi Sotong Masak Hitam Sedap Mudah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Sotong – tak perlu dipotong
1-2 batang serai – ketuk
4 ulas bawang putih – ketuk
1 labu bawang besar – hiris
2 inci halia – ketuk
Garam
Sedikit gula Melaka
Cara Masak Sotong Masak Dakwat Hitam
1.- Sotong dibersihkan. Jangan dibuang kulit, dakwat atau tulangnya. Kalau dapat yang bertelur, lagi sedap.
2.- Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air sekadar menenggelamkan sotong sahaja.
3.- Masak sehingga sotong masak dan jangan terlalu lama, nanti sotong akan menjadi liat. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Sotong REX dalam tin memang rare! Kiranya ni menu dari zaman atok nenek kita dolu dah ada. Dolu harga nya idok ler mahal sangat, tapi sekarang 1 tin jer dah cecah RM15! Wajib cuba!
Resipi Sotong TIN REX Masak Sedap
Bahan-bahan
2 tin besar sotong tin REX kecik tak cukup lak nanti
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – Nina ketuk aje
4 inch halia -hiris halus
4 biji cili kering – potong dalam 2inch
5 biji cili padi
Kalau suka pedas berapi, letak lah cili padi. Ikut lah tahap kepedasan anda. Kot nak letak 5 genggam ker… Huh? Fuhh..!!
Bancuhan air asam jawa – sikit jer. (tak pekat sangat dan tak cair sangat)
1 biji tomato – belah empat
Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Sotong Rex Sedap
1- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering. Kalau ada cili padi, ketuk lalu masukkan sekali. Tumis hingga berbau wangi.
2- Kemudian masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
3- Selepas itu masukkan tomato dan sotong dalam tin bersama airnya sekali. Masak hingga mendidih.
4- Sambil tu, pakai sepit dan gunting sotong tersebut kepada bahagian yang kecik. Sebab sotong tuu memang besar. Kalau tak potong tak cukup oooo..! Harus laaa !!! kalau tak nanti seketul besar-besar tu depa belasah sorang satu. Mana aci !! Share-share laaa kannn
5- Dah cukup masak semua bolehlah dihidangkan bersama nasi panas-panas.
Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup Sedap Simple Nina
Bahan-bahan Sotong – ikut suka berapa kilo nak makan (dicuci bersih, potong bulat, toskan)
Telur – bergantung pada kuantiti kilo sotong korang. (memula cuba laa sebiji dua dulu)
Tepung Tempura Pak Long warna biru – Kalau rasa sotong tuu banyak, sila beli paket besar yaa
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediannya
1- Rendam Sotong yang sudah dibersihkan, dipotong bulat dan ditoskan tuu dalam air panas mendidih seketika. Kemudian toskan semula. Jika perlu lap-lap sikit ngan kitchen towel. Supaya sotong betul-betul kering. (Inilah tips supaya masa goreng sotong tak meletop!)
2- Panaskan minyak untuk menggoreng. Kemudian rendam sotong tersebut dalam telur yang dah dipukul terlebih dahulu.
3- Sedia tepung segera Pak Long dalam mangkuk. Ambik sotong yang dah direndam dalam telur satu persatu lalu salut gaulkan dalam tepung segera Pak Long.
4- Kemudian goreng hingga garing dan keperangan. Minyak harus betul-betul dah panas baru masukkan tepung dan pastikan sotong betul-betul garing baru angkat. Kalau tak cukup garing lah punca sotong lembik tepungnya bila dah sejuk.
5- Sedia dihidang bersama sos kegemaran. Nyum nyummm…!! Makan tuuu ingat orang belakang yaa… jangan sambil goreng sambil ngap! Nanti sampai meja makan dah kurang sekilo. Hahaha . . . .
Okey, Sotong Masak Oriental ni ala-ala resepi masakan Chinese. So far dah masak sedap. Rekemen korang cuba yaaa
Sotong Masak Oriental Sedap Mudah
Bahan-Bahan
700gm sotong
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – ketuk dan cincang
2 inch halia – hiris nipis
1 batang serai – ketuk
½ biji capsicum merah – potong kecik
Beberapa batang kacang boncis – belah serong
Carrots – potong nipis ikut suka
Sedikit daun limau purut
Sedikit daun kari
Minyak masak tuk menumis
** kalau suka pedas berapi, ketuk laa beberapa biji atau genggam cili padi**
Bahan Sos (satukan kesemuanya dan kacau rata)
Sepaket pes TomYam Abadi yang kecik
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 ½ sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai
Sedikit air
Cara penyediannya
1-. Sotong dibersihkan terlebih dahulu, buang kulit, buang tulang belakang, buang benda bulat kat dalam kepala, buang mata dan buang segala yang perlu. Ikut masing-masing nak siang macammana. Potong ikut suka, cuci bersih pastu celur sekejap. Toskan
2-. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai, daun limau purut, daun kari hingga berbau wangi.
3-. Masukkan bahan sos tadi dan masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan Sotong, capsicum, sayur kacang boncis dan carrot. Kacau rata.
4-. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sayur dah masak tutup api dan sedia dihidangkan.
Apa lagi yaa? SOTONG MASAK APA SEDAP SIMPLE
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT Mudah Sedap
Bahan-bahan
500gm sotong sederhana besar – cuci bersih dan potong bulat 2 atau 3
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2inch halia – hiris nipis
Sayur kacang buncis secukupnya – potong serong
Carrot – potong kecil
Bunga kobis
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara penyediannya
1- Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sotong goreng hingga masak.
4- Masukkan sayur kacang buncis, bunga kobis dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas! Wallaa~
TIPS CARA MASAK SAMBAL SOTONG SEDAP TAK LIAT
Resepi Sambal Sotong Sedap Mudah
Bahan-bahan
1/2 kg sotong sederhana besar – dicuci bersih, potong bulat dan toskan
6 biji bawang merah ** dikisar
2 biji bawang putih ** dikisar
20 tangkai cili kering ** dikisar
2 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Untuk hiasan 3 biji bawang besar (dipotong bulat)
Cara Masak Sambal Sotong Sedap
1.- Bersihkan sotong dan rendam dalam air mendidih seketika. Lalu toskan airnya.
2.- Tumiskan bawang merah, bawang putih beserta cili kering yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing.
3.- Masukkan serai dan asam keping. Kacau seketika.
4.- Masukkan garan dan gula ke dalam tumisan tadi.
5.- Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau rata selama beberapa minit.
6.- Masukkan bawang besar yang dipoptong bulat untuk hiasan.
7.- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Amacam?
Hurrmmm . . . Cukup laa kot perkongsian Nina antara menu SOTONG yang very the simple senang mudah di masak untuk korang cuba. Bukan apa, kekadang Nina pun dok ulang masak yang sama. Ahaks! HAhaaaa
Tq Kak Niena sharing . Atleast tau dah nak masak apa . Kalau tak asyik terfikir je dok tenung sotong tu
Sotong fresh masak apa pun sedap……………… yang paling sedap makan sotong free. ha ha ….
Wah thanks for the suggestions, will try your recipes soon.
Sotong masa rex tak peranh masak, boleh cuba ni. sedap sotong dalam family kitaorang semau suka makan sotomg
sotong ni mmg antara my fav, sotong ni nak masak dia kene controlled suhu dengan tepat sbb sotong ni antara jenis yang sangat sensitive pada suhu perasan tak kalau kita termasak lama sotong akan liat dan terlalu kenyal. bsgi saya kalau nak masak sotong siapkan dlu saunya barulah last skali saya masukkan sotong kedalam, biarkan merenih sekejap then trus angkat.
Korg pernah x mkn sotong Garuda?
Sotong Garuda sedap di masak singgang.
Walahweh.
Thanks for the blog such an amazing time to read it out keep up the good work…