Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama Cinta Non Grata TV3
March 29, 2019August 24, 2023

Drama CINTA NON GRATA TV3 Full Sinopsis

Drama Cinta Non Grata lakonan Amelia Henderson dan Raja Afiq. Gandingan pelakon sama cantik sama padan ni bakal membuatkan kita tertanya-tanya, ada chemistry kah lakonan mereka berdua. Best ke citer Drama Cinta Non Grata ni?

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama Cinta Non Grata TV3
2 Apakah yang bakal terjadi pada Darlina?
3 Pelakon Drama Cinta Non Grata
4 Related posts:
5 Puding Laici
6 Happy Birthday Eilysa Mirza ... Maaf kan mama yaa sayang
7 Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd
8 Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA . Ada chemistry ke lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann?

Sinopsis Drama Cinta Non Grata TV3

Kisah Darlina (Amelia Henderson)  seorang Instafamous yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang termasuklah berkahwin dengan Datuk Marzuki (Edika Yusof) seorang ahli perniagaan,  jutawan kaya raya terkenal yang sudah mempunyai isteri yang cantik lawa Datin Jannah (Maria Farida).

Sinopsis Drama Cinta Non Grata TV3

Darlina dibesarkan dalam serba kesenangan dan mewah tidak mahu hidup dalam kesusahan.   Alasan Darlina terpaksa menerima pinangan Datuk Marzuki adalah ingin selamatkan perniagaan bapanya yang sedang kerugian. Sebagai balasan, Datuk Marzuki akan bantu perniagaan bapa Darlina. Perkahwinan mereka juga bersyarat, mesti kekal dalam tempoh setahun.

Dalam tempoh ini, pelbagai usaha dilakukan oleh Darlina dalam cubaan membuat Datuk Marzuki marah, bencikan dia dan menceraikannya sebelum tempoh setahun agar Darlina akan memperolehi sejumlah wang yang banyak. Akan tapi … Datuk Marzuki yang bijak sedia maklum akan rancangan Darlina.

Cinta Non Grata TV3

Darlina kemudiannya berjumpa dengan Hakim (Raja Afiq) yang ditugaskan oleh Datuk Marzuki untuk menjadi jurugambar peribadinya sekaligus merangkap peneman Darlina ke mana saja.  Lalu Darlina jatuh cinta pada Hakim. Namun, apa yang Darlina tidak ketahui adalah Hakim sememangnya berdendam dengan Darlina kerana telah mengecewakan adiknya, Haikal sehinggakan adiknya itu telah mati overdose akibat dadah.

Apakah yang bakal terjadi pada Darlina?

Bagaimanakah penerimaan Datin Jannah setelah Datuk Marzuki berkahwin lagi?
Adakah Hakim  akan kalah dengan perasaan dia sendiri dan turut mencintai Darlina sedangkan pada asalnya Darlina adalah musuh dia?
Bagaimana pula dengan Datuk Marzuki setelah dapat tahu adanya cinta antara Darlina dan Hakim?
Terbalas kah dendam Hakim?

Cinta Non Grata TV3

Menarik kann…? Banyak persoalan dalam Drama Cinta Non Grata ni. Pelakon pun semua hebat membawakan watak masing-masing. Hero lama tahun 90’an Edika Yusof yang dah lama tak berlakon turut bergandingan dengan Heroin 90’an cantik lawa Maria Farida!

Saksikan drama bersiri terbaru di slot Lestary TV3 berjudul Cinta Non Grata yang mula bersiaran pada 21 Mac ini.  20 episod. Jangan lupa ketinggilan menonton 20 episod drama Cinta Non Grata pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di TV3. Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Skrip nukilan Amar Amir dan idea asal Raja Azidah Raja Jaafar.

Pelakon Drama Cinta Non Grata

Amelia Henderson sebagai Darlina
Raja Afiq sebagai Hakim
Mona Allen sebagai Zatul
Adeline Tsen sebagai Kartini
Edika Yusof sebagai Datuk Marzuki
Faez Nick sebagai Danial
Jay Iswazir sebagai Fendi
Susan Manen sebagai Hasnah
Esma Danial sebagai Abdullah
Edika Yusof sebagai Datuk Marzuki
Nur Ezzanie sebagai Dayana
Maria Farida sebagai Datin Jannah
Hafiz Bahari sebagai Haikal

Nina suka lakonan Amelia Henderson yang selamba jer. Suka hati dia jer dengan watak nya. Natural sangat! Para pelakon lain pun hebat hebat bawa watak mereka. Tahniah!

Related posts:

Puding Laici

Happy Birthday Eilysa Mirza ... Maaf kan mama yaa sayang

Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd

Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA . Ada chemistry ke lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann?

Lifestyle Review Akasia TV3Amelia HendersonCinta Non GrataDrama sangatFull SinopsisRaja AfiqSamarinda TV3SinopsisTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes