Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN
October 14, 2014March 16, 2023

Ssyyhh… Nina sorok pisang! Motif? Nak buat Apam Pisang Gebus Moist

Ssyyhh… Nina sorok pisang! Motif? Nak buat Apam Pisang Gebus Moist.  Apa aje lah Nina ni. Pisang pun nak sorok! HAha.. Harus lah! Kalau tak sorok mana kan terhasilnya Resepi Apam Pisang gebus hari ni.

Isi Kandungan hide
1 RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN
2 Related posts:
3 Kuih Cara Manis Berwarna-warni~
4 Orange Cake Blended. Paling simple, paling senang dibuat~
5 Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan
6 Tepung Pelita - tak perlu tunggu Ramadhan daaa sekarang 🙂

Dah lama Nina  tak buat kueh mueh tradisional. Tapi nak buat kueh apa ehh…? Tetiba teringat nak buat apam. Sedapnya makan sambil cecah sama kelapa parut. Lemak manis gitu…. Buat minum petang memang sesuai sangat. 

Lepas aje masak apam pisang ni, suam-suam gitu Eilyana dah bawak lari 3-4 ketul. Manakan tidak, tau-tau ajer dah kurang kat atas meja. Nina lak dah belasah 4-5 ketul sebelum Geng balik keje. Sedapp..!! Gebu, lembut dan tak berapa manis. Saya suka.. saya suka…!!

Masa MyGang makan apam nie, dia siap tanya  “Mana dapat pisang, bila beli?”
Jeng jeng jengg
Nina sorok tapi tak jawab – diam ajer Hehehee . . . .

RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN

Resepi ini Nina refer kat blog sifu yang tak lain tak bukan Che Mat Gebu aka tiffinbiru.com
Terima kasih banyak Che Mat di atas perkongsiannya.  Izinkan Nina panjangkan resepinya kat teratak Nina yea.
Nina buat 1 1/2 adunan. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya

RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN

Bahan-bahannya
170 gram pisang montel (kurang lebih 3 biji)
1/4 cawan gula perang
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh garam
1 cawan tepung gandum
100 ml minyak jagung (atau minyak sayuran)
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen pisang (Nina tak letak pasal tak der)
Cara buat Apam Pisang Sedap Moist
1-  Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Pisang dilecek bersama garam dan soda bicarbonate hingga lumat. Ketepikan. Dalam mangkuk adunan, masukkan telur, gula perang dan minyak jagung. Kacau dengan whisk hingga berkrim dan gula hancur.
2-  Masukkan pisang lecek, gaul rata dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Rehatkan 10 minit.
3-  Kemudian isikan ke dalam acuan apam yang telah disapu sedikit minyak (atau che mat guna bekas aluminium seakan2 muffin cup dan che mat alas dengan paper cup bersaiz sederhana) dengan adunan 3/4 penuh. Buat hingga siap.
4-  Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk mendapatkan apam yang merekah permukaannya. Sejukkan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam atau dimakan begitu sahaja.

Apam Pisang sedap pakai pisang apa?

CATATAN MAT GEBU :- Selain pisang montel, anda boleh ganti dengan pisang embun atau pisang emas. Dan untuk memudahkan cara, anda boleh timbang pisang tadi sebelum dilecek, pastikan timbang pisang yang tanpa kulit. Kalau anda kukus guna loyang, tempoh mengukus lebih lama kurang lebih 35 minit. Selamat mencuba!!

Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sedap Mudah. Blend aje

Kat rumah Nina nie pantang ada pisang, laju je licin!. Disebabkan itu, diam-diam Nina simpan sorok  dalam 4-5 biji dalam fridge dan ada masa Nina pun buat apam pisang. Ada sebelum nie, Nina buat muffin pisang tapi tak done nak snap picture sharekan resepinya, tau tau dah licin.
Tapi dah pernah share  Resepi Muffin Pisang  dan kalau nak buat cake pisang yang sedap dan cepat siap lak boleh refer Resepi Kek Pisang Viral Moist Sedap Gebu Sukatan Cawan  Nina rekemen korang cuba sebab ini lah resepi kek pisang viral ni paling mudah. Blend aje!
Resepi Lepat pisang mudah

Selain tu, Nina pun suka buat Lepat Pisang ikut Resepi Lepat Pisang Mudah ni. Sebab resepi lepas pisang ni ada inti kelapa. Mmmm… Nikmat makan! Kalau korang suka Pisang dibikin apa buat menu minum petang?

 
 
 
 

Related posts:

Kuih Cara Manis Berwarna-warni~

Orange Cake Blended. Paling simple, paling senang dibuat~

Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan

Tepung Pelita - tak perlu tunggu Ramadhan daaa sekarang 🙂

Resepi apam pisangcakekudap kudapankueh mueh tradisionalKuih Muih Warisan Kitamenu minum petangresepi mudahresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. inahar ali says:
    October 14, 2014 at 12:49 pm

    fuiyoo..tgk gambo pun dah tau apam tu tersgtla moist & gebuss kan nina..boleh kenen 2 ketui ek! hehe!

    Reply
  2. FARAH deeb says:
    October 14, 2014 at 2:54 pm

    Owhh temptingnyaaaa la haiii…! Tengok orang buat potato fritters, nak buat potatot fritters. Tengok orang wat apam pisang, dah tingin nak wat apam pisang pulak! Kahkah, bile nak abes berangan lah si Farah ni ntah! Jemput Singgah: Apa Nak Masak Bila Raya EK?

    Reply
  3. Sury Abil says:
    October 14, 2014 at 3:35 pm

    Asslmkum…oww..tau ler naper dia sorok pisang tu ek…kalau x sorok x jd apam yg gebus tu kan…kite pun klu beli pisang kena sorok gak..kalau dak x jadi kuih.hehhe

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    October 14, 2014 at 4:23 pm

    Sis InaHar Ali,
    buleh buleh…. 2ketul ajer tau! sat naa…. nina cepat-cepat simpan tepi
    kalau tak dah licin! hehee . . . .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes