Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua.. Biasanya Raya Pertama pelbagai juadah terhidang atas meja makan. Meriah! Opkos meriah semestinya… Masak Apa Sedap Raya ke2
Tapi bila dah masuk Hari Raya ke2 memasing dah mula lemau. Menu Raya depa ni dah tak pandang dah… Sebelah mata pun tak pandang, apatah lagi nak duduk makan. Kalau letak jugak, confirm tak laku. Huhuuu
Masak Apa Sedap Raya ke2
Dah bosan makan lauk Raya Ketupat Lemang Lotong bagai dah. Nak cari Resepi Paling Mudah Cepat Masak dan gerenti laku licin
Ini antara situasi normal yang terjadi di memana rumah pun kannnn? Elleehhhh… Toksah menafikannya. Kita sendiri pun rasa yang sama. HAhaa.. Keciwa mama penat masak lauk Raya Tahun depan masak yang sama jugak lagi. Mood Raya laaa katakan..
Okies, nak share menu paling di cari, menu paling laku di Hari Raya Ke2
Tadaaaaa

Lauk Paling Mudah Masak
TELUR MATA MASAK KICAP
Coba laaa hidang Telur Mata Masak Kicap sama nasi panas-panas. Confirm laku keras! HAhaaa.. Tak perlu masak beria berejam kat dapur. Ingatkan sorang sebiji dah cukup, rupanya tak cukup!

Lauk Paling Mudah Cepat Masak
SAMBAL BELACAN
Ahaa… hok ni memang pembuka selera!
Kitaorang makan sama bayam brazil jer pun laju anak-anak makan. Krup krap krup krappppp rangup si bayam brazil ni.
Korang suka style Sambal Belacan yang camner?
Resipi Sambal Belacan Sedap confirm jadi by Nina Mirza
Bahan-bahan
Belacan – agak-agak sebesar ibu jari X2
30 tangkai cili padi – nak lebih tambah lagi
5 tangkai cili merah
3 biji limau kasturi – perah ambik air nya aje
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit garam pink dalam 1 sudu besar
Gula sesedap rasa – Nina buh dalam 1 atau 2 sudu besar
Cara buat Sambal Belacan Sedap
Nina suka tumbuk tapi kekadang malas Nina blend jer . Ikut mood.
Kedua-duanya ada beza. Kalau blend sedikit berair dan tumbuk lagi syok makan bila tergigit cili atau tomato sebab tak berapa halus macam blend.
Kalau tumbuk, memula tumbuk cili merah, belacan dan kemudian cili padi. Pastu masukkan tomato yang dah dipoong dadu kecik-kecik. Lenyek-lenyekkan..
Perasakan dengan garam dan gula dan perahan air limau kasturi. Siap!
Memang terangkat laaa cecah bersama ulam-ulaman. Kekadang makan sama nasi panas, ikan goreng garing pun boleh licin seperiuk nasik!
Tak caya cuba!

Lauk Paling Mudah Cepat Masak
IKAN MASAK TAUCU
Bahan-bahan
Beberapa keping Ikan Tenggiri (atau ikan pilihan anda)
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang cili merah – dihiris
1/2 inch halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris kasar utk hiasan
Cara-caranya
1- Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.
2- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan
3- Masukkan taucu dan sos tiram masak hingga mendidih
4- Setelah mendidih, masukkan ikan dan renjiskan dengan sos ikan. Tak payah buh garam sebab taucu dah masin. Kot perlu buh laa sikit garam dan gula secukup rasa. Siap!
5- Sedia dihidangkan bersama nasi putih. .. makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap kalau makan ngan bubur nasi
Korang masak apa Raya ke2?
Kak nina masak apa pun nampak sedap.
nina !!! nampak sedap betul semuanya !! terliur atie.. hee~