Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom
January 27, 2022March 11, 2023

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO CHE NOM Mudah Sedap!

Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom puashati follow! Sedap bak ang.. Spaghetti antara menu kegemaran anak-anak.  Kalau Mee Goreng pun boleh tahan laju nya tapi kalau pasta lagi laju berdesup. Tak tau nape depa ni tekak western. Takde pun salasiah family dari bangsa omputeh. MakPak Melayu sejati muka jawooo jurr! HAhaa .. Kalau kat rumah ni wajib masak 2 pack spaghetti baru puas makan. Kalau 1 pack alamat nya terkebil-kebil ler deme  makan. Siannn …

Isi Kandungan hide
1 Blog Resepi NinaMirza
2 Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom
2.1 Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom
2.2 Tips masak pasta
2.3 Related posts:
3 Juadah Berbuka Puasa | HomeMade Roti John yang mudah step by step
4 RESEPI MUFFIN PANDAN PALING SEDAP. Wanginya aroma
5 Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis
6 Agar-agar Pandan Santan.... nyamannya!

Kebetulan sejak kelmarin, Nina tak berapa sihat so kakak Eillya lah yang ke dapur  bertukang kelentang kelentung. Entah apa aje buatnya. Hari pertama dia masakkan bubur nasik + ikan bilis superb garing air fryer, next day nasi makan sama ikan bilis semalam jugak (jadi laaa syukur) dan semalam dia masak pasta Spaghetti Aglio Olio ala resepi Che Nom. Adek-adek suka, mama lagi laaa suka. Sekali sekala coti masak sapa tak suka iyer tak?

Tu menu dia tak berapa rajin, sekali mood rajin mai . . . habis dia buat selerak dapur.
Dengan entah apa menu western dia masak, bikin roti laaa, bikin cake laa, biskut laa. Huru hara dapur! Tak sanggup masuk dapur. Berkecah. “Ku tahan jebat amarah ni”
Dah bilang sesiap, sebelum abah balik kasi settel dapur seperti sedia kala. Haa gitu.
Learning process kita turutkan minat anak-anak, bettter dari dia tak buat apa sementara masuk kampus ni kannn

Okies Nina share sini resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom ala Eillya. Bising dia dok ngomel nape mama tak masukkan resepi yang mama masak kat blog? Puas search kat blog mama takde pun…

Blog Resepi NinaMirza

Bila Eillya cakap gini, terus teringat tujuan asal terhasilnya blog Nina ni . Awal dulu memang Nina hanya share resipi jer, asal masak je terus share dalam blog. Memacam Nina masak dan cuba dulu. Segala jenis kueh, masakan berlauk, bergoreng, makanan segera homemade. Huishhh… Rajin nau si Nina tu dolu! Sekarang usah tanya HAhaa (kekangan masa seiring usia kot, anak pun bertambah)

Dolu tulis resipi dalam blog untuk rujukan kemudian hari, kot anak-anak nak masak ikut style Nina ke, boleh laa depa rujuk sini. Dan Alhamdulillah sejak anak sulung Nina dah besar memang impian tu tercapai. Eillya kerap rujuk blog Nina bila mood rajin masak/baking dia mai. Alhamdulillah menjadi! Tak terungkap berbunga-bunga hati ni awakk . . .

Cuma resepi Spaghetti Aglio Olio tak done nak share. Maka cakap ngan Eillya follow laa blog lain yang dipercayai. Your 2nd choice. Dia pilih Che Nom. Hurrmm.. Youtuber masak-masak zaman laa ni kann? Kita dulu tak fikir lain terus cari Mat Gebu atau kak Azlita. Perubahan masa dan citarasa kot kann? Its ok memana pun ok

Eh panjang lak membebel. Moh terus ke resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom style Eillya. Zasss!

Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom

Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom

Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom

Bahan-Bahan
500 gram spaghetti (1 paket)
1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
5 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
2 sudu besar chilli flakes
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam
1 mangkuk besar udang, buang kulit
4 ekor sotong, buang lapisan kulit (tak letak, takde stok)
capsicum hijau (takde stok gak)
capsicum merah
tomato kecil, potong 2 jika suka
daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis. (tak letak jugak)
Tambahan : isi ketam, goreng asing tabur atas spaghetti lepas dah siap

Cara-cara
1. Rebus spaghetti dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa . Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur isi ketam yang dah digoreng asing semasa menghidang. Nak sedap boleh jugak tabur parmasen cheese. Takde stok so lain kali laaa letak.

TIPS CARA MASAK PASTA

Tips masak pasta

Nina dah pernah share Tips cara masak pasta yang betul sebelum ni.  memandangkan ada sikit kerajinan so Nina tulis Eh! Type lagi sikit kat sini tuk korang. Baik kann ai? HEhee

Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti. Pastikan  spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap “al dente” atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.

Ok overall resepi Che Nom ok cuma pedas sikit buat yang tak tahan pedas. Ker black pepper Nina yang pedas sangat.
Spaghetti ni selain dimasak style goreng Aglio Olio, korang boleh cuba follow cara masak Pasta Carbonara Resipi Homemade guna susu UHT . Resepi mudah ni berkhasiat untuk seisi keluarga.

Okies, mudah kannn? Jomm berpasta ala itallian

Related posts:

Juadah Berbuka Puasa | HomeMade Roti John yang mudah step by step

RESEPI MUFFIN PANDAN PALING SEDAP. Wanginya aroma

Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis

Agar-agar Pandan Santan.... nyamannya!

Resepi Kids Menumenu anak susah makan nasimenu anak-anakpastaResepi Che Nomresepi mudahresipi mudahSpaghetti Aglio Oliospaghetti gorengWestern FoodWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Saidila Abdul Rahman says:
    February 1, 2022 at 2:23 pm

    Suka jugak follow resepi Che Nom sebab mudah tapi ai pun ada jer buat apa-apa masakan ikut resepi Nina juga terutamanya Mee Goreng Bodo itupun sebab pernah nampak depan mata cara Nina masak.

    Reply
  2. Julia Johari says:
    February 3, 2022 at 9:29 am

    Terima kasih kak nina sharing, ni menu kegemaran Abg Qi tau sgt2. Suka baca resipi kak nina, mudah nak ikut.

    Reply
  3. nayan kumar says:
    June 8, 2022 at 8:11 pm

    wow it looks so yummy, thanks for sharig

    Reply
  4. khanamir says:
    August 26, 2022 at 9:44 am

    Thank you so much. You have shared an amazing job. It’s too well. Thank you again…

    Reply
  5. Uzma says:
    February 1, 2023 at 9:03 pm

    wow nice post

    Reply
  6. Pure techme says:
    February 3, 2023 at 2:41 am

    Your article looks unique and I am happy after reading

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes