Korang suka makan apa? Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, Laksa , Satay, Mee Bandung Muar, Nasi Minyak,… banyak sangat menu yang sedap-sedap kann? Okies, jom tengok kat mana Tempat Makan Sedap Malaysia . Semua ni Nina sendiri dah rasa dan rasa dia superb!
Makan? Ya, bila cerita tentang makan Nina memang suka! Malaysia terkenal dengan ‘Syurga Makanan’ . Ada pelbagai menu yang menarik sedap-sedap ada di Malaysia. Dari Utara Kedah nun sana sampai laaa ke Johor Selatan dan tidak ketinggalan Sabah dan Sarawak. Setiap negeri ada signature menu mereka yang tersendiri lagi unik. Beruntung nya kita ni dok kat Malaysia yang aman damai lagi sentosa. Setuju kannn?
Sebenarnya kannn tak kisah laaa kita ni berada kat ceruk negeri mana pun, Malaysian food ni ada kat serata negeri. Paling beruntung buat yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur. Segala toknenek menu pun hado! Malas mengade tak mau pegi kedai, order food delivery jer.. Senang lagi memudahkan. Tadaaaa … Sekejapan muncul depan pintu rumah!
10 Tempat Makan Sedap Menarik Wajib Terjah Di Malaysia
Tapi buat yang rajin Jalan Jalan Cari Makan, Nina share kan kat korang antara 10 Tempat Makan Menarik Di Malaysia terchinta ini yang wajib korang terjah dan rasa sendiri kesedapannya.
1. Nasi Lemak RM1 Sedap di Seri Gombak, Selangor
Buat pencinta Nasi Lemak, opkos Nasi Lemak antara menu terhangat dipasaran. Di makan tak kira waktu samada pagi, tengahhari, petang mahupun malam. Bukan tu aje, tengah malam (supper) pun masih ramai dok cari Nasi Lemak kannn?
Nina cadangkan korang pi rasa sendiri Nasi Lemak RM1 Shah Rizan ni. Ya RM1 jer… Ada jugak ayam goreng RM1 untuk tambahan makan sama NAsi Lemak RM1. Sambal dia sedap beb . . .
Dia niaga kat lori Food Truck jer depan Pasar Pagi Seri Gombak. Korang kena datang awal sebab cepat habis. Kalau korang nak buat kenduri ker, sesuai laaa order buat juadah. Simple murah tapi sedap!
2.- Gobang Maju Patin Tempoyak Temerloh, Pahang
Tak tau nak kata, asal sebut ikan patin cukup sinonim dengan Masak Tempoyak. Asal sebut masak tempoyak jer terus ingat Temerloh. Kat sini memang dah terkenal dengan Ikan Patin Masak Tempoyak dia. Harga amat berpatutan, don’t worry tak mencekik tekak pun.. Sedap pun sedap, makan sini pun selesa.
Selalunya bila dah makan sini, Nina pasti akan tapau bawak balik rumah. Masuk fridge, besok panaskan makan panas-panas sama nasi panas. Kuahnya lebih meresap dalam ikan. Pergghhhh… Padu rasa dia!
Selain Temerloh, ketahui Tempat Menarik Di Maran , Pahang. Alang-alang dah sampai Pahang, singgah lah pi Maran.
3.- Nasi Bamboo / Nasi Buluh Sg Klah, Perak
Ate kome ke Perak dari KL wajib singgah makan kat sini. Keistimewaan nasi dalam buluh memang membuka selera. Bahaya sungguh! Punah my diet you.. Pekena pula dengan lauk daging atau ayam bakar dia. Restoran besar, luas, tersusun. Selesa! Harga pun berpatutan.. Paling Nina suka toilet dia bersih!
4.- Satay Eddy Taman Ehsan Kepong – Ya ampun… Dagingnya lembut moist! Sedap
Kalau citer bab satay confirm ramai dok sebut Satay Kajang kannn? Tak dinafikan Satay Kajang sedap. Selalunya Nina beli bungkus di cawangan Taman Melati.
Tapi kalau ikut selera tekak Nina, rekemen korang cuba rasai dan nikmati sendiri Satay Eddy yang terletak di Taman Ehsan Kepong. Alaa… Tentu ada dok bisik-bisik, celah mana laaa Taman Ehsan ni? Tak susah pun, korang waze jer! Kenapa satay Eddy ni sedap?
Korang jangan lupa order satay daging dia. Lembut moist dan di grill masak dengan sempurna! Daging ayam pun sedap. Kuah kacangnya yang pekat menambah selera. Sila order lebih risau tengah sedap makan, nak order lagi jenuh menunggu. Selalu ramai sini..!!
5.- Laksa Paling Sedap di KL Selangor
Tengok jangan tak tengok! Nampak sedap kannnn? Kuah nya yang pekat, banyak isi ikan, tambah lak petis, kuahnya pedas tak pedas sangat, sedang elok tahap kepedasannya sampai licin mangkuknya ku hirup. Hadoi . . . Serius recommended!
kat sini selain Laksa sedap, ada perlbagai menu lain jugak seperti Mee Rebus, Rojak Pasembor, Mee Sup, Soto. So far semua sedap. Harga memang murah! Kedai dia gerai tepi jalan jer… Please pegi rasa dan nikmati sendiri!
6.- Chinese Food Sedap wajib cuba di BLUE GINGER
Buat yang suka menu Chinese food style, rekemen korang pi makan di Blue Ginger Restoran yang terletak di Seri Kembangan Selangor. Dah beberapa restoran masakan cina muslim lain Nina dah pegi, Blue Ginger jugak yang menjadi pilihan di hati.
So far restoran ini kena laaa dengan tekak cerewet dan menu menu yang dihidangkan menepati citarasa Nina sekeluarga. Paling sedap Sotong Salted Egg dia. Should try!
Restoran minimlis, simple, kemas. Tak perlu deco serabut hipster bagai. Ada cermin besar transparent, korang boleh nampak chef masak kat dapur. Restoran ini juga dapat A untuk kebersihan.
Harga juga amat berpatutan, serius bukan harga kayangan. Datang nak makan, so feel the food!
7.- Nasi Kandar Vanggey Ipoh
Kalau ke Ipoh, memang wajib pekena Nasi Kandar Vanggey. Tak tau camner nak citer kombinasi kuah-kuah campur dia memang padu! Nak lagi dengan Ayam Goreng Berempah atau Ayam Kicap Berempah.
Buat yang dok KL, Nina cadangkan korang pekena di Ibrahim Syah Nasi Kandar yan terletak di Jalan TAR. Tak payah pi jauh-jauh, korang should try!
Atau korang berdesup ke Penang sebab di sini lah Syurga Nasi Kandar . Takde sapa berani menafikannya!
8.- Asam Pedas Melaka
Ahaa… Melaka memang terkenal dengan asam pedas dia. Tak sah kalau dah sampai Melaka tapi tak makan Asam Pedas. Menurut Fir, katanya Asam Pedas sedap kawwww di Restoran Man Asam Pedas Jalan Jalan Cari Makan – Asam Pedas Sedap Melaka di Restoran Man Asam Pedas .
Tapi Nina paling suka Asam Pedas Claypot Dahliea. Kat sini lebih rasa berbaloi sebab ada pelbagai menu lain yang sedap jugak. Ada masak lemak cili padi telur itik! Perghhh… Korang patut cuba dua kombinasi ini. Dok repeat makan sini kalau cuti-cuti Malaysia ke Melaka Bandar Bersejarah.
9.- Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson
Yang ni Nina suka! Serius tak sangka sedap dan lokasinya tepi jalan Batu 11 selepas Pusat Riadah Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Ayam nya di bakar tapi cukup moist isi dalam nya. Menu yang simple gini memang membuka selera tatkala bercuti ke Port Dickson.
Nasi Ayam Bakar Station
Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson
Operation hours 11:30am – 4:30pm
Isnin – tutup
10. Shell Out
Ramai yang suka makan seafood kannn? Cukup femes makan lambak atas meja ala shell out gitu. Kalau suka konsep gini, korang wajib cuba makan di Shell Out yang terletak di Pandan Jaya.
Seafood yang fresh, kuah pun sedap! Restoran yang selesa dan harga amat berpatutan. Nak datang sini, korang Waze jer gerenti jumpa
Sememangnya Malaysia kaya dengan makanan yang sedap-sedap dan pelbagai pilihan. Dan .. Sekarang ni nak makan sedap tak susah pun..
Semuanya dah mudah tuk korang temui dan lagi memudahkan cara korang boleh jer order food delivery! Mudah sangat. Terus ke depan pintu rumah korang tak kira di mana pun korang berada.. Semuanya di hujung jari semestinya dengan Order Food dari Foodpanda Delivery .
So, kat mana tempat makan menarik yang paling korang suka?
Meh share ngan Nina . . . Manalah tahu , boleh laaa Nina pi terjah dan rasa sendiri kesedapannya..
Ppssttt > > > > Artikel ini berdasarkan pengalaman peribadi Nina. Ikut selera tekak Nina dah pernah rasa. So ianya subjektif dan terpulang pada citarasa setiap individu itu berbeza. Chillx yaaa!
Tempat Makan Sedap Malaysia
Sedapnya makanan2 tu semua kak. Mujur ada FP sekarang kan. Order je boleh sampai depan rumah terus.
Bagusnya!!! Kak nina tq tau. Kdg² pening weekend nak jln nak makan kt mana sini semua ada haaa yeyy
Sedap sangat semua.. Senang bila ade foodpanda.. Delivery depn rumah je
wah semuanya sedappp..paling terliur shellout tu..hihi..blh order guna foodpanda jelah camni..senang..malas nak keluar..
Banyak tempat kita tahu tapi asal nak singgah mmg ramai org.. teringin nk mkn kat nasi bamboo tu..
Ritu baru dok sebut kat hubby i…dah lama tak makan satay.. teringinnyaaa
Nasi vanggey tu…
alamak, kena takde Penang punya tersenarai? huhuhu… klu tak boleh cubaaa
w0w nice. i am loving all these food. the picture is so nice and beautiful
Alarh kak nina. Kenapa sedap² belaka semuanyaaa? Terliur cx tengok haaa. Menarik belaka
wow hanya RM1 untuk nasi lemak sedap! Nak try la since I am near to Seri Gombak. TQ for the info
Naai kandar tu.merecik abis. Mmg sedap esp kalau kuah dia dilambakkan macam tu
arrrrr stress lagiiiii,makanan lagiiiii hahahha
Nampak semua sedap . Harga pun berpatutan. Tq Kak Nina untuk info…senang Sal nak refer. Tengok time lapar ni lain macam rasa..hehehe
dalam banyak2 tempat yang disenaraikan, cuma 3 tempat je dah pernah pergi. nampaknya kena explore lagi nie. banyak tempat2 sedap x cuba lagi
Banyak gak tempat yh ditulis ni kak belum sampai… yg nasi lemak RM1 tu menarik…mudah ke nak cari?
hhehe menarik ni nanti nak pergi la..so far ke sepuluh puluh tempat iena tak pernah pergi lagi..nanti nak cuba betul tak sedap hehe
Semua tak pernah cuba lagi. Boleh buat food hunting.
very beautiful blog and attractive must thanks for share.
Very Awesome tip & points and Help full blog. It really helps me.
Awesome Tips. i read this post many times.. it’s really amazing
Thanks for always sharing here an informative article. Great one!
Thanks for sharing this great article
Thanks, it really useful for me.
thanks for always sharing such a piece of amazing and great information.