Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Cara Masak Ikan Siakap Masak Lemak Santan Super Light Ayam Brand Malaysia
November 14, 2019November 14, 2019

Sedap rupanya Ikan Siakap Masak Lemak

Korang suka tak makan masak lemak? Selalunya apa bahan utama untuk masakan masak  lemak kegemaran korang? Ikan ke, udang ke, sotong ke, ketam ke… Kalau ikan, ikan apa yang sedap di masak lemak kan?

Isi Kandungan hide
1 Resipi Ikan Siakap Masak Lemak Santan Super Light Ayam Brand
1.1 Apa yang menarik dengan Santan Super Light Ayam Brand Malaysia ni…
2 Related posts:
3 RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU kek paling mudah tanpa oven. Resipi viral wajib cuba!
4 Adab Menguap ... Huarghhh ......tutup mulut tau nanti lalat masukkkk!! Hehee
5 Ubat Demam jadi Racun jika.......
6 Kelab Blogger Ben Ashaari : Bloggers DayOut "Family Day" : 1st day aktiviti

Kalau Nina selalunya menu masak lemak ni Nina masak Ketam Masak Lemak  tapi ada gak kekadang ikan  masak lemak. Tapi kat rumah Nina, menu masak lemak paling top jatuh kepada  ayam masak lemak. Dan . . . taste depa anak beranak paling suka Ayam Masak Lemak Hijau

Baru-baru ni dok bukak katup peti ice tak tau nak masak apa. Dah beberapa kali ku tenung ikan siakap ni. Nak masak 3 rasa macam baru jer masak tu ari, dan … Tu hari pun baru jer masak Ikan Stim.

Resipi : Ikan Stim Lemon Ala Thai Sedap

Puas dok mikir akhirnya ku masak lomak jer Ikan Siakap tu.. Not bad! Sedap jugak
Bezanya kali ni Nina tak letak daun kunyit tapi digantikan dengan daun bay.

Resipi Cara Masak Ikan Siakap Masak Lemak Santan Light Ayam Brand

Resipi Ikan Siakap Masak Lemak Santan Super Light Ayam Brand

Bahan-bahan
2 ekor ikan Siakap saiz sederhana – potong beberapa potongan
3 batang serai – dititik
2 helai daun bay
1 kotak Santan Light Ayam Brand
Air secukupnya
2 biji tomato
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
Beberapa biji cili – suka pedas berapi, buh cili padi kampung
1 inci kunyit hidup – tak de lak stok, Nina buh serbuk kunyit jer
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara masak
1. Ikan dibersihkan kemudian di tos dan diketepikan.
2. Masukkan bahan yang dikisar dalam periuk, kemudian masukkan air secukupnya dan serai. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian tuang santan kacau perlahan. Biar mendidih. Kali ni Nina pakai  segera, Santan Light Ayam Brand. Lagi sedap dan kurang kolestrol.
4. Bila dah mendidih, masukkan ikan, tomato, daun bay dan asam gelugor
5. Perasakan dengan garam dan sikit gula secukup rasa. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana.
6. Dah masak tutup api dan hidangkan… Nyummy!

Tu hari jalan-jalan kat Giant, promoter ni kasitau ada offer Santan Kotak baru dari Ayam Brand. ‘Santan Super Light’
Sebelum ni Nina memang pengguna santan kotak Ayam Brand.

Dah namanya offer, Nina beli masa tu 2 kotak RM5. Murah kannn…? Rugi laaa tak rebut peluang yang ada. Biasalah MakMak. Hehe…

Apa yang menarik dengan Santan Super Light Ayam Brand Malaysia ni…

• 75% kurang lemak dari santan biasa⁣
• Bebas kolestrol⁣
• Namun masih mengekalkan rasa dan aroma yang sedap sama seperti santan biasa.⁣
• Nina suka jenis gini sebab jenis Kotak Tetra Pek ni ada penutup, lebih bersih dan mudah digunakan.
• Dan lagi kuantiti nya sekotak 330ml lebih banyak dan memudahkan urusan masak.
• Lebih jimat!

Part masak ni,  yang senang senang jer Nina masak , yang payah memang tak payah laaa korang akan  jumpa dalam blog Nina ni. Maklumlah Nina bukannya chef. Masak pun masakan ala Mak Mak kat rumah jer…

Tapi lumrah MakMak,  ada masa Nina beli kelapa dan  mintak kedai parutkan.  Sesekali style lama jangan dilupakan.  Tapi  bila selalu nak cepat,  memang akan ada stok santan kotak kat rumah Nina dan cara ni pun mempercepatkan urusan masak memasak Nina.

Nina lebih yakin dengan kualiti santan kotak sebab dah beberapa kali terkena santan fresh basi. 😭 dah laaa masakan rosak,  penat masak.  Rugi lagi tau!  Korang pernah alami tak?

Oh ya.. kot korang nak try resipi lain-lain dari Ayam Brand Malaysia, korang pi laaa intai kat
Facebook Page : Ayam Brand Malaysia

Sapa dah cuba Santan Super Light Ayam Brand? Meh share…

Related posts:

RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU kek paling mudah tanpa oven. Resipi viral wajib cuba!

Adab Menguap ... Huarghhh ......tutup mulut tau nanti lalat masukkkk!! Hehee

Ubat Demam jadi Racun jika.......

Kelab Blogger Ben Ashaari : Bloggers DayOut "Family Day" : 1st day aktiviti

Lifestyle Resepi Review Ayam Brand MalaysiaIkanIkan Siakap Masak Lemakresipi mudahsantan kotakSantan Super Light Ayam BrandSeafood

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (16)

  1. Nik nurehan says:
    November 14, 2019 at 10:42 am

    Boleh cuba nih! Ikan siakap ni blh beli kt tesco nanti.

    Reply
  2. Min says:
    November 14, 2019 at 12:53 pm

    Tak pernah try lagi siakap masak lemak. Lepas baca entry ni terus rasa nak buat

    Reply
  3. Aisyah says:
    November 14, 2019 at 5:00 pm

    nampak sedaplaa.. selalunya klu masak lemak saya mkn ayam masak lemak, so nmpk menarik klu guna ikan plak

    Reply
  4. nurul aqidah azahar says:
    November 14, 2019 at 7:33 pm

    ikan siakap memang sedap masak lemak. jarang sgt memasak. selalu ikan siakap ni wt masa 3 rasa atau buat masak stim. sedap tu..terliur plak rasa

    Reply
  5. MAISARAH IBRAHIM says:
    November 14, 2019 at 8:27 pm

    wahhh nampak sedap la siakap masak lemak tu boleh lah lepas ni try buat sendiri hehe

    Reply
  6. Mama Kembar Tiga says:
    November 15, 2019 at 7:30 am

    I selalu guna santan kotak ja bila masak, sebab tak pandai perah santan fresh hahahah. Tapi tak pernah guna lg yg Ayam Brand ni, nnt leh laa try.

    Reply
  7. Mohamad Khairil Bin Hassan says:
    November 15, 2019 at 8:24 am

    Terima kasih atas resepi yg diberikan. Walaupun saya tahu yg saya tak akan masak, sebab tak reti. Tapi memang nampak sedap.

    Reply
  8. Dik bee says:
    November 15, 2019 at 10:18 am

    Sy pun guna santan super light ayam brand ni. Walaupun 75% kurang lemak tapi tak effect rasa pada makanan. tetap sedap. lagipun santan ni mudah simpan kalau tak habis guna sebab pek dia yang mudah disimpan.

    Reply
  9. farah wahida says:
    November 15, 2019 at 3:33 pm

    masak sup pun sedap ikan siakap nie..

    Reply
  10. Slumberlady says:
    November 15, 2019 at 7:35 pm

    Selama ni tahu ayam, udang dgn ketam je utk masak lemak. Ni ada resepi ikan siakap boleh try. Bosan juga asyik stim dgn 3rasa. Hehe.

    Reply
  11. Ayi Rafikah says:
    November 16, 2019 at 9:56 am

    Nampak cara nina masak pun sedap. Teringin nak masak lemak jugakla hehe. Tapi santan ni bagus kan utk kesihatan

    Reply
  12. mekyunie says:
    November 16, 2019 at 10:10 am

    wow. first time dengar siakap di masak lemak. biasanya 3 rasa, stim limau (alamak dah kecur ayaq lioq). another menu yang boleh dicuba untuk keluarga.

    Reply
  13. TENGKUBUTANG says:
    November 16, 2019 at 11:03 am

    wah.. 1st time dengar Ikan Siakap Masak lemak .. boleh try ni.. mesti sedap.. buat plak pedas2.. hubby mesti suka ni

    Reply
  14. Hanny Abdullah says:
    November 18, 2019 at 12:36 am

    Kat rumah sis ni kalau masak ikan masak lemak ke, masak kari ke..memang tak laku, kalau ayam fuhh laju je habis, sebab tu kat rumah ni ayam sentiasa ada dlm freezer, ikan tak ada tak apa

    Reply
  15. Wan Syahida says:
    November 21, 2019 at 10:31 am

    Wah menarik masakan lemak ni.. tapi anak2 saya tak gemar la ikan. Nanti tak laku pulak. Sudahnya asyik masakan ayam aje lah.. goreng2

    Reply
  16. Wui Kathy says:
    December 29, 2019 at 10:29 am

    Mouse mommy pun suka Santan Ayam Brand ni, kurang kandungan lemak , tapi wangian santan tu mmg menyelerakan!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes