Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

KEKASIH HATI MR BODYGUARD
May 17, 2021May 18, 2021

Sinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD Full Episod Akhir Tonton Online

Redza Rosli kembali lagi … Suka lakonan beliau! Terjebak suka lepas tonton drama trending bulan puasa lepas Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU gandingan Intan Najwa yang cantik comel tuu… Suka tengok! Depa berdua ada chemistry sungguh! Setuju tak? KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD
1.1 KEKASIH HATI MR BODYGUARD
1.2 Related posts:
2 Sinopsis drama DUA TAKDIR CINTA lakonan Fasha Sanda dan Azar Azmi
3 Baru tahu rupanya Himalaya Wellness ada Boutique kat Mid Valley!
4 Great Destination for Getaways | This City is Known as the Nearest City to the Border of Malaysia an...
5 NAAN LOUNGE Shah Alam | Ohh Cheesy Cheese Naan. Musnah Diet ku! Huhuuu

Kali ni Redza Rosli bergandingan dengan pelakon baru kot. Sebab tak berapa kerap nampak si dia cantik manis Sharifah Rose. Ada laa nampak lakonan beliau dalam Drama Kisah Cinta Rumi tapi bukan watak utama. Dia jadi bff Rumi. Ok ok laaa lakonan dia. Adakah bakal trending gandingan Redza Rosli sama Sharifah Rose?

KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Sinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Hana Aralyn lakonan Sharifah Rose menjejaki Hadif Akashah (Redza Rosli), seorang bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya.

Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing.

Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak.

“Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?” – Hana Aralyn

Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia!

“Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni.” – Hadif Akashah

Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard!

KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya!

Dan… telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka….
Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya?

Chewah . . . Drama romantik komedi ni ala-ala dram sebelum ni yan Redza Rosli lakonkan. Acah-acah sombong, garang tapi sebenarnya baik hati. So far Nina dah tonton beberapa episod ok laaa boleh layan laa drama ni tatkala takde buat apa di malam hari. Boleh laaa mengembirakan dan mencuit sikit hati ni..

Lakonan Ibu Hadif (Lisdawati) dan para pelakon yang lain memang memantapkan drama ini!
Kalau boleh nak lagi uumpphhh..!! Tak pe kita kasi habis drama, kot laaa tengah dan ending nanti menarik kannn? Layan kannn aje

KEKASIH HATI MR BODYGUARD

KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Drama adaptasi novel ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard ‘ karya Ateen Khalid di Slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan baru Redza Rosli dan Sharifah Rose. Drama terbitan Creative Skill Solution, diarahkan oleh Nizam Zakaria. Menemui penonton pada 15 Mei 2021.

JUDUL : KEKASIH HATI MR BODYGUARD
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 15 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Rabu–Sabtu, 9.00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Ateen Khali
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Creative Skill Solution
PELAKON : Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny, Sara Jasmin, Munir, Karl, Aishah Atan

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
Ungku Hariz sebagai Naim
Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
Lisdawati sebagai Puan Latifah
Shasha Abedul sebagai Najwa
Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
Putera Karl sebagai Umar
Ezzanie Jasny sebagai Lola
Munir sebagai Nizam

Okies, rasanya molek sekali korang tonton dulu di sebalik tabir drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD ni. Ambik feel orang kata.. Rasa onz sesuai laaa korang layan kat TV3 nanti ehh . . . So far belum jumpa lagi link yang korang boleh tonton online kot terlepas siaran semasa. Ada nanti Nina update tuk korang ehh . . . Anyway best laaa layan drama ni!

Related posts:

Sinopsis drama DUA TAKDIR CINTA lakonan Fasha Sanda dan Azar Azmi

Baru tahu rupanya Himalaya Wellness ada Boutique kat Mid Valley!

Great Destination for Getaways | This City is Known as the Nearest City to the Border of Malaysia an...

NAAN LOUNGE Shah Alam | Ohh Cheesy Cheese Naan. Musnah Diet ku! Huhuuu

Drama Movie Lifestyle Review Drama Adaptasi NovelDrama sangatDrama Terbaik 2021Hadif AkashahHana AralynKEKASIH HATI MR BODYGUARDLisdawatiRedza RosliSharifah RoseShasha AbedulSinopsis DramaSinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARDSlot LestaryTonton Drama OnlineTV3Ungku Hariz

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Milesasdmith says:
    June 10, 2021 at 3:39 pm

    Thanks for sharing the article, and more importantly, your personal experienceMindfully using our emotions as data about our inner state and knowing when it’s be https://vidmate.onl/ tter to de-escalate by taking a time out are great tools. Appreciate you reading and sharing your story, since I can certainly relate and I think others can too

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes