Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESS TV3
December 14, 2019December 14, 2019

Lawak tul laaaa… Sinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESS TV3

Sebenarnya hujung minggu Nina jarang sekali tonton TV. Ada jer aktiviti yang nak dibuat. Tapi minggu lepas tertonton drama bersiri tiap petang Sabtu Ahad Drama MAMA PAPA EXPRESS

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESS
2 Drama Mama Papa Ekspres (TV3)
3 Drama MAMA PAPA EXPRESS
4 Related posts:
5 Nasi Goreng Planta buat Eilyana.....
6 Rumah sewa tengah bandar KL siap perabot, facility bagai hanya RM800?? Biar betul?!
7 Promosi Percutian Hujung Tahun Cuti Sekolah Budget tapi Best tuk Family Vacation
8 Chocolate Moist Cake untuk Elyana Dan Intan Nazira

Drama santai menghiburkan ni lakonan Hero nya Azrel Ismail bergandingan Heroin nya dengan Julia Farhana. Ikutkan ke dua-dua ni selalu bawak pembantu hero heroin jer, tapi memang lakonan depa dua ni best laaa..  Selalu menghidupkan lagi drama yang depa lakonkan.

Azrel Ismail ni pada pandangan Nina masa memula tengok dia berlakon ada laaa iras-iras Remy Ishak tapi bila lelama tengok ok laaa dia ada karektor dia yang tersendiri. Memek muka dia sesuai drama romantik comedy gitu.

Julia Farhana ni ni selalu berlakon watak anak berada yang degil, nakal dan selalu buat orang menyampah! Sakit hati tengok tau. HAhaa.. Tapi girl, lakonan awak menjadi. Kita suka . . .Paling suka masa awak berlakon baru ni sebagai Misha dalam Drama Puteri Yang Di Tukar.

Korang yang takde aktiviti petang sabtu ahad moh ler layan drama santai lawak kejung perut dengan telatah depa berdua dalam Drama MAMA PAPA EXPRESS. Kot tak tahu hujung pangkal citer ni, meh Nina citerkan sinopsis nya tuk korang agar lebih faham jalan ceritanya.

Sinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESS TV3

Sinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESS

Encik Amir dan Puan Fiona berkahwin selama beberapa tahun tetapi tidak dikurniakan anak. Mereka sudah beberapa kali membuat permohonan mengambil anak angkat tetapi masih tiada jawapan.

Suatu hari, Encik Emir melihat instagram jiran mereka yang penuh dengan gambar bersama anak dan isteri. Encik Emir terus menangis semahu-mahunya kerana sedih dengan nasibnya.

Emir dan Fiona berusaha untuk dapatkan anak sendiri. Dengan bantuan Hakim, pelbagai tip dan petua mereka ikut. Jiran mereka iaitu Megat dan Sarimah juga selalu membantu mereka sekeluarga. Pelbagai tips nenek moyang mereka cuba. Memang lawak laaa tengok telatah depa ni sanggup ikutkan apa jua petua asal cepat mengandung.

Kesanggupan kegigihan mereka memang salute habis laaa.. Dengan minum air jamu, air kunyit kelat, pahit gigih di telan, petua makan taugeh berhari-hari sampai muka dah macam taugeh! HAHaa.. Petua berembun tengah malam sampai depa demam, bercuti honeymoon sokmo, bersenam sampai krem dan macam-macam lagi laaa.. Pi tengok!

Bagaimana kesudahannya? Berjayakah mereka memperoleh zuriat sendiri ? Bagaimana dengan permohonan anak angkat, berjayakah permohonan mereka?

Sebagai mama papa express, pelbagai suka duka cabaran yang harus mereka tempuhi. Ada yang mengusik hati dengan telatah mereka. Maklum lah tetiba jadi mama papa kann..?

Drama Mama Papa Ekspres (TV3)

Drama bersiri Mama Papa Ekspres akan menemui penonton di slot Dahlia TV3 bermula 24 November ini.

Sinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESS TV3

Dibintangi oleh Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan dan Danish Hazriq.

Drama 20 episod arahan Emi Suffian terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 6.58 petang di TV3.

JUDUL : MAMA PAPA EKSPRESS
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 November 2019
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 6:58 petang
SIARAN TV : Slot Dahlia TV3
PENULIS SKRIP : Marziah Manaf
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Senario, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf, Ain Sufia, Fazlina Ahmad Daud, Dottie, Muntazar Ghufran, Draman Muhamad

WATAK PELAKON
Azrel Ismail sebagai Emir
Julia Farhana Marin sebagai Fiona
Aleesya Edwan sebagai Leila
Danish Hazriq sebagai Azrai
Puteri Arora sebagai Irdina
Sharifah Shahora sebagai Sarimah
Hamdan Haji Ramli sebagai Megat
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ain Sufia sebagai Misha

Nina rekeman korang tonton drama santai yang menghiburkan ni… Sesuai sangat tayangannya di hujung minggu. Kot terlepas episod, korang pi laaa tengok kat www.tonton.com.my eh… Nina dah tengok episod pertama, memang layan laa
Banyak lawak! Ker ku mudah terhibur? Eeerrkkk… HAhaa

Drama MAMA PAPA EXPRESS

Related posts:

Nasi Goreng Planta buat Eilyana.....

Rumah sewa tengah bandar KL siap perabot, facility bagai hanya RM800?? Biar betul?!

Promosi Percutian Hujung Tahun Cuti Sekolah Budget tapi Best tuk Family Vacation

Chocolate Moist Cake untuk Elyana Dan Intan Nazira

Lifestyle Review Azrel IsmailDrama MAMA PAPA EXPRESSDrama Petang Sabtu AhadDrama sangatJulia FarhanaSinopsisSinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESSSlot Dahlia TV3TV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. YB Shehan says:
    December 16, 2019 at 4:52 pm

    kena layan youtube lah nampaknya nih..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes