Sinopsis Drama CUKUP DERITA ITU

Trending Drama CUKUP DERITA ITU. Hebat lakonan Ruhainies!


Adududuhhh… Hot trending weyhhhh Drama CUKUP DERITA ITU ! Awal-awal gak slow juga tapi meletop kebabommm pada episod 7. Lakonan hebat mantap sentap Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah yang naik hantu tibai bantai teroks anak buahnya Ellani lakonan Ruhainies. Lagi memantapkan scene lakonan Chacha Maembong. Eeewww… Nyampah tengok muka dia! Sinopsis Drama CUKUP DERITA ITU

Sadis giler! Ngeri nengok Mak Ngah pukul dera Ellani sampai lunyai. Make up cedera pun onz!
Terbaik laaa memek muka Ruhainies bawak watak Ellani . Nangis kita awakkkk tengok awak kena pukul. Paling terkesan part jeritan sepenuh hati awak panggil Salwa hujung episod 7.

“Waaaaa… jangan tinggal aku Wa!”

Tengok. Meluat kannn tengok muka mak Ngah dan Ellana!

Sinopsis Drama CUKUP DERITA ITU

Sinopsis Drama CUKUP DERITA ITU

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh mak Ngah (ibu saudara mereka), Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Part ni korang kena tonton, sadis sungguh! Standby sesiap tisu naaaa.. Rasa nak ganyang-ganyang jer Mak Ngah tu!

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Sehari sebelum pernikahan Zarul dan Ellana terjadinya salah faham dan Ellani dipersalahkan. Mak Ngah naik hantu melepaskan kemarahannya pada Ellani lalu Ellani didera dipukul teruk oleh Mak Ngah!

Mujur kawan baik Ellani , Salwa lakonan Lia Natalia pun bagus! Dia datang selamatkan Ellani bawa Ellani ke hospital akibat teruk dipukul Mak Ngah. Thumb up buat BFF Ellani. Bagus dia sentiasa ada di sisi Ellani dan dapat rasa apa Ellani rasa..

Mak Ngah dan Ellana menyangka Ellani berpura-pura sakit sampai tak mampu bangun dari semalam. Mereka meninggalkan Ellani begitu saja dan meneruskan perjalanan ke majlis pernikahan Ellana. Semasa dalam perjalanan ke masjid, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. Mak Ngah lumpuh paras pinggang ke bawah.

Sinopsis Drama CUKUP DERITA ITU

Zarul sedar dari kemalangan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya.
Adoi! Terasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ini? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.

“Ellani binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato’ Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!”

Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.

“Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini! Raungnya.

Ellani…cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Sinopsis Drama CUKUP DERITA ITU

Drama adaptasi novel ‘Cukup Derita Itu’ karya Siti Rosmizah di slot Samarinda TV3. Drama arahan Along Kamaludin, terbitan SR One Sdn Bhd. Menemui penonton bermula 6 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3

JUDUL : CUKUP DERITA ITU
EPISOD : 40 TARIKH : 6 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd

PELAKON : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia

WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana
Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
Didie Alias sebagai Mak Yek
Farhan Asri sebagai Amirul
Dian P Ramlee sebagai Mak Long
Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
Sera Melissa sebagai Ayu

Okies, buat yang terlepas tonton semasa siaran korang jangan risau. Sekarang ni kannn semuanya dihujung jari. Korang masih boleh tonton Online Drama CUKUP DERITA ITU di Apps www.IQ.com . PERCUMA jer… just download Apps IQYI dari Google Playstore smartphone korang. VIP Ekspres terus strim jam 8pm dan tonton percuma 24jam kemudian. Tok sah laaa pi cari kat Telegram atau Youtube cetak rompak tau!

1 Comment
  • Nardnaddy
    Posted at 21:33h, 22 May Reply

    kite tengok.. separuh matikk nudak tu kan hehe

Post A Comment