Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 10, 2012July 7, 2023

Daging Masak Hitam Berempah Ala-Mamak Style

Suka tak makan kat restoran Nasi Kandar? Kalau cerita pasat nasi kandar, Nina paling suka Nasi Kandar Ibrahim Shah yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tak payah pi jauh-jauh sampai nun Penang sana sebab kat KL sini pun ada yang sedap kaw padu! Nina paling suka Daging Masak Hitam Berempah dia!

Isi Kandungan hide
1 Resepi Daging Masak Hitam Berempah Ala Mamak
1.1 Cara Masak : Daging Hitam Berempah ala Mamak
1.2 Related posts:
2 RESEPI Chocmilo Coklat Crepe! Wallaaaa
3 Sotong lagi? Sambal Sotong lak... Tips masak sotong
4 Resepi Muffin Pandan - menu minum petang paling cepat mudah
5 Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Punya lah lembut daging nya, juicy, kombinasi rempah memang terangkat. Beli tapau lauk je, nanti balik rumah panaskan makan cecah roti. Perghhh… Sebuku roti pun boleh licin! HAhaa

Nasi Kandar lauk Daging Hitam Berempah 

Sebelum-sebelum nie, Nina dah pernah share resepi Ala-Mamak. Antaranya Udang Masak Hitam Ala-Mamak & Sotong Masak Hitam Ala-Mamak. Kali nie Nina buat versi daging pula. Disebabkan Nina dan Geng kurang makan nasi untuk dinner , (buat masa ni, sampai bila entah laaa) so Nina sediakan menu yang sesuai buat cecah makan bersama roti/tortila/pita dan seangkatan dengannya. Bagi selera Nina dan Geng , kuah Ala-Mamak yang pekat dan berempah amat sesuai dimakan bersama roti. Setuju tak?

Daging Masak Hitam Berempah Ala Mamak

Resepi Daging Masak Hitam Berempah Ala Mamak

Bahan-bahan
500g Daging dipotong kecil  
2 biji bawang besar – dihiris halus
2 ulas bawang putih – diketuk jerr
2 inch halia –  dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan (anak-anak)
1/2 cawan santan pekat
 
bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam
 
bahan sos
3 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
Daging Masak Hitam Berempah Ala Mamak

Cara Masak  : Daging Hitam Berempah ala Mamak  

1-   Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
2-   Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
3-   Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
4-   Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
5-   Masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi. Kacau rata. Biarkan daging sebati bersama rempah-rempah tadi. (Nina tutup periuk seketika dan kacau sekali sekala)
6-   Masukkan air dan biarkan sehingga daging empuk sepenuhnya.
7-   Kemudian masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
8-   Selepas itu, masukkan santan dan kacau sekali sekala sehingga kuah pekat. Kepekatan kuah mengikut citarasa masing-masing
9-   Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
10- Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
11- Tutup api dan sedia dihidangkan. 
Selamat mencuba !! 

Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap

Saja nak share ngan korang, buat yang tak berapa suka rempah kuat sangat korang boleh lah cuba rempah light light versi Nina yang ni pulak. Resepi Daging Korban Goreng Berempah . Yang ini rasa dia tak ala mamak pun so dont worry. Taste dia lebih pada serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih. Rasa yang berbeza dari Daging Masak Hitam Berempah ala mamak. Korang cuba laa..!! Manalah tau menepati citarasa korang, tak cuba tak tahu kann

Selit sikit TIPS untuk korang, ketahui  TIPS beli pilih daging segar

TIPS PETUA Daging segar

Ok, Nina kongsikan koleksi RESEPI DAGING yang sedap mudah untuk korang cuba
Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya  Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi
RESEPI DAGING
 
 
 
 
 

Related posts:

RESEPI Chocmilo Coklat Crepe! Wallaaaa

Sotong lagi? Sambal Sotong lak... Tips masak sotong

Resepi Muffin Pandan - menu minum petang paling cepat mudah

Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Resepi DagingDaging KorbanDaging lembutdaging masak apa sedapDaging Masak Hitam Berempah Ala-Mamak StyleLauk Paukresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. inazamri says:
    July 10, 2012 at 11:34 am

    perut mula lapar..dtg sini ada pulak lauk daging ni.terliur….

    Reply
  2. Asyifa Mustaffa says:
    July 10, 2012 at 11:45 am

    wow…! sedap nmpak….

    Reply
  3. zila norazila says:
    July 10, 2012 at 11:49 am

    wsalam nina..lama myepi yer..sedap daging tue:)

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    July 10, 2012 at 5:45 pm

    As'salam inazamri,

    lapar ehhh ….?? bak mai piring meh, kita share2 makan sesama..
    hehee

    Reply
  5. Nina Mirza says:
    July 10, 2012 at 5:46 pm

    As'salam Asyifa Mustaffa,

    nampak sedapp?? Memang sedappp tau~~ boleh tak perasan sebuku roti
    pun boleh licin !!! hehehe . . .

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    July 10, 2012 at 5:49 pm

    As'salam Zila cayanggg ….

    yelah zila… agak sibuk kebelakangan nie. Nina kena dahulukan yg
    lebih diutamakan πŸ˜‰
    Insya'Allah, masa terluang yg ada pasti Nina akan update entry dan
    jalan2 ke dapur yang lain2 pula…..

    Reply
  7. Anonymous says:
    August 16, 2012 at 8:01 pm

    ALHAMDULILLAH,saya try buat untuk juadah berbuka tadi. SEDAP πŸ™‚ tapi saya gunakan ayam. thanks yer.

    Reply
  8. Nina Mirza says:
    August 27, 2012 at 12:02 pm

    Alhamdulillah …. menepati citarasa awak sekeluarga πŸ™‚
    Terima kasih kerna sudi mencuba…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes