Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK
November 6, 2014May 26, 2023

REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK | DAH GUNA LEBIH 30 TAHUN TAK TUKAR LAIN DAH

Bila korang scrub muka? Seminggu sekali ke, seminggu 2 kali ke, setiap hari? Oh-hoo… Nehi nehi! Jangan setiap hari tau. Atleast seminggu sekali dah cukup. Hari ni takde kongsi resepi tapi hari ni Nina nak share pasal tips kecantikan walaupun Nina idok ler cantik mana. Review scrub muka terbaik yang Nina dah guna berkurun lama nya.

Isi Kandungan hide
1 REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK NINA DAH GUNA BERKURUN LAMA
1.1 Harga?
1.2 Nak beli kan mana?
1.3 Cara pakai / penggunaan?
1.4 REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK NINA PAKAI
1.5 Perlu ke pakai scrub muka?
1.6 REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK PALING PENTING KOSISTEN
1.7 Related posts:
2 Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan
3 Cara masak Resipi MEE GORENG paling senang sedap
4 Perapan CHIKEBOOMM Frozen padu beb!
5 Bubur ker pengat ? Pisang Sagu Menu Minum Petang
Ini lah scrub muka yang Nina guna nama diberi St.Ives Apricot Scrub
Alahai… actually segan nak share. Maklumlah, Nina nie ala-ala blogger masakan yang suam sejuk bukannya pakar kecantikkan. Dan.. Nina pun sedar diri Nina pun bukannya kategori yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb! Eh ternyanyi lak lagu Ruffedge. HEhee

REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK NINA DAH GUNA BERKURUN LAMA 

Memandangkan ada yang bertanya ingin tahu so Nina share kat sini. Nina suka sangat guna scrub nie sebab tektur nya yang kasar tapi tak der laa kasar macam kertas pasir tuu.. sebab kalau scrub brand lain mostly semuanya halus dan tak memberi rasa apa semasa proses menyental kat muka. Tak feel gitu! Scrub St.Ives Apricot ni bagi Nina terbaekk lah. Orang kata tak bagus scrub yang kasar gini, ya tak bagus kalau korang tonyoh! Gosok ler pelan-pelan.

Lagi pula, scrub nie wangi…. Baunya lembut kombinasi almond dan apricot. Ianya juga 100% natural exfoliants. Paling penting sulfate free & paraben free! Benda alah nie dua yang selalu ada dalam bahan produk terlarang. Rasanya dah hampir 25 tahun Nina guna scrub brand nie. Lama kan….? Terasa dah tua lak. memang dah tua, sila sedar diri Nina ooii..  hehee

Kalau produk lain yang nak putih kulit tuu, kengkonon nak jelmakan kulit halus mulus bak kulit baby  tapi menghakiskan kulit. Oh tidak! Memang tak akan Nina nak pakai. Ada tuu promote – pakai 3 hari gerenti gebus putih melepak. Sorry! Tak payah rekemen kat Nina yea..

Pernah terbeli dan terpakai pastu Nina terasa seolah menghakis kulit cepat-cepat Nina stop pakai. Takut!
(selalunya produk yang cepat result terutama pencuci muka dan moisturizer gitu ada bahan terlarang tu). Biar lah kulit muka tak putih bak kulit baby janji kulit muka Nina tak der masalah kemudian hari. Takut oooo nanti kulit nipis sangat dan jeragat mudah akan terbentuk kat muka. Ramai sangat sekarang nie Nina nampak muda-muda dah ada jeragat. Huhuuu . . .

Harga?

Produk St.Ives Apricot Scrub ni murah jer… Nina suka!
Harga nya kurang dari RM30 for 283gm. Ada jenis tiub, lagi murah…
Nina suka beli yang besar sebab banyak dan boleh buat scrub badan sekali. Murah dan menjimatkan. Boleh buat ala-ala spa kat rumah. Hehee . . .

Tips SCRUB yang betul penting

Nak beli kan mana?

Senang ajer….. Boleh ajer dibeli kat mana-mana hypermarket/ farmasi/ Guardian/ Watson, AEON Wellness atau seangkatan dengannya.Korang tunggu laaa sale. Selalunya ada discount dalam 20%. Ada rezeki boleh dapat diskaun sehingga 50%. Masa ni jangan lah lupa diri beli sampai sedozen. Tu semua nafsu semata. Godaan syaitonnirrojimmm! Cepat istighfar

Cara pakai / penggunaan?

Cuci tangan bersih-bersih dulu dan kemudian cuci muka bersih-bersih.
Ambik dalam sesudu gitu gosok lah kat muka. Seminggu dalam 1-2 kali sental lah muka tuu.
Pastu bilas. Lap muka dengan towel yang bersih dan kain yang lembut. Nanti korang akan terasa kulit mati hilang dan rasa fresh, lembut jer kulit muka korang.

Ketahui tips cara scrub muka yang betul supaya manfaat produk lain yang korang pakai akan lebih efektif. Contohnya serum akan benar-benar meresap.

REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK NINA PAKAI 

Perlu ke pakai scrub muka?

Pendapat Nina  >>> memang perlu. Atleast seminggu sekali muka kita perlukan cucian mendalam untuk membuang segala sel kulit mati kat muka kita.  Kalau setakat pencuci muka biasa yang daily use tak effective. Ini sekadar pendapat santai dari Nina yang tak arif bab kecantikan. Tapi Nina amat mementingkan penjagaan asas untuk diri.

Syukur Alhamdulillah …. Tidak dinafikan, kulit muka Nina memang jarang sekali memberi masalah. Kiranya kulit Nina nie kulit kebal gitu. Tahan lasak! Jerawat timbul pun boleh kira setahun berapa kali. Tak der sampai tahap nak kira bila jerawat muncul lak kann HEhee

Mungkin juga faktor rutin penjagaan yang konsisten sejak Nina remaja. Bagi Nina simple ajer. Kalau kulit muka dah semulajadi ok, tak der jerawat, tak der masalah yang kritikal seperti jerawat batu penuh satu muka so tak perlu nak beria-ia mencuba menukar pelbagai produk yang melambak-lambak kat pasaran. Sekarang nie macam-macam ada. Kulit muka kita bukannya bahan kajian. Tak perlu membazir.

Scrub muka homemade teh tradisional cara buat DIY

REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK PALING PENTING KOSISTEN

Bukan apa, nak cantik punya hal (padahal dah sedia elok cantik daa) nanti masalah lain timbul. Sayangi lah dan jaga lah baik-baik hakmilik sendiri yang telah ALLAH kurniakan seadanya… Setiap orang punya kecantikkannya yang tersendiri. Syukur Alhamdulillah… Rutin seminggu sekali bagus untuk membuang sel kulit mati. Kulit muka bersih dari cela.

Tapi kalau korang nak lagi jimat korang boleh laa buat sendiri DIY scrub muka homemade . Berasaskan bahan dari dapur je. Kiranya ini lah skrub muka tradisional antara solusi lain yang korang boleh amalkan, manalah tahu kot serasi.  Apa salah nya cuba iyer tak? Tak cuba tak tahu..

Oh ya, untuk rutin penjagaan wajah seharian Nina amat pentingkan pakai sunscreen. WAJIB!
Sila lah korang pakai walau dimana korang berada. Dok dalam rumah pun pasti samar-samar akan terkena cahaya SUN kann? Dah nama nya SUNscreen sila pakai saat terkena SUN! Tanya Nina sunscreen kegemaran Nina buat masa ni dah bertiub tiub dah Nina pakai sunscreen ni sebab murah dan … Panjang lak citer nanti. So pepandai laa korang baca REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH by NinaMirza

REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan

Cara masak Resipi MEE GORENG paling senang sedap

Perapan CHIKEBOOMM Frozen padu beb!

Bubur ker pengat ? Pisang Sagu Menu Minum Petang

Lifestyle Review Tips cara penggunaan scrub mukaCeritera Ninacuci muka dulu atau scrub muka duluinfo - kecantikanInfo - kesihatanInfo - Semasakeburukan scrub mukakelebihan scrub mukamenanggalkan sel kulit matimenghilangkan whitehead blackheadscrub mukaScrub muka semimnggu berapa kaliskin rutinSt. Ives Apricot Scrubtips cantikTips dan PetuaTips kecantikantips penjagaan mukatips penjagaan wajahTips SCRUB Muka yang bagus

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. Najlaa 'Aqilah says:
    November 6, 2014 at 5:30 pm

    produk ni memang best!

    and memang sangat perlu scrubbing muka at least once a week untuk remove dead skins

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    November 6, 2014 at 6:26 pm

    Najlaa Aqilah,
    terima kasih sudi singgah ….. yea setuju! Atleast seminggu sekali kena scrub muka 🙂

    Reply
  3. Mama Myja says:
    November 6, 2014 at 9:23 pm

    Setuju juga.. mamamyja pon pakai juga. Hehe. Salam peekenalan dari mamamyja. Jemput singgah yer.

    Reply
  4. Cik Iman says:
    November 7, 2014 at 9:35 pm

    Cik Iman bukan jenis pakai sangat produk kecantikan/bersih muka nie sangat tapi Cik Iman pernah guna brand nie, yang dalam tiub tu. Best 😀

    Reply
  5. Syira Masyiramaro says:
    November 7, 2014 at 10:35 pm

    Sy guna yg tiub je..bila pakai rasa fresh sikit muka. Skang je kurang pakai skrub

    jom blogwalkin'��

    Reply
  6. Eny Abdullah says:
    November 8, 2014 at 5:20 pm

    Saya pun pakai St Ives apricot ni… gosok satu badan bukan muka je, lepas tu rasa smooth dan licin je…

    Reply
  7. imm says:
    November 9, 2014 at 12:49 pm

    salam kenal..singgah blogwalking kat sini..

    ooo xpernah pakai produk sental2 kat muka..nak kna try ni huhuh

    Reply
  8. Papaglamz says:
    November 9, 2014 at 2:33 pm

    Salam ziarah…

    Papaglamz natural beauty. X pakai pape sofar.. Hahaha

    Reply
  9. Nina Mirza says:
    November 10, 2014 at 12:09 pm

    Mama Myja,
    Salam perkenalan juga dari Nina 🙂

    Reply
  10. Nina Mirza says:
    November 10, 2014 at 12:09 pm

    Cik Iman,
    Salam perkenalan Cik Iman dari Nina 🙂

    Reply
  11. Nina Mirza says:
    November 10, 2014 at 12:10 pm

    Syira,
    pasni boleh lahh selalu-selalu pakai scrub kasi muka lagi fresh! 🙂

    Reply
  12. Nina Mirza says:
    November 10, 2014 at 12:12 pm

    Eny,
    best kan…..? Nina pun suka sental sekali satu badan! hehee . . . .
    sebab tu beli yg besar terus

    Reply
  13. Nina Mirza says:
    November 10, 2014 at 12:15 pm

    Imm,
    Salam perkenalan dari Nina
    Pasni kena lah try sental buang sel kulit mati kat muka tuu,……

    Reply
  14. Nina Mirza says:
    November 10, 2014 at 12:16 pm

    papaglamz,
    TQ banyak sudi singgah ziarah teratak Nina,….
    beruntung laaaa natural beauty! kita nie tak cantik kena lah usaha sikit~
    hehee

    Reply
  15. kokna says:
    November 10, 2014 at 2:16 pm

    salam kenal… nnti sy nak cuba lah.. selama ni tak penah scrub muke pon..cuci biasa je hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes