Seharian hujan dari semalam hingga lah ke subuh ni. Sejuk ketaq malam tadi. Mood malas mula lah bertahta siap pakai crown gitu. Lemah longlai jer rasa waktu hujan gini kan.. Aarrghhh…!! Sedapnya nyamannya kalau ku tarik selimut. Eh! Amboi . . . Banyak cantik. Bangkittttt. HAhaa.. Hari ni Nina nak share Resipi Mee Goreng Sedap Senang Mudah
Mood lembab macam baju gak, jemur-jemur tak juga kering. Harapnya jap lagi cerah mentari menyinar, tak payah hantar dobi keringkan baju. Eermm.. Typical mak mak agaknya Nina ni, cerewet bab baju lembab. Sanggup cuci semula. Isteri sapa lah tu .. Huhuuu
Bila mood malas gini, haihhh… dah berapa kali malas daaa.. Syoohhhh syohh!! Ok. Bila mood kurang rajin gini, nak masak pun nak yang paling senang, paling cepat, paling mudah kann…?? Yelah sedar diri, kita tak punya bibik, maka sila pupuk kerajinan tu sikittt jer lagi. Masak lah sendiri jawabnya.
Meh Nina share resipi Mee Goreng yang paling senang cepat mudah tapi sedap terangkat rasa dia! Korang try laaa… Kombinasi sos yang Nina campur-campurkan memang menjadi laa. Ok puji diri sendiri. Hahaa
Nina dok ulang-ulang resipi ni jer segala sos yang Nina guna tuk masak Mee Goreng. Resipi Mee Goreng tak pedas dan anak-anak gerenti suka! Mmmm… Kot korang sukakan pedas berapi, sila tambah sendiri berapa genggam cili padi ikut kekebalan lidah korang eh…
Resipi Mee Goreng Cik M pakai Crown Eh! hahaa
Resipi Mee Goreng Sedap Senang Mudah
Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Cili padi ikut korang nak buh berapa genggam. Hehee.. Nina tak letak pun
Minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis – Nina pakai Mahsuri jer.. Murah pun murah. Sedap gak!
2 sudu besar sos cili
1 cawan air panas – nakkan mee basah lencun sila tambah kan lagi air
Rencah-rencah (ikut korang nak letak rencah apa. Nina buh aje apa ada dalam fridge)
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee
Bahan hiasan (tak mo hias pun tak kisah)
Bawang goreng
Cara-cara
1- Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering gitu). Ketepikan..
2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama garam secukup rasa. Kalau perlu laa… Selalunya Nina tak letak pun. Kicap sos segala tu dah cukup dah rasanya. Ikut selera tekak Nina laa
5- Dah siap, sedia dihidangkan… pastu tak reti-reti nak makan. Tak kan nengok aje iyer tak? Hehee . . .
Sap sap suiii jer kann..?? korang try laa . . . Udah udah lerrr ternak malas tu! Eh.. cakap kat diri sendiri Hahaa
Kot korang ada sikit kerajinan, nak . . . . Nina share kan resipi kudapan yang sedap buat minum petang.
Wajib cuba : Resipi Kek Pisang Viral Paling Sedap Senang . Gerenti Jadi Sukatan Cawan
anak dkna suka sangat makan mee.. tapi tak boleh pedas la.. kadang tu masak 2 kali sebab nak asingkan tuk dia..hehehe
nampak menyelerakan betul mee goreng kak nina ni. terasa lapar dah
Haish.. Menu malas kak nina ni.. Walaupun malas tetap sedap nampak…grrr
Saya pon suka resepi ekspress macam ni. Hehehe… Hmm sedaappp nampaknya ni. Mesti cuba.
Sedap tuu… feveret ! Nanti leh open table.. hahaa
tengok entry nie terus rasa nak mengoreng juga mee . makan time hujan-hujan nie pun sedap
ala.. masih ternak M ni. sayang nak buang. hahahahaahaa
Ehh lapaq plak tgk gambaq ni, sedapnyaaa
uishhh..gambar mee kak nina ni..mengugat keimanan saya..hehe
tiba-tiba terasa nak makan mee goreng juga hihi
Terima kasih atas perkongsian ilmu, btw bile saya masak mak kate okey, tp ayh kate mcm manis, kenape eah?
Manis mungkin dari jenis kicap yang digunakan…
Samada kurangkan kuantiti kicap atau gantikan dengan kicap pilihan lain.
Slm, ape rencah yg nina guna ek?
Rencah untuk mee Nina guna apa yang ada dalam fridge jer….
Kalau ada udang ke, sotong ke, ayam ke… Buh jer semua. Hahaa
Ehh lapaq plak tgk gambaq ni, mengugat keimanan saya..hehe
Sedap tuu… feveret ! Nanti leh open table..
Sy teringin nak masak mee goreng. Sy google. Jumpa resepi dari blog akak ni. Sy try. Memula suami cakap, mee nya kembang. Geram jugak sy. Belum makan dah komplen. Lepas tu die makan, die cakap sedapppppnya. Sampai bertambah. Huhuhu. Thanks kak. Naissss resepi ni. ❤️❤️❤️
kalau takde sos tiram,Ok tak?
I would like more information about this, because it is very nice., Thanks for sharing.
adududu sedap buat makan pepetang ni, tetiba je rasa lapar =p
That look awesome food to eat and best of luck with promoting it.
Dah try buat pagi tadi. Ada tukar kicap pekat 1 sdb, kicap cair 2 sdb. Yang lain sama. Sedap, bahan mudah. Arahan senang ikut.
Dah cuba pagi tadi, sedap & muf6, org bujang mcm aku pun boleh buat. Time kasih resepinya
Memang resepi paling sedap dan simple pernah saya ikut buat kat rumah. terima kasih kak!