Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
January 10, 2012July 9, 2023

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Daging ohh daging! Sapa suka makan daging? Tahu tak Nabi Muhammad SAW pula pernah bersabda yang berbunyi; Dari Abi Dardaa’ RA, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni Syurga adalah daging”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Mmm.. Bagus kann makan daging ni sebenarnya.  Selalunya daging korang masak apa? Resipi Daging Masak Kurma antara menu daging kegemaran ramai terutama anak-anak sebab masak kurma selalunya tak pedas. Setuju tak?

Isi Kandungan hide
1 Tentang Daging lembu atau sapi
1.1 Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
1.2 Cara daging masak kurma
1.3 Related posts:
2 Amboi ... Udang tuuu banyak dan besar! Ahaa.. Ini namanya Mee Goreng Udang Selambak! Hahaa..
3 Huk Alohh... Resepi Kek Pisang jer pun kecuh! Tapi yang ini moist, gebu, sedap tau...
4 Lip balm NUUR SUCHI ByGaleriMuslim kosmetik HALAL Umrah Haji Lip Balm Terbaik Merawat Bibir Kering
5 Resipi Cara Buat ICE CREAM Ala MAGNUM HOMEMADE
Banyak pendapat yang telah dikemukakan oleh para Ulama Salaf tentang keutamaan daging dan memakannya. Misalnya, Az-Zuhry berkata memakan daging, menambah 70 macam kekuatan. Manakala Muhammad bin Wasi pula berpendapat memakan daging menambah ketajaman mata. Saidina Ali bin Abi Talib pula pernah berkata:
“Makan daginglah (wahai sekalian) kamu. Kerana yang demikian itu menjernihkan (mencerahkan) warna kulit, mengecilkan perut dan memperbaiki tingkah laku”. Selain itu, Ali juga berkata 

“Barangsiapa yang meninggalkan memakan daging selam 40 hari (berturut-turut), maka akan buruklah tingkah laku (perangainya). Nafi’ pula pernah berkata bahawasanya Ibnu Umar jika dalam bulan Ramadhan, (beliau) tidak pernah lupa untuk memakan daging, demikian juga ketika dalam Musaffir (perjalanan jauh dengan tujuan membuat amal kebaikan).
TIPS PETUA Daging segar

Tentang Daging lembu atau sapi


Daging lembu/sapi atau kerbau serta yang sekeluarga dengannya, sebenarnya pada azali memang sulit dan sukar untuk dicernai. Ia sebenarnya tidak baik untuk dimakan umum kecuali kepada orang yang sangat kuat akan pekerjaannya dan orang yang dalam profesion pekerjaannya memerlukan banyak tenaga tambahan. Mengikut kajian para professional perubatan, memakan daging lembu/sapi atau kerbau seumpamanya boleh mengakibatkan penyakit kanser, penyakit lepra, penyakit demam campak, penyakit kaki gajah (Elephant Foot Disease), penyakit waswas serta memudahkan pembekuan darah yang mampu menyebabkan pembengkakan yang kronik.

Ini semua berlaku apabila daging lembu yang dimakan tidak dicampurkan dengan
rempah-ratus yang mampu mengatasi masalah ini daripada berlaku misalnya cili, lada putih/hitam, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, ketumbar, halia dan lain-lain.

Selain itu, daging yang hendak dimasak adalah disarankan untuk direbuskan terlebih dahulu bagi membenarkan struktur daging tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dikunyah dan dicerna. 

Kepada peminat daging lembu adalah disarankan untuk memakan daging anak lembu kerana adalah lebih baik dari lembu dewasa selain ia mempunyai struktur daging yang lembut, berkhasiat, lazat dan mudah dicerna dengan baik.

Betapa hebat nya kuasa daging!! Tapi mengapa ramai diantara kita yang tak makan daging?? Pasti kerna berpantang larang dalam pemakanan seharian dan takut akan macam-macam penyakit yang datang. Jika cara masakannya betul, tentu banyak kebaikkan dan khasiat yang akan kita nikmati. Percaya lah …
Masak Kurma merupakan antara menu kegemaran Nina untuk daging.

Jom kita tengok resepi Nina 🙂

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah 

Bahan-bahan
400g daging – dihiris nipis-nipis supaya cepat empuk. Nina perapkan daging bersama serbuk kurma dalam 20minit. 
2 biji bawang besar – dihiris halus
2 ulas bawang putih
2 inch halia
rempah 4 sekawan
4 sudu besar serbuk kurma – dicampurkan dengan sedikit air (jadikan pes)
Air
1 kotak santan
garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara daging masak kurma

  • Daging dibersihkan lalu ditoskan
  • Perap daging bersama serbuk kurma dalam 20minit.
  • Panaskan periuk dan minyak
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
  • Masukkan serbuk kurma yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak dan garing
  • Masukkan rempah 4 sekawan
  • Masukkan air, kentang … masak hingga kentang separuh empuk
  • Masukkan daging … masak hingga daging empuk
  • Setelah itu, masukkan santan dan kacau selalu dan rata .
  • Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Sedia dihidangkan …

Selamat mencuba !! 

Ketahui  : TIPS beli pilih daging segar

TIPS PETUA Daging segar

Selain masak kurma, daging yang segar sedap digoreng sebab daging segar cepat empuk.
Nina paling suka bila dapat daging korban. Selalunya Nina akan masak Daging Korban Goreng Berempah
Aduyai, makan sama roti arab memang sedap! Ayam Naan pun kalah weyhhh..

Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap

Ok, Nina kongsikan koleksi RESEPI DAGING yang sedap mudah untuk korang cuba
Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya  Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi

RESEPI DAGING

Related posts:

Amboi ... Udang tuuu banyak dan besar! Ahaa.. Ini namanya Mee Goreng Udang Selambak! Hahaa..

Huk Alohh... Resepi Kek Pisang jer pun kecuh! Tapi yang ini moist, gebu, sedap tau...

Lip balm NUUR SUCHI ByGaleriMuslim kosmetik HALAL Umrah Haji Lip Balm Terbaik Merawat Bibir Kering

Resipi Cara Buat ICE CREAM Ala MAGNUM HOMEMADE

Resepi Tips DagingHadis Tentang Dagingkurma DagingLauk Paukresepi mudahresipi ringkasTips beli daging segar

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes