Resepi Spaghetti Carbonara Paling Senang Sedap

Menu Open House Western Paling Senang …

Dok makan nasi jemu gak kan…?? Nak nak sekarang ni masih musim Raya. Kalau pegi open house dok makan ketupat rendang sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi… Eh! nyanyi lak. Haha Resipi Spaghetti Carbonara Homemade Senang Sedap

Kalau korang perasan, ramai gak yang buat open house sekarang ni akan sajikan menu sampingan – masakan western buat tetamu. Yelah.. Orang melayu sekarang ramai dah tekak selera omputeh gitu. Apa kurlasss makan lemang rendang, Lontong Masak Lodeh, Satay, Bihun Soto Sedap, Mee Kari Paling Senang Sedap untuk Open House… bla bla blaa bla bla… Kannn…

Kot korang ada yang tercari-cari Menu Western paling senang meh Nina kongsikan Resepi Spaghetti Carbonara. Menu ni anak-anak pasti suka.. Tak pedas, berkrim pastu ada lak cheese memang kena laa selera tekak omputeh. hehe…

Resipi Spaghetti Carbonara Homemade Senang Sedap

Resepi Spaghetti Carbonara Paling Senang Sedap

Bahan-bahan
Spaghetti / Pasta kesukaan – masak air hingga mendidih, masukkan pasta dan sedikit garam dan minyak – rebus sampai masak. Kemudian toskan.
Mushroom butang slice dalam tin
2 sudu besar butter
Bawang putih – ketuk cincang halus
2 sudu besar tepung gandum
Udang sederhana size – kalau tak ada boleh jer ganti ngan ayam atau daging atau seafood. Apa-apa yang korang suka
Susu kotak 1 litter
2 sudu besar mixed herb
Sedikit air jika perlu
Garam secukup rasa
Cheese – kalau nak. Nanti parut sikit untuk buh atas pasta

Cara penyediannya
1-. Panaskan periuk, api jangan besar sangat (nanti hangit butter) masukkan butter secukupnya. Goreng separuh masak udang dan ketepikan. Periuk yang sama, masukkan 2 sudu butter. Agak-agak butter dah cair masukkan bawang putih. Tumis hingga bau wangi.
2-. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum, kacau selalu pakai whisk hingga keperangan.
3-. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil terus kacau supaya tidak berketul.
4-. Dah mendidih, masukkan mushroom. Biar sehingga mushroom masak. Kacau selalu.
5-. Kuah semakin pekat, tambahkan lagi susu dan air jika perlu. Masukkan serbuk Mixed herb dan udang yang dah dogoreng separuh masak tadi. Kacau hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa. Dah siap tutup api..
6-. Tuangkan kuah Carbonara kat atas pasta kegemaran. Taburkan parutan cheese jika suka! Nyummy..

Kot kot korang masih blur blur tak faham gak, korang pi tengok Step by Step Cara Masak Pasta Carbonara.

ppssttt >>> Selera Nina kalau rencahUudang memang Nina goreng separuh masak dulu. Pastu guna periuk yang sama dan lebihan minyak dan air udang tuu yang akan buat kuah Carbonara nanti lebih sedap! Gerenti korang terus jadi Chef My Own House gitu.. Chewah… Hehe..

Menu Open House Resipi Spaghetti Carbonara Homemade Senang Sedap

Related Post
RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO CHE NOM Mudah Sedap!
Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom

Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom puashati follow! Sedap bak ang Spaghetti antara menu kegemaran anak-anak.  Kalau Mee Goreng pun Read more

Day17 ROTI TELUR Lemak Manis Menu Bekal Sekolah Eilhan & Yana
Resipi ROTI TELUR Lemak Manis

Hollaa . . . Ya terpaksa akur, kita mampu merancang dan Allah sebaiknya yang menentukan. Apakan daya, secara tak sengaja Read more

Day12 PANCAKE 5 Hari Ke Sekolah Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
Resipi PANCAKE PALING MUDAH SEDAP GEBU Menu Sarapan Bekal Sekolah

Mmmm... Lovely Friday! Syukur Alhamdulillah tanpa sedar dah tup tup 2 minggu anak-anak ke sekolah sejak sekolah dibuka setelah berkurun Read more

Day10 EGG BENEDICT Menu Acah Omputeh English Style Bekal Sekolah Eilhan hari ni
Resipi EGG BENEDICT Mudah Sihat

Day 10 . Dah hari ke sepuloh anak bersekolah selepas lama bertapa dalam rumah sokmoooo sebab PKP. Terasa cepat masa Read more

11 Comments
  • anuar
    Posted at 19:46h, 13 July Reply

    Wow spaghetti… sedapnya…
    Makanan kegemaran isteri dan anak-anak saya.. kalau rumah kita dekat nak jer pergi beraya kevrumah Nina… 😉

    • Nina Mirza
      Posted at 07:28h, 20 July Reply

      Datang KL nanti singgah ehh… Tak yah tunggu RAya! hehee

  • Mama Kembar 3
    Posted at 19:52h, 13 July Reply

    Fav anak anak i ni, dapnyaaa

  • Munirah Izzan
    Posted at 20:50h, 13 July Reply

    omaiiii.. menawannya spaghetti tu

    • Nina Mirza
      Posted at 07:27h, 20 July Reply

      Oouchh …!! Tertawan harus di cari tuu…

  • Azhani Azhar
    Posted at 00:34h, 13 September Reply

    wow, air liur tak ertahan lagi.. sedapnya nampak..

  • Ema
    Posted at 16:45h, 19 June Reply

    Anak sulung Ema suka makan ni, entah mana dia try makan katanya sedap walhal mamanya tak pernah lagi masak.

  • Afiza
    Posted at 14:25h, 09 June Reply

    Tq kak nina share resepi. biasanya saya pakai susu je, x pernah letak tepung gandum lagi. Pasni leh try resepi kak nina ni plak.

  • Hafiza Aizzawa
    Posted at 14:32h, 09 June Reply

    boleh try nie kat rumah… sedap pula tgk letak udang besar2 gitu..

  • Dura Norell
    Posted at 18:15h, 09 June Reply

    Yummy.. leh ler buat time dok rumah PKP ni

Post A Comment