Apa menu Hari Raya korang? Juadah yang wajib ada masa Pagi Raya? Menu Raya Sambal Goreng Singapore
Sambal Goreng Singapore antara menu wajib ada tuk Nina sekeluarga. Dah beberapa tahun sejak tau buat, Geng kata lulus maka nya tiap tahun laaa ada menu ni. Walau tak sesedap Mama Geng yang bikin. Huhuu… Lulus pun dah cukup membahagiakan. Chewah…
Tahun lepas Nina sempat buat Lontong daun Pisang Tradisional Dan Nina ada citer Nina suka makan Lontong bersama Sambal Goreng pengantin Singapore. Menu kegemaran Nina dan family. Suka sangat..!! Tapi tahun ni nan hadoo Lontong buat sendiri… Entah apa yang sibuknya. Nampaknya kami order jer nanti. Huhuu …
Sambal goreng Singapore ni simple cuma renyah sebab segala bahan kena goreng satu persatu dulu. Then baru lah buat sambalnya dan gaul rata kesemuanya.
Selera Geng, sambal goreng singapore ni kena kering, tapi tetap terasa sambalnya. Memang match pekena dengan Kuah Lodeh ker Masalodeh . Korang lak, selalunya kalau makan Lontong Kuah Lodeh match ngan apa?
Eh! Tanya banyak, cakap tulis banyak… Moh lerr Nina share resipi Sambal Goreng Singapore style Nina eh …
Juadah Menu Raya |
Sambal Goreng Singapore sedap mudah (style Nina)
Bahan-bahan Utama
1kg daging – rebus dulu kemudian potong dadu dan goreng
4 paket Tempe – potong dadu dan goreng
4 keping Tauhu – potong dadu dan goreng
1 1/2 kg Udang (sederhana saiz) – cuci bersih dan goreng
**kesemua nya perlu di potong dadu, digoreng asing – satu persatu dan diketepikan. (Udang goreng last)**
Bahan kisar 1
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3inch Halia
4 batang Serai
Belacan
Bahan kisar 2
Cili kering dalam dua genggam. Buang biji, rebus dan blend. Nina shortcut guna cili giling ready made brand Puteri aje! hehee ….
Bahan lain
Santan kotak kecik
Perahan air asam jawa
Gula Melaka
Garam
3 biji Cili Merah – racik halus (untuk hiasan jer)
Cara masak Sambal Goreng Singapore
1- Kesemua Bahan Utama dipotong dadu, di goreng satu persatu dan diketepikan. Udang goreng last.
2- Lebihan minyak goreng udang tadi, tumis Bahan kisar 1 hingga wangi dan keperangan. Kemudian masukkan Bahan kisar 2 (cili giling). Masak sampai pecah minyak.
3- Masukkan sedikit perahan air asam jawa dan diikuti dengan santan. Kacau rata hingga mendidih.
4- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5- Kemudian masukkan Bahan Utama yang dah digoreng tadi. Gaul rata kesemuanya. Hiaskan dengan cili merah yang dah diracik halus.
6- Sedia dihidangkan.
Menu Raya Sambal Goreng Singapore Sedap Mudah
Selain sedap dimakan time Raya bersama Lontong Daun Pisang, makan ngan nasi putih pun sodap! Kalau tak makan nasi, makan ngan roti pun ok. Boleh habis sebuku roti kalau tak de sapa tegur. hehee…
Hurmm… Dah nama menu kegemaran, makan gitu pun sedap! Oopsss…!!
Ni nak share, sambal goreng pengantin Singapore ni ada pelbagai versi. Bahan utama ada yang tambah paru, hati ayam, hati daging selain bahan utama Nina.
Cuma ada yang tak makan organ dalaman, so boleh aje ikut style masing-masing. Nina ikut aje style Mak Mertua Nina tapi idok err sesedap air tangan beliau. . Kalau korang rasa nak tambah apa-apa bahan kegemaran ok jer …
Haaa… Lontong tau bukan nasi himpit. Sambal Goreng Singapore paling match makan sama Lontong daun pisang. Buat yang tak tahu lontong, dia bentuk bulat silinder, berasakan beras, lembut macam nasi himpit tapi lagi sedap dan wangi.
Ketahui TIPS buat lontong daun pisang
Apapun, Raya nanti makanlah dengan bersederhana eh… Jaga kesihatan!
Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin buat semua,
Nina Mirza
Comments (3)