Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang

Pening masak apa Daging ni? Sudah nya, Daging masak…. Cer teka?

Daging antara menu  yang jarang Nina masak.  Bukan  leceh sebab dagingnya lambat empuk ya jugak sebenarnya  tapi faktor usia ni kot asal terlebih makan daging  nanti sakit gigi. Resipi Daging Masak Kicap Paling Sedap Senang 

Eh!  Gigi ke gusi entah ler…. Sebab setiap kali sakit gigi terlebih makan daging,  besok nya po klinik gigi check doktor  akan kata “saya tengok  gigi awak ok jer,  tak de apa-apa masalah.  Walaupun  gigi awak berlapis-lapis tak tersusun masih comel.  Ok yang lapis² comel tu  tipu!  Poyo perasan lebih.  HAhaa…

Rasanya gusi yang sakit sebab penat mengunyah kot.  Selalunya lepas seminggu akan  baik dengan sendirinya.  Bila start sakit,  nina akan tukar ubat gigi.  Pi laaa speedmart ke tesco ke giant ke nobita ke beli ubat gigi sensitif. Gosok² gigi,  2 ke 3 hari kemudian  reda dah sakit gigi gusi nya.

Maka sebab kejadian tu selalu laaa buntu tak tahu nak masak apa sama daging ni?! Asyik-asyik dok Masak Kicap Lemak Manis , kadang tuu dok Masak Kurma … Kadang tuu Daging Goreng Berempah. Kadang tuuu tengok jer…. dok termenung nak masak apa? Akhirnya ulang menu yang sama gak….!! Habis tuu… sapa suh beli daging. Kannn…. Padan muka sendiri Haha

Raya tu ari Nina masak rendang,  dah snap gambar nya,  lupa nak share resipi rendang  style Nina.  Nanti korang ingatkan eh…  Next resipi InsyaAllah..

Sudahnya dari dok buka katup pintu peti ais,  dah nyah beku daging ni, maka kata sepakat di capai.  Majoriti  request menu  – Amboi dah macam pilihanraya gamaknya.  HAhaa…  Pemenang nya ialah menu

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang

Resipi Daging Masak Kicap  Paling Sedap Senang Mudah

Bahan-bahan
+-300g Daging – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih – diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air

Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah

Cara-caranya
1- Daging dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk.
2- Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3- Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4- Setelah itu, masukkan kicap lemak manis dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati.
5- Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih.
6- Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau

Selamat mencuba!

Hahaa…  Senang jer kann? Balik-balik ulang dok ulang  sampai penat mikirin,  masak kicap gak win! Resipi Nina paling senang mudah.  Tak payah tumis  bagai kann…?

Dah anak-anak yang akan makan,  maka tanya depa lagi senang. Iyer tak?

Apa menu  kegemaran korang bila masak daging?

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
8 Comments

Post A Comment

Follow by Email
Instagram