Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

7 HARI MENCINTAIKU 2
July 3, 2020August 24, 2023

Meroyan weyhhh..!! Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 TV3 (2020) HAhaaa

 7 HARI MENCINTAIKU 2 | Jeng jeng jengggg..!! Sambungan drama hebat pada tahun 2016, yang ditunggu-tunggu  sedang ditayangkan di TV3. Drama ni memang drama sangat! Penceritaan konflik realiti kehidupan yang ada dalam kehidupan seharian kita. Di kupas satu persatu dengan lebih mendalam sampai semua orang yang tonton sesama meroyan! HAhaaa… 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2
2 Sinopsis Drama Info 7 HARI MENCINTAIKU 2
3 Semuanya hanya kerana dendam
4 Akhirnya Khuzairi menerima Nurul ?
5 Mampukah mereka bertahan?
6 Barisan Pelakon utama dan watak
7 Related posts:
8 SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR
9 Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL
10 Best Moist Chocolate Cake... Happy Birthday to me! Hehehe . . .
11 RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE

Tabik springgg toing toing toinggg pada semua crew drama yang terlibat masa siri yang pertama. Berjaya buat semua orang ternanti-nanti tak keruan episod besok besok dan besok. Trending weyhh..!! Dan . . . Semalam baru episod 1 dah trending luar biasa. Cayalah..

Kali ini penulis memberi penekanan kepada watak-watak sampingan seperti kisah rumah tangga Helmi-Sofi, Nad-Zaidi dan juga kejahatan Puan Hayati – Syakila – Nurul Ain – Datuk Johari dan ramai lagi watak antagonis. Sedikit sebanyak menjadikan karya kali ini tidak hanya berfokus pada konflik antara Mia dan Khuzairi semata-mata.

Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2

Pak Samad  ohh Pak Samad. Memula cam sedey sebab Pak Samad dah botak. Eerrkk… Eh! Bukan bukan..  Watak Pak Samad dah digantikan dengan Kazar. Tapi Pak Samad yang ini pun hebat lakonannya. Suka!

Ok Pak Samad ni memang terbaik, pembela Mia nombor satu. Khuzairi pulak tak payah cakaplah. Sayang giler-giler kat Mia tu. Semua kerenah Mia dia layan dan hadap dengan sabar. Tak ramai kannnn suami seperti Khuzairi ni. Ayoyoyoo  . . . Sure ramai anak dara dok berangan nak suami macam Khuzairi. Sila laaa verangan! Percuma jer HAhaaa

Helmi dengan barannya tak habis-habis. Tapi best watak dia. Walaupun baran, tapi sebenarmya dia baik sangat. Suka jugak watak Helmi ni. Episod 1 jerr dah terjatuh kesian kat Helmi. Sofi yang serba salah dan asyik menyebelahi dan turuti kemahuan keluarga dia aje sehingga Helmi terasa terabai. 

Sinopsis Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 

Dari segi jalan cerita, mula-mula baca dari novel cam hurrmmm . . . .
Ala . . . Asyik asyik konflik tak sudah! Stress lak rasa sebab more less  macam 7 Hari Mencintaiku yang first jer. Tapi  . . . Ada tapinya!

Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2

Kali ni konflik lebih besar! Bukan takat konflik antara Mia dan Khuzairi jer macam yang sebelum tapi lebih havoc! Semua watak ada penceritaannya.. Cayalah! Korang kena tonton bebetul baru feel.. 

Adanya kisah dan konflik  Nadia – Zaidi, Sofi – Helmi, Mak Andak – Pak Andak, ( sedih Buntat dah mati dalam buku yang pertama, huhuuu…)
Puan Hayati – Dato Johari, Kenit – Syakila. Masing-masing ada konflik tersendiri. Sila sedia kan uba darah tinggi lebih sikit kali ni.. More stress, more story, more fenin laaa feninn. HAhaaa

Tambah pulak dengan scene pujuk – memujuk antara Mia dan Khuzairi.  Geram Mia tu masih manja terlebih, mengade-ngade walau dah ada anak 1 dah besar. Ya laaa… typical women memang ada perangai sebegini. Realiti kehidupan kann..?

Memang banyak scene pujuk – memujuk ni. Maklumlah Mia kan kuat merajuk, Khuzairi pulak pantang tengok bini merajuk sikit terus menggelabah pujuk. Memang sweet laa Khuzairi ni.♡

Air mata? Bukan karya Siti Rosmizah laa kalau tak sedih, kan? Ada satu scene paling touching. Dalam drama sure nangis meleleh. So sediakan tisu nanti tau. Mia ni sampainya hati percaya lalu tuduh Pak Samad macam-macam. Eeeewwww…. Geram! Pak Samad punya lah sayang sungguh kat Mia macam anak sendiri. Pak Samad pun sampai menangis… Korang sure teriak nangis nanti. .. Huhuuu Huwaaaaaa . . . . Ok over nau! HAhaaa

Baca : Resipi KEK PISANG VIRAL paling sedap mudah, sukatan cawan blend jer

Sinopsis Drama Info 7 HARI MENCINTAIKU 2

7 Hari Mencintaiku 2
Khuzairi dan Mia Ariana. Kisah cinta mereka yang penuh onak dan duri ditambah lagi dengan tanpa restu ibu dan mertua sendiri. Dalam novel siri ke-dua lagi hebat ujian tuk mereka dan ditambah dengan konflik dalam keluarga yang lain turut diuji.

Semuanya bermula dengan Nadia , adik Khuzairi yang memutuskan pertunangan dengan Zaidi kerana mempunya orang lain . Tanpa disedari sebenarnya itu adalah helah dan muslihat ibu Mia Ariana yang mempergunakan Nurul ingin memusnahkan kehidupan keluarga Pak Samad dan Mak Leha. Dah siapa lak Nurul ni kannn?? Jeng jeng jengggg

Semuanya hanya kerana dendam

Bukan hanya tu tetapi juga dengan perkahwinan adik ipar nya Helmi dengan Sofi sepupu Mia sendiri dan tidak juga ketinggalan dengan keluarga bahagia Mia . Dengan hasutan daripada ibu nya. Kemunculan Nurul anak angkat kepada Umi Radziah akhirnya konflik pun bermula.

Sekali lagi Mia dibenci Ibu mertuanya sendiri. Sekali lagi Mak Leha mencari calon isteri untuk Khuzairi dan sekali lagi ianya berlaku ketika Mia sedang mengandungkan anak kedua mereka. Ditambah lagi dengan dendam Syakilla akhirnya semuanya bertambah hancur. Huhuuu

Ni semua terjadi kerana dendam! Ditambah dengan hasad dengki antara satu sama lain. Bila kepercayaan dikhianati, hati berbelah bagi… 

Masih ingat Dato Johari? Ayah Sofi yang berdendam dengan Khuzairi kerana masih menyalahkan  Khuzairi atas kematian  Khalil (abang Sofi).  Kalau korang masih ingat Khalil ni dulu gilakan sangat kat Mia. 

Mak Leha pula dalam pada sayangkan Mia sebenarnya masih berdendam sebab Mia laaa Mak Leha hilang kasih sayangnya dari Khuzairi.  Sebab Khuzairi lebih pentingkan Mia isterinya dari Mak Leha. 

Rasa benci Mak Leha makin membara membuak-buak bukan hanya pada Mia,  tetapi Pak Samad turut jadi mangsa keadaan. Puan Hayati menuduh Pak Samad cuba menodainya.

Sampai hati Mia tuduh Pak Samad namun Pak Samad tetap sayangkan Mia. Kehadiran Nurul yang selalu ke rumah dan makin rapat dengan Mak Leha akhirnya menjerat kehidupan Khuzairi.

Akhirnya Khuzairi menerima Nurul ?

Apabila Mia melarikan diri dan satu pergaduhan terjadi yang mana akhirnya Khuzairi menerima Nurul menjadi calon isterinya. Oh tidakkk…!!

Dan Mia disyaratkan ada di hari pernikahan tersebut. Mia pula sudah menerima apa yang ditakdirkan dan dia bersetuju akan pergi meninggalkan Khuzairi di hari pernikahan tanpa membawa anak-anaknya. What?? Huwaaaa . . . Wanita ni bila hati dah hancur, apa pun tak mau fikir dah. Kannn?

Kerana bagi Mia, Khuzairi hanya terpaksa bersama dengan dia demi anak.

Namun sebaliknya yang berlaku, dalam tempoh menunggu hari pernikahan Mak Leha seakan dihimpit dan rasa bersalah apabila suatu terjadi dan Mia adalah penyelamat dia. 

Nurul pula bukan seperti yang diharapkan, seluruh keluarga semakin kasihan dan semakin sayang terhadap Mia sejak itu.

Mampukah mereka bertahan?

Adakah Nurul adalah orang yang benar-benar terbaik untuk Khuzairi dan mampu membahagiakannya? 
Dan adakah Doktor Adam yang selayaknya membahagiakan Mia Adriana?

Berdasarkan daripada novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rosmizah
Pengarah drama  : Jamal Khan
Syarikat penerbitan : SR One Sdn. Bhd
Dibintangi oleh
Siti Saleha
Shukri Yahaya

Lagu OST : Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Siti Nurhaliza

Barisan Pelakon utama dan watak

Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Pelakon pembantu Sunting
Faye Kusairi sebagai Syakila
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
Bil Azali sebagai Zaidi
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Sean Lee sebagai Adam
Pelakon sampingan Sunting
Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
Shaharuddin Thamby sebagai Dato’ Johari
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Razzuan Rosli sebagai Fariz
Pelakon kanak-kanak Sunting
Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
Puteri Rafasya sebagai Harlina (Kenit)

Overall drama ni akan trending lagi ..!! Percayalah . . .
Korang tak sempat tonton jam 7pm nanti korang pi laaa youtube ke tonton tau! Click sini link Episod 1 yang terlepas Tonton Online Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 TV3 Official Youtube

Sebalik ada sakit hati, ada air mata, ada senyum-senyum, banyak kisah kehidupan yang diterjemahkan dalam novel dan diadaptasikan ke drama yang hebat ini. Lakonan semua watak memang superb! Setuju tak? 

Watak mana paling WIN di hati korang?

 

Related posts:

SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR

Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL

Best Moist Chocolate Cake... Happy Birthday to me! Hehehe . . .

RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE

Lifestyle 7 HARI MENCINTAIKU 2Drama Adaptasi NovelDrama bestDrama sangatdrama TV3 7pmShukri YahayaSiti Saleha

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. Pingback: Resepi Kek Pisang Moist Gebu Sedap Mudah Blend aje
  2. Nadia johari says:
    July 5, 2020 at 1:15 pm

    Mesti ramai yang tengok ni

    Reply
  3. Marina says:
    July 6, 2020 at 10:41 pm

    Ariyu layan kjap je. Tak sempat nak layan

    Reply
  4. Ai says:
    July 7, 2020 at 11:08 am

    Akhirnya ada cerita baru kat tv. huhuhu

    Reply
  5. Nur eizzaty batrisyia binti zaizalnizam says:
    July 8, 2020 at 8:18 pm

    Saya nk tanya khuzairi tu jadi ke kahwin dengan nurul …….. Please jawab ☺

    Reply
  6. Mama Kembar Tiga says:
    July 9, 2020 at 7:33 am

    I belum tergerak hati lagi nak layan drama drama ni hehe

    Reply
  7. Radhia says:
    July 9, 2020 at 11:25 am

    tak layan lagi drama ni

    Reply
  8. Pingback: Drama PENGANTIN 1 MALAM lakonan Nazim Othman Amelia Henderson
  9. Bushmaster QRC Optics Ready 5.56mm Rifle says:
    November 17, 2020 at 2:11 pm

    This blog looks just like my old one! It’s оn a totally different subject but it has pretty much the same layout and design. Great choice of colours!

    Reply
  10. addams family pinball sale says:
    April 6, 2021 at 2:14 am

    This blog looks just like my old one! It’s оn a totally different subject but it has pretty much the same layout and design. Great choice of colours!

    Reply
  11. Pingback: Sinopsis Drama CUKUP DERITA ITU Tonton Online Full Episod Akhir
  12. Pingback: Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM TV3 Slot Akasia
  13. Pingback: SURAT DARI TUHAN FULL SINOPSIS EPISOD 1 - AKHIR - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes