Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA
May 12, 2021May 18, 2021

Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA TV3

Kali terakhir Nina tonton lakonan Ungku Ismail dalam Drama Adellea Sofea bergandingan dengan Mira Filzah. Suka tengok gandingan mereka! Dan terkini Ungku Ismail mengarah dalam Drama terbaru di TV3 6pm, bergandingan dengan Julia Farhana dalam Drama SINGLE TERLALU LAMA . Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA
1.1 Related posts:
2 Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...
3 Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu
4 OOpsss....!! Utusan Malaysia.. Blog Pilihan.. CoratCoret Nina..
5 Popia berinti ayam, carrots dan mushroom... bekalan anak-anak ke sekolah

Hurmm . . . Tertanya-tanya jugak, ok ke gandingan Ungku Ismail dan Julia Farhana?
Watak Ungku Ismail sebagai bujang terlajak sesuai laaa ngan karektor dan personaliti beliau. Poyo poyo dia pun sesuai sangat. Terhibur laaa nengok!

Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA

Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA

Andy lakonan Ungku Ismail ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya apabila dia kini menginjak usia 40 tahun. Dah title bujang terlajak gitu. Ibu nya dah bising bising sebab belum ada calon. So ibunya carikan calon-calon untuk Andy. Selepas hadir ke beberapa temu janji yang diaturkan oleh ibunya, Andy hampir berputus asa untuk menemui wanita idamannya. Ada saja yang tak kena di mata Andy. Scene ni best kelakar laaa

Di satu pertemuan ketika di majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine (Julia Farhana), gadis yang menjadi idaman pelajar lelaki semasa belajar. Andy tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan bertunang dengan Jasmine. Amboi … laju sungguh!

Pelbagai dugaan dan cabaran menguji pasangan ini. Lebih merumitkan apabila Andy mendapat tahu Jasmine menyimpan sebuah rahsia.
Jeng jeng Jenggg . . . . Apakah rahsia tersebut?
Setelah dapat tahu rahsia itu, jadi kah Andy meneruskan perkahwinannya dengan Jasmine?

Drama ni cukup santai, relax dan sesekali ada romantik nya. Lakonan Ungku Ismail dan Julia Farhana nampaknya serasi dan chemistry! Not bad. Matching laaaa
Uchee Fukada pun ada dalam drama ni.. Best best! Barisan pelakon lain pun smeua hebat belaka

Nantikan drama bersiri ‘Single Terlalu Lama’ di TV3. Drama arahan Ungku Ismail Aziz, terbitan Radius One Sdn Bhd.

Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA

JUDUL : SINGLE TERLALU LAMA
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:00 petang
SIARAN TV : TV3 (Drama Pukul 6)
PENGARAH : Ungku Ismail Aziz
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin, Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim

WATAK PELAKON
Ungku Ismail Aziz sebagai Andy
Riz Amin sebagai Raiz Amani
Julia Farhana sebagai Jasmine
Noorkhiriah sebagai Habibah
Zila Bakarin sebagai Mahani
Uchee Fukada sebagai Halena
Norman Hakim sebagai Dr.Farid

OST : SENDIRI Anuar Zain
Akhirnya setelah sekian lama, Anuar Zain keluarkan single terbaru. Oh Yes, single terlalu lama
Sesuai ngan Drama ni kannn?

Okies, so far Nina belum jumpa lagi link yang korang boleh tonton online kot terlepas siaran semasa. Ada nanti Nina update tuk korang ehh . . . Anyway best laaa layan drama ni! Biasalah drama dari Radius One selalunya best best.

Related posts:

Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...

Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu

OOpsss....!! Utusan Malaysia.. Blog Pilihan.. CoratCoret Nina..

Popia berinti ayam, carrots dan mushroom... bekalan anak-anak ke sekolah

Drama Movie Lifestyle Review Drama 6pmDrama bestDrama sangatDrama Terbaik 2021Drama TV3Julia FarhanaRadius OneSinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMATonton Drama OnlineTV3Ungku Ismail Aziz

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes