Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tips buat Vanilla Muffin Mudah Senang
September 26, 2012March 11, 2023

Resepi Muffin Vanilla dan Tips Cara buat Muffin Gebu cantik

Morning korang!  Kerap juga yang bertanyakan tentang Resepi Muffin Vanilla dan tips cara buat muffin vanilla yang sedap gebu cantik kejadian nya  kat Nina. Maybe korang dok tengok Nina asyik buat muffin kot ehh..  Actually Nina bukannya expert sangat pun buat muffin ni. Masih banyak yang perlu Nina pelajari lagi. Tak per laaa, Nina sharekan serba sedikit info yang Nina sedia guna pakai selama Nina buat muffin. Kita belajar sesama lah ehh

Isi Kandungan hide
1 MUFFIN
2 Tips cara buat muffin sedap mudah gebu ala kenny rogers
2.1 Resepi Muffin Vanilla Sedap Mudah Tips Cara buat muffin vanilla yang sedap gebu cantik Ala Kenny Rogers
2.1.1 Cara buat Muffin Vanilla Ala Kenny Rogers
2.2 Related posts:
3 Resepi Daging Korban Goreng Berempah simple mudah ... Lembut, moist, sedap !! Asyiknya makan..
4 Cara mudah masak KETAM MASAK LEMAK sedap..
5 Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka...
6 RESEPI ICE CREAM OREO HOMEMADE TANPA TELUR | Guna 5 bahan aje

Pagi ni Nina buat muffin untuk breakfast Nina dan anak-anak. Anak Nina yang bongsu – EilYana suka makan muffin  dan dia suka sangat bila muffin dah siap masak panas-panas tu sukahati dia cilok bawak lari .!! Nanti tau-tau ajer dah kurang. Hehehe ..Hhhrrmmm …..

MUFFIN

Secara asasnya, muffin ni menggabungkan bahan kering dan bahan basah dan kemudian gaul, bakar dan makan! Senang sangat dan tak perlu hand mixer atau stand mixer bagai. Menggunakan kaedah kaup balik. Guna spatula atau senduk ajer…

Cara penggayaan pula, terpulang pada setiap individu, samada nak pakai bekas cupcakes yang menarik, kertas cake yang nipis lagi murah ataupun tanpa berbaju ala-ala seksi gitu. Ooppsss! maksudnya, guna direct loyang muffin tanpa sebarang alas. Kat overseas depa suka style gituu…… (senang nak makan kott) hehee  . . . . Paling sedap makan masa panas-panas baru keluar dari oven. Part atasnya ranggup! Walla~

Tips cara buat muffin sedap mudah gebu ala kenny rogers 

  • Nak buat muffin nie kena pastikan oven betul-betul panas baru lah masukkan adunan dalam oven. Panaskan lebih kurang 20 minit gitu..
  • Selain dari itu, perkakas untuk bahan kering kena pastikan betul-betul kering.
  • Bahan kering (bahanB) kena digaul rata keseluruhannya sebelum buat lubang ditengah. 
  • Sementara bahan cecair (BahanA) pula, kena pastikan ianya betul-betul dipukul rata dan sebati kesemuanya baru lah dituang kat tengah lubang bahan kering (BahanB) tadi.
  • Hah! Sebelum tuu….. yang paling penting sekali :::: Telur tuu dibuang tali pusatnya! Supaya nanti muffin kita tak hanyir.
  • Sebaiknya jangan masukkan terlalu banyak muffin yang nak dibakar dalam oven. Ikut kebesarannya oven anda. Jangankan nak cepat dok sumbat semuanya dalam oven. Gelojoh namanya tuu hahaa
  • NO NO NO ehh ….. kesabaran tuu perlu. Kalau tak percaya, try masukkan 9-12 biji muffin sekali gus dalam oven then bakar dan kemudian next round masukkan pula 5-6 ajer biji muffin. Tengokkan hasil ketinggian dan kegebuan nyer nanti.  (bergantung besarnya oven anda – janganlah oven besar dok masuk 5-6 biji ajerr ehhh…) Ini kerana kuantiti muffin yang berada dalam oven bersaling kait dengan kepanasan suhunya.
  • Kalau nak muffin naik tinggi membukit dan cantik, haruslah buh 3/4 adunan dalam cup. 
  • Masa pembakaran muffin nie, Nina guna api atas bawah. Oven Nina sememangnya tiada kipas so untuk sesapa yang ovennya ada kipas tuu sila lah tutup kipas tersebut. (setahu Nina, kipas amat sesuai untuk biskut) Maaf lah kalau salah ehh ….. hehee
  • Adunan muffin sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau adunan terlalu cair, haruslah dimasukkan 1/2 adunan sahaja dalam cup. Jika dituangkan 3/4 adunan dalam cup, nanti akan melimpah dan kejadian muffin tersebut tu nanti tak naik membukit. 

Buat masa nie, setakat ini yang mampu Nina sharekan tips-tips nya…. Nanti kalau ada lagi tips Nina kongsikan lagi yea…..

Muffin juga boleh diubahsuaikan bahan sampingan mengikut citarasa masing-masing. Antara yang Nina dah pernah buat dan selalu dok ulang gunapakai resipi muffin yang sama. 
  • Resepi Muffin Orange, Resepi Muffin Coklat Sedap , Resepi Muffin Vanilla with Corn & Almond, Resepi Vanilla muffin with Almond dan juga Resepi Muffin Pisang Choc Chips. Banyak lagi.. Korang boleh cari dan selongkar dengan cari butang search dalam blog Nina ni. User friendly blog Nina, senang korang cari resepi atau apa jua dari button search. View dari phone korang kena scroll sampai bawah, view dari laptop kat tepi kiri ni je. InsyaAllah moga ianya sedikit sebanyak  membantu korang. Aamiinnn

Resepi Tips membuat muffin vanilla sedap mudah

Resepi Muffin Vanilla Sedap Mudah
Tips Cara buat muffin vanilla yang sedap gebu cantik Ala Kenny Rogers

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis – Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.

Cara buat Muffin Vanilla Ala Kenny Rogers

  • Panaskan oven pada suhu 180c-190c
  • Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  • Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
  • Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
  • Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
  • Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  • Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
  • Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

Sedia dihidangkan.

Gambar Step by Step Cara Buat MUFFIN VANILLA Sedap

Ini gambaran step by step cara buat muffin.  Moga-moga gambaran ini dapat membantu buat yang tak berapa jelas akan cara penyediaannya. 
(Nina tertinggal gambar adunan bahan cecair (bahan A) disatukan. Terlupa nak snap) lain kali lah yea…
hehee ….

Happy baking

Related posts:

Resepi Daging Korban Goreng Berempah simple mudah ... Lembut, moist, sedap !! Asyiknya makan..

Cara mudah masak KETAM MASAK LEMAK sedap..

Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka...

RESEPI ICE CREAM OREO HOMEMADE TANPA TELUR | Guna 5 bahan aje

Resepi doorgiftkudap kudapanmenu minum petangMuffinMuffin Ala Kenny Rogersmuffin vanillaResepiresipiTIPS Ccara buat Muffin sedap gebuTips dan Petuatips dari dapur

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (61)

  1. FARAH deeb says:
    September 26, 2012 at 10:28 am

    Waa cantiknyaaa… wajib sodap nih! Hehe…
    My latest Entry 🙂
    WW: Alhamdulillah! Saya OK!

    Reply
  2. CT Delima says:
    October 1, 2012 at 9:10 am

    As'salam Nina comel… sekarang dah jadi cikgu masak2 pulak ya hehehe. terima kasih berkongsi tip2 yang baik. boleh lah k.ct belajar nanti dengan Nina hihi

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    October 1, 2012 at 8:43 pm

    As'salam Farah..

    Terima kasih.. sedap atau tak kena lah mencuba resepi nie
    hehehe….
    Insya'Allah tak akan mengecewakan 🙂

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    October 1, 2012 at 8:47 pm

    Wa'alaikumussalam Kak CT cayangg…..

    Aduyai kak, Nina tak layak digelar cikgu masak2. Masih banyak yang Nina kena pelajari lagi.. Nina pun sekadar berkongsi apa yg Nina tahu dan praktikkan ajer..
    Nina nak tuntut ilmu ngan kak CT. Bila akak free? hehee….

    Reply
  5. yatie bumblebee says:
    February 12, 2013 at 9:47 pm

    Tq kak nina krn tunjuk ajarku sifu…hehehe…tunjuk care wat muffin…da la sedap giler muffin akk nie…ni tgh cuti…ley la gadak esok…dpt wat mkn esok…hehehe

    Reply
  6. Azie Kitchen says:
    March 20, 2013 at 10:18 pm

    Insya Allah nak cuba resepi Nina ini

    Reply
  7. Nina Mirza says:
    March 20, 2013 at 11:34 pm

    Selamat mencuba Azie ….
    Moga menepati citarasa Azie nanti 🙂

    Reply
  8. Anonymous says:
    April 22, 2013 at 1:15 pm

    kalau kurangkan sukatan gula nya boleh x? hehehe

    Reply
  9. Nina Mirza says:
    April 22, 2013 at 5:32 pm

    boleh ajerr kalau nak dikurangkan sukatan gulanya..
    cuma resepi nie dah sedia ok manisnya (tak berapa manis)
    hehee

    Reply
  10. cik aina ^_~ says:
    April 23, 2013 at 1:56 am

    cntik..cntik..cntik..nk cuba ye..
    trima ksih ats pkongsian ilmu..

    Reply
  11. Nina Mirza says:
    April 23, 2013 at 11:31 am

    Cik Aina ,
    sama-sama & selamat mencuba!
    Moga menepati citarasa Cik Aina sekeluarga 🙂

    Reply
  12. Fatimah says:
    April 23, 2013 at 1:55 pm

    Assalamualaikum Nina, saya nak tanya apa sebab permukaan muffin yang lembap bila keesokkannya harinya ya, terima kasih…

    Reply
  13. Nina Mirza says:
    April 23, 2013 at 3:52 pm

    Wa'alaikumussalam Fatimah,
    memang muffin keesokkkan harinya akan lebih moist dan lembab. Ini kerana tindak balas minyak yang digunakan. Kalau kurang gemar boleh dikurang sikit kuantiti minyak tersebut ataupun digantikan minyak kepada butter.

    Reply
  14. Fazliana Jamil says:
    April 30, 2013 at 11:25 pm

    nampak mcm mudah tapi klu try ni entah jadi x.. hehe…

    Reply
  15. Nina Mirza says:
    May 2, 2013 at 10:05 am

    Fazliana,
    muffin antara resepi paling mudah… kaup balik ajer
    tak perlukan mixer 🙂
    Cubalah …. In Syaa Allah menjadi
    tak cuba tak tahu kannnnnn
    hehe

    Reply
  16. MamaOnnee says:
    June 5, 2013 at 3:33 pm

    baru cuba2 nak try buat muffin,.,…hehehe..boleh try mlm nanti tq

    Rahsia Anak Pintar

    http://www.honeyonnee.com/search/label/Kesihatan%20Kanak-Kanak

    Reply
  17. Anonymous says:
    June 10, 2013 at 9:33 am

    Thanx wat muffi 25 sept….. My birthday…;-)

    Reply
  18. Kamalia Liyana says:
    August 10, 2013 at 6:16 am

    salam kalau tak de susu segar tapi gnti dengan susu tepung boleh ke?

    Reply
  19. Nina Mirza says:
    August 10, 2013 at 10:35 pm

    Wslm Kamalia…

    Secara jujur, Nina belum pernah guna bancuhan guna tepung. Selalunya kalau tak der susu segar Nina gantikan dengan susu UHT. Rasanya tiada masalah kalau nak guna bancuhan susu tepung….
    In Syaa Allah, menjadi~~
    Selamat Mencuba!

    Reply
  20. Mazaya J. says:
    August 11, 2013 at 9:32 pm

    Macam sedap je, tak sabar nak Cuba.

    Reply
  21. Nina Mirza says:
    October 14, 2013 at 11:18 am

    A'salam Azifa Husna,
    selepas 20minit – try cucuk lidi dalam muffin… kalau lidinya keluar bersih tandanya dah masak
    dan kalau masih ada adunan kat lidi tambahkan masa baking dalam 3/5minit lagi..

    Reply
  22. Ctmariam Mariam says:
    October 18, 2013 at 11:25 pm

    Brapa lma muffin ni bleh than ye? Smmgu ok tak?

    Reply
  23. Aina Syahirah says:
    November 11, 2013 at 3:39 pm

    This comment has been removed by the author.

    Reply
  24. Anonymous says:
    November 11, 2013 at 3:52 pm

    kalau gune susu cair boleh x?

    Reply
  25. Nina Mirza says:
    November 14, 2013 at 12:26 am

    Ct Mariam,
    Ketahanan muffin nie bergantung pada cara penyimpanan
    Nina pernah try simpan dalam bekas kedap udara suhu bilik – 5hari still ok
    Kalau simpan dalam fridge, lagi lama ketahanannya (15minit before makan keluarkan dulu ke suhu bilik)

    Reply
  26. Nina Mirza says:
    November 14, 2013 at 12:31 am

    Susu cair boleh juga
    Kalau Nina guna susu cair Nina akan kurangkan sikit sukatan susu cair dan campur sikit ngan air masak sebab susu cair agak lemak manis berbanding susu segar atau susu UHT

    Reply
  27. Anonymous says:
    June 11, 2014 at 10:59 pm

    Pakai gula kastor ke?

    Reply
  28. Nina Mirza says:
    June 16, 2014 at 3:50 pm

    Nina gunakan gula halus. Gula biasa pun boleh.
    kalau gula kastor – kurangkan sikit kuantitinya sebab gula kastor lebih manis

    Reply
  29. Anonymous says:
    July 12, 2014 at 12:27 pm

    Assalam. Terima kasih sebab berkongsi tips ni. Semoga dimurahkan rezeki akak. Amin. 🙂

    Reply
  30. Mariam says:
    July 13, 2014 at 2:43 pm

    Pakai tepung kek boleh tak? TQ

    Reply
  31. Nina Mirza says:
    July 14, 2014 at 12:58 am

    Wa'alaikumussalam Mariam
    Boleh pakai tepung kek. Pasti lagi sedap.
    Kalau tepung nail sendiri tak perlu tambah baking power yea…

    Reply
  32. Mariam says:
    July 17, 2014 at 3:18 pm

    Terima kasih����

    Reply
  33. Anonymous says:
    August 5, 2014 at 12:59 pm

    salam….klau kita tukar minyak ke butter…..berape sukatan butter? time kasih…in advance

    Reply
  34. Nina Mirza says:
    August 5, 2014 at 4:18 pm

    Wa'alaikumussalam,
    Cair kan butter dan ikut sukatan resepi. Cuma kurangkan sikit kuantitinya.
    Garam tak perlu sebab dalam butter sudah sedia rasa masin.

    Reply
  35. Anonymous says:
    August 23, 2014 at 11:00 pm

    assalam..
    kalu sy nk plain vanilla muffin tu warna warni, ble x sy masukkan sedikit pewarna ke dlm adunan tu last sekali?

    Reply
  36. Nina Mirza says:
    August 23, 2014 at 11:52 pm

    Wa'alaikumussalam
    Sebaiknya kalau nak letak perisa/warns, campurkan sekali bersama bahan A (susu)
    Kalau letak last, muffin akan over mix dan resultnya maybe muffin keras dan tak gebu.

    Reply
  37. Anonymous says:
    August 27, 2014 at 2:00 pm

    Salam…
    Kak nina saya nak tanya? Klu sy guna oven hitam yg guna dapur gas blh ke?

    Reply
  38. Nina Mirza says:
    August 27, 2014 at 3:51 pm

    Wa'alaikumussalam,
    Pertama sekali … Maaf Kak Nina kurang pasti oven hitam tu cuz tak pernah guna
    2) jika oven tersebut ada control suhu – mengikut suhu yg sepatutnya should be ok, boleh jer guna

    Reply
  39. Anonymous says:
    October 15, 2014 at 7:01 am

    Assalamualaikum Kak… Kalo guna kukus leh x resepi ni?

    Reply
  40. Emily Ignatius Looi says:
    October 30, 2014 at 11:07 pm

    Akk resepi yg akak bg ni, muat wat brp muffin? Thk

    Reply
  41. Nina.Mirza Mirza says:
    October 31, 2014 at 8:53 am

    Emily, kalau cup size M boleh dpt dalam 24biji muffin

    Reply
  42. miss nobody says:
    December 10, 2014 at 12:58 pm

    assalam
    boleh x tukar minyak sayuran dengan minyak masak biasa je?

    Reply
  43. Nina Mirza says:
    December 10, 2014 at 1:23 pm

    Wa'alaikumussalam…
    Yup, boleh ajer digantikan sama minyak masak
    Cuma resultnya kalau guna minyan jagung lagi uummphh moistnya….

    Reply
  44. Anonymous says:
    December 10, 2014 at 9:41 pm

    Nak tnya acuan shell tart utk muffin tu saiz brapa ya,sy ada acuan tart shell saiz 5cm

    Reply
  45. Nina Mirza says:
    December 11, 2014 at 12:34 am

    Sama kot…..cuma yg pasti, paper cup Nina guna size 8

    Reply
  46. Anonymous says:
    December 15, 2014 at 11:59 am

    terima kasih nina,
    saya dah buat ikut resepi ni, guna acuan sheel tart saiz 5 cm-saiz 7 utk papercup, memang naik cantik je muffin, tq atas petua buat muffin ni…sy buat utk aqiqah anak buah memang sedap

    Reply
  47. Nina Mirza says:
    December 15, 2014 at 6:48 pm

    Sama-sama…
    Alhamdulillah…. Tahniah! Nina tumpang happy 😉

    Reply
  48. Badariah Umar says:
    December 25, 2014 at 9:09 pm

    Detail penerangan dr nina.
    Salam perkenalan.
    Cuma nk tanya…nina guna oven brand apa. Saya guna zanussi…kot sama senang saya setting ikut setting yg nina mention td…

    Tq 😉

    Reply
  49. Dilla says:
    March 25, 2016 at 8:44 pm

    Nina….Saya nak buat muffin..tp susu segar habis…boleh guna susu pekat ke…

    Reply
  50. Suriyani says:
    March 30, 2016 at 9:36 pm

    Assalam nina,sy dh try buat lepas berbuka puasa td Menjadi,cantik naiknye&sedap!sy kurangkan gula kpada 3/4cwn je sbb esok nak bagi mentua,mentua xbole mkn manis..anyway tq nina atas rcp&penerangan

    Reply
  51. Roz says:
    June 17, 2017 at 2:12 pm

    11/4 cawan tu sama dengan brpa sudu eh ?

    Reply
  52. Annaz Mohd says:
    September 16, 2017 at 6:56 pm

    Dah try buat…sedap.
    Tq syer resepi

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      September 18, 2017 at 12:22 pm

      Alhamdulillah… Tumpang happy!
      Sama² kembali

      Reply
  53. RULI SHAMLAN says:
    January 25, 2018 at 11:19 am

    Salam SiS nk tnya.. kalau kita guna MIXER utk buat adunan basah…apa akan jadiii pada MUFFIN… I means kejadian rupa MUFFIN…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 25, 2018 at 6:12 pm

      Wa’alaikumussalam
      Nina tak permah cuba. Cuma rasanya method pukul sampai gebu kemungkinan tak jadi tekstur muffin tapi jadi macam cake kegebuan nya. Kek span

      Reply
  54. Fatehah says:
    February 6, 2018 at 11:42 pm

    As’salam.sis nk tya mmg muffin dia x kan mengembang byk sgt K?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 6, 2018 at 11:52 pm

      Wa’alaikumussalam Fatehah,
      Yup… Tak berapa. Kembang sangat. Sikit padat tapi lembut gebu

      Reply
  55. Fiza says:
    October 5, 2018 at 8:59 pm

    Salam puan..tq resepi..cuma sy musykil gula dlm bahan b..maknamya gula pon diayak skali ngan tepung ke? Gula pasir x leh guna laa ye?

    Reply
  56. Dzuriana says:
    October 19, 2018 at 2:23 pm

    Gula tidak perlu dihancurkan? Biasanya gula dipukul dengan telur …

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 19, 2018 at 3:26 pm

      Dzuriana,
      Tak perlu, teknik muffin memang gini. Bahan kering di satukan, bahan basah disatukan asing
      Kemudian baru keduanya di gaul kaip balik.
      Nanti result akan dapat muffin yang gebuss….
      Muffin tak sama macam kek gebusnya.

      Reply
  57. Shanie says:
    July 11, 2020 at 6:36 pm

    Sy dh try 2 kali buat muffin ikut resepi sis memang jadi.tq sgt2

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes