Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan
July 9, 2019July 15, 2023

ASTHMA Ohh Asthma SESAK NAFAS SIMPTOM RAWATAN PENCEGAHAN

ASTHMA Ohh Asthma SESAK NAFAS SIMPTOM RAWATAN PENCEGAHAN | Semenjak dua menjak ni entah kenapa kesihatan agak merundum. Cepat penat, mudah sakit kepala, migrain bila cuaca panas sangat dan mudah semput terutama bila batuk. Faktor usia kah? Dah tua! Hehee

Isi Kandungan hide
1 ASMA LELAH
1.1 ASTHMA SESAK NAFAS SEJAK KECIL
1.2 Remaja – Asthma dah tak de laaa.. Yeayy!
1.3 Asthma – Simptom mengandung
1.4 Apakah tanda dan gejala serangan asma?
1.5 Tanda amaran asma lelah
1.6 Simptom Asthma sesak nafas
1.7 Rawatan Asthma Sesak Nafas
1.8 Terus ke emergency
1.9 Cara mengelakkan Asthma Sesak Nafas terjadi – Pencegahan
1.10 Kebersihan
1.11 Jaga makan
1.12 Rujuk pakar
1.13 Ubat Asthma Sesak Nafas Lelah
1.14 Related posts:
2 Menu sahur ringkas : Ikan Tongkol Masak Kicap
3 Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
4 Crepe Ohhh Crepe Durian..!! Step by step membuat dan melipat crepe. montok-montok gitu~~
5 CARRIE JUNIOR - terbaru koleksi mainan comel SUKAN RIA

ASMA LELAH

Menurut Wikipedia, penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

ASTHMA SESAK NAFAS SEJAK KECIL

Setahu Nina masa baby Nina ada asthma. Seingatnya masa kecik selalu jugak lah mama Nina kena bawak Nina pegi klinik ambik neb. Masa sekolah rendah ada jugak sebab aktiviti sukan Nina akan cepat penat dan semput tapi meningkat usia ke sekolah menengah dah tak de teruk sangat hingga lah dah besar dewasa kini. Umur yang besar. Badan hurmmm…. Sama jer kecik kemetotnya. Hahaa

Remaja – Asthma dah tak de laaa.. Yeayy!

Masa zaman remaja hingga dah kawin beranak pinak nampaknya asthma dah mula hilang dibawa pergi kot. History asma lelah tu macam dah tinggal sejarah jer… Dah takde dah rasa semput lelah, susah nafas. Segala aktiviti macam boleh buat tanpa halangan.

Seronok laaa… Rasa sihat segar, nak buat apa pun aktiviti tak rasa terbatas. Masa ni fikir ooo… Maybe Nina asthma masa kecik jer kot. Ada gak dengar citer orang tua-tua, dah besar depa ni sihat dah tak de lagi asthma.

Asthma – Simptom mengandung

Sejak mengandung anak ke-5 asthma mula attack. Aduyai… Cepat penat, asal batuk jer mula laaaa, dua ke tiga hari kemudian asthma menyusul. Seksa nya usah cakap. Sakit dada, tekanan batuk sampai krem dada, belikat. Nangis oooo….

Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Apakah tanda dan gejala serangan asma?

Gejala asma boleh menjadi bertambah teruk dengan cepat. Gejala ini adalah berbeza antara satu sama lain. Semasa serangan asma, tanda dan gejala adalah termasuk:

  • Batuk dengan atau tanpa selesema.
  • Berkahak.
  • Bernafas dengan cepat.
  • Rasa ketat di dada.
  • Nafas berbunyi.

Tanda amaran asma lelah

  • Batuk tanpa henti.
  • Nafas berbunyi yang teruk.
  • Sesak nafas yang teruk.
  • Sukar bercakap dalam ayat yang panjang.
  • Tidur yang tidak nyenyak.
  • Sakit dada.
  • Kulit menjadi pucat.
  • Tahap kesedaran menurun.
  • Bibir dan kuku menjadi kebiru-biruan.

Sudahnya dok berulang ambik neb kat hospital. Sangkakan lepas bersalin simpton ni akan hilang. Ramai cakap gitu kan….

Rupanya tidak! Huwaaa…. Dah lepas bersalin pun, asthma ni masih ada. Acaner? Harapan tinggal harapan.. Huhuu…

Simptom Asthma sesak nafas

Simptom asma Nina – Mula rasai ketat nya kat dada ni dan sempitnya ruang dada ni nak bernafas. Perit sakitnya mencucuk cucuk masa nak tarik setiap hela nafas yang singkat pendek. Seksa! Rasa macam nak putus nyawa pun ada.  Huhuuu

Pastu macam ada belon-belon pecah saat nafas di lepaskan. Bunyi dalam dada ni usah cakap, bising!

Sesekali akan rasa berpeloh peloh sampai lencun. Pastu mula akan sakit kepala berdenyut denyut. Dada semakin mencengkam. Huhuu…

Penawar Asma Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd
Asthma inhaler … Benda wajib ada tatkala asma penyerang. Huhuu . . .

Rawatan Asthma Sesak Nafas

Dipendekkan cerita biasanya bila asthma attack Nina akan terus ke emergency Hospital Selayang. Ada department asthma kat sana. Biasanya waktu malam pas Geng balik keje. Mak mak kann… Walau sakit pun akan dahulu kan keperluan anak-anak.

Suka rawatan depa, teliti, peralatan lengkap dan betul² nafas clear baru boleh balik. Alhamdulillah, Nina berpuashati dengan hospitality service mereka.

Akan tapi > > > >

Masa dok sini memang lama tapi apalah sangat dengan masa, nak cepat tapi ala kadar ke nak yang terbaik dari pakar? Bukan apa, andai apa² kemungkinan, kena refer memana ker, kita dah sedia ada kat hospital. Memudahkan urusan kannn?

Pernah gak dapatkan neubilizer dari klinik swasta ok gak laaa.. Tapi entah laaa lebih serasi dekat hospital selayang.

Terus ke emergency

Lain orang maybe lain penerimaannya. Macam Nina geng hantar kat emergency, dan dia terus balik rumah. Tak tunggu pun. Dah sedia maklum prosesnya berejam… Kalau lebih 2 kali neb, biasanya lebih 3 jam gak. Pernah sampai 5 jam sebab lebih 3 kali neb dan rawatan susukan lain macam xray, ambik darah, cucuk hydrocot. Sorry kalau salah eja. Kita bukan doktor .

Tidak dinafikan memang lama , yelah… banyak prosuder nya, so lebih wajar Geng balik rehat. Dah settel nanti Nina call baru dia datang jemput. Lagipun adanya 5 bala tentera kat rumah tu, maka Geng dok rumah tengokkan depa. Menunggu kat hospital bukan pilihan bijak bagi Nina, kat sini ramai yang sakit dan mungkin adanya penyakit berjangkit. Tak mo terdedahkan anak² pada risiko. Setuju kannnn?

Begitu laaa rutin Nina bila kena asthma.

Cara mengelakkan Asthma Sesak Nafas terjadi – Pencegahan

Secara umum cara Nina elakkan asthma kat rumah, mudah jer… Kat rumah Nina memang tak de carpet, dan Nina pun tak de bela kucing. Walaupun asthma Nina tak teruk, Nina cuba elakkannya. Selain tu Nina amalkan Habbatus Sauda. Korang boleh laa cuba jugak. Ketahui Kebaikan Khasiat Habbatus Sauda Cara Makan Habbatus Sauda Menurut Islam. Nina makan yang raw biji-biji original tu je

Kebersihan

Kebersihan rumah memang Nina kategori cerewet. Biasalah Mak mak kannn? Alhamdulillah… Nina ni allergic habuk, kena habuk mudah selsema. Paling risau bika selsema agak lama nanti akan disusuli batuk. Haaa… Batuk kaluuuuu asthma mula laaa menyelit. Huuuu…

So biasanya tugasan vacuum rumah Nina, Geng banyak bantu dan sekarang anak-anak pun boleh diharap buat keje sesama. Eilhan pun dah pandai kemas rumah tau!

Jaga makan

Kalau Nina part makanan, musuh utama Nina adalah tembikai. Orang lain Nina tak sure. Selain tu Nina sejenis yang tak minum sejuk. Jarang sekali melainkan tak de pilihan macam pi kenduri ke. Terpaksa telan gak segelas dua. HAhaa.. Takkan tak minum, tercekik nanti acaner?

So far lain-lain makanan Nina pantang gak ..

>

>

>

>

>

Pantang tengok! HAhaa…

Rujuk pakar

Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Ubat Asthma Sesak Nafas Lelah

Bila adanya simptom asthma dan dah pernah dapat rawatan Nebulizer, sebaiknya korang ada rawatan susulan. Doktor akan ajar cara-cara penjagaan asthma ni.

Contohnya korang akan dapat pump ventolin samada warna biru atau coklat. Dan juga pil ubatan. Mungkin gak perlunya buat xray.

Cuma pengajarannya jangan tunggu lama saat asthma dah mula menyerang. Jangan buat-buat tak tahu nanti dulu laaa…. Sebab asthma ni badan kekurangan oksigen. Bahaya tau bila kita kurang oksigen. Nanti ada masa Nina sambung lagi apa komplikasi bila badan kita kurang oksigen dan boleh bawa maut. Sila ngeri dulu… HAhaa…

Jaga diri dan kesihatan… Moga kita diberi kesihatan yang baik dan sihat cergas sentiasa. Aamiin

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Note : Nina bukan doktor tau… Jangan laaa tanya soalan bebukan. Nina sekadar sharing pengalaman dan rujukan untuk kita kemudian hari

Related posts:

Menu sahur ringkas : Ikan Tongkol Masak Kicap

Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Crepe Ohhh Crepe Durian..!! Step by step membuat dan melipat crepe. montok-montok gitu~~

CARRIE JUNIOR - terbaru koleksi mainan comel SUKAN RIA

Parenting Tips AsmaAsthmaCara hilangkan Asthma Sesak Nafascara merawat asthmaDoktor PakarInfo - kesihatanPencegahanPetua hilangkan sesak nafasrawatansesak nafassimptomubatanVentolin

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Pingback: Bagus ke Habatussauda? Penawar ke? Apa Kebaikan Kelebihan Manfaat
  2. Pingback: Asthma menyerang kali ke2 Nasib baik ada Klinik 1Malaysia Kuala Lumpur
  3. Pingback: SAKIT DADA BELAH KANAN SAMPAI SUSAH NAFAS Sakitnya sebab
  4. Pingback: Bahaya Ibu Mengandung Hamil HB Rendah
  5. Pingback: Kebaikan Khasiat Habbatus Sauda Merawat Asthma Cara Makan
  6. Pingback: BUKIT GASING TEMPAT HIKING UNTUK BEGINNER PALING POPULAR. KENAPA? - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes