BUASIR bahaya ke? Selalunya buasir ni apa punca dan rawatan ubat nya bagaimana? Kebanyakkan buasir dialami oleh peringkat usia 30-an ke atas. Ibu mengandung lebih cendorong mengalaminya akan tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali!
” Saya makan pedas, tu pasal dapat buasir”
” Lepas makan mee ramen pedas, saya berak berdarah “
Adakah betul makan pedas penyebab buasir?
JAWAPANnya, Tidak.
BUASIR
Buasir terjadi sebab saluran darah di bahagian dubur ( rectum / anus ) membengkak. Saluran darah ni halus dan nipis dindingnya, so bila ia membengkak, ia mudah pecah bila bergesel dengan najis.
Jenis Buasir
Buasir ada 2 jenis:
1) Buasir luar ( external haemorrhoid)
2) Buasir dalam ( internal haemorrhoid)
Buasir dalam kita tak nampak dan selalunya tak rasa, sebab di bahagian dalam dubur tu tak banyak saraf pengesan sakit. So selalunya simptom buasir dalam ni ialah darah pada najis tanpa rasa sakit / bengkak di dubur. Pesakit boleh rasa sakit / perasan ada bengkak di dubur jikalau buasir dalamnya sudah jatuh ke luar ( prolapse ), dan ini ialah komplikasi buasir dalam.
Tahap Buasir
Buasir dalam ada 4 peringkat: 1st Degree hingga 4th Degree.
1st degree simptom nya hanyalah berak berdarah
2nd degree simptomnya buasir akan terkeluar bila meneran berak, dan masuk semula dengan sendirinya.
3rd degree simptomnya buasir terkeluar , dan perlu ditolak masuk.
4th degree, simptomnya buasir terkeluar tu tak boleh ditolak masuk ( irreducible ).
Apakah Punca Rawatan Ubat Buasir
Buasir luar pula berada di kawasan kulit sekitar lubang dubur ( anus). Di sini banyak saraf pengesan sakit, so buasir luar selalunya rasa sakit. Simptom biasa buasir luar ialah rasa sakit, berdarah pada najis, bengkak pada lubang dubur, & rasa gatal. Duduk pun akan terasa pedih.
Faktor risiko terjadinya buasir
1) Keturunan.
Kalau mak / ayah atau adik beradik ( 1st degree relative) kita ada buasir, tinggi kemungkinan kita dapat buasir.
2) Tekanan pada saluran darah bahagian dubur.
Tekanan ni boleh terjadi atas banyak sebab, antaranya:
– Obesiti
– Mengandung
– Kerap meneran ( sebab kerap sembelit)
– Diet kurang serat ( penyebab sembelit)
– Cirit birit yang teruk / berpanjangan
– Habit suka duduk berak lama sangat ( eg main handphone / membaca )
– Tekanan pada abdomen kerana kerja berat / bersukan berat.
3) Faktor usia meningkat.
Apabila semakin tua, tissue di keliling dubur akan mula lemah.
Diagnosis
Selalunya, pesakit buasir boleh agak dian kena buasir berdasarkan simptom yang dia ada seperti berak berdarah / bengkak pada dubur. Tapi awas, bukan semua berak berdarah itu ialah buasir, contohnya ia juga boleh jadi simptom kanser usus. Makshorturl.at/hQUX2a kalau anda syak anda buasir, jumpa doktor so pemeriksaan fizikal akan dijalankan untuk sahkan ianya buasir.
Baca : Punca buasir penyebab berak berdarah
Bahaya Buasir Punca Rawatan dan Ubat
Aku beri contoh ada patient yang menyangka dia kena buasir sebab ” bengkak pada lubang duburnya). Bila diperiksa, ruap rupanya dia alami bisul besar pada kawasan dubur, dan cara rawatannya of course berbeza.
Untuk buasir dalam, pemeriksaan menggunakan alatan khas dipanggil protoscope diperlukan utk melihat ke dalam dubur. Kadangkala, pemeriksaan lebih lanjut guna alatan colonoscope ( perlu dibuat di hospital) mungkin perlu.
Komplikasi buasir
1. Skin tag ( lebihan kulit)
Lebihan kulit pada sekitar lubang dubur boleh terjadi bila darah beku pada buasir luar tu mengecut. Skin tag boleh terjadi di mana mana bahagian kulit pada badan, dan kalau terjadi di sekitar dubur, gatal ialah simptom nya , selain rasa ada lebihan kulit.
Baca : Punca punca gatal bontot
2. Jangkitan pada buasir luar.
Ini terjadi kerana adanya lelehen mucus / lendir pada lubang dubur bila adanya buasir luar. Jika tidak dibersihkan kerap, maka jangkitan bakteria boleh terjadi. Jangkitan kulit sekitar buasir- Cellulitis, boleh menjadi serius buat pesakit yang lemah imun sistem, contohnya pesakit Diabetes.
3. Thrombosed haemorrhoid
Terjadi pada buasir yang terputus bekalan saluran darahnya, kerana darah membeku. Selalunya pada buasir luar. Simptom utamanya ialah rasa sakit yang melampau.
Rawatan Ubat buasir. Ketahui punca nya
1. Paling basic, kena ubah diet.
Banyakkan makan sayur, buah & minum air supaya tak sembelit ( dan tak perlu nak meneran kuat masa berak). Sembelit adalah faktor punca proses penghadaman tidak lancar. Ketahui cara buang angin dalam badan tanpa ubat.
2. Jangan membaca / termenung / main handphone ketika berak.
3. Kalau ada buasir luar, boleh try duduk dalam bath tub / besen besar berisi air suam. Rendam buasir tu untuk memberi kelegaan. Ada juga krim khas yg boleh disapu, atau ubat masukkan dalam lubang dubur yang boleh meredakan bengkak & sakit. Jumpalah doktor anda bukan memandai beli di internet ya.
4. Ubat buasir jenis makan yang berfungsi mengecutkan saluran darah yang membengkak. Contohnya ubat jenama Daflon.
Rawatan khusus untuk buasir yang kronik
-
Rubber band ligation
Buasir dalam yang terkeluar, atau buasir yang berdarah akan diikat dengan getah khas. Ini akan memutuskan saluran darah, dan buasir itu akan terputus / mati.
-
Sclerotherapy
Doktor akan inject bahan kimia khas pada buasir dalam, dan ia akan menyebabkan buasir tu mengecut.
-
Electrocoagulation
Arus elektrik akan diberi pada buasir dalam, menyebabkan buasir dalam berdarah sikit & membentuk parut, dan akhirnya buasir akan mengecut. Teknik coagulation ini boleh juga menggunakan infrared light.
-
Pembedahan buasir
a) Haemorrhoid stapling – pakar bedah akan potong buasir luar / menolak dan adjust buasir dalam yang terkeluar menggunakan alat staple yang khusus.
b) Haemorrhoidectomy – pakar bedah akan memotong buasir luar yang besar / buasir dalam yang tak respon pada rawatan lain.
Okies, perkongsian hebat ini dari Dr Khairul Faizie tentang Buasir punca rawatan ubat secara ilmiah dan mudah faham. Terima kasih Doktor! Korang boleh follow facebook Doktor untuk pelbagai info menarik tentang kesihatan.
Ppppssstttt . . . Dr ni lawak orangnya! Setiap hari akan singgah facebook dia untuk tahu juga isu semasa. Ada aje seloroh dia nak membahan public! HAhaaa korang tak yah serius sangat. Chill chill sudaaa
When it is done, you’ll know through the toothpick test — stab the centre of the cake with a knife or skewer– if it comes out without still-wet batter on it, it’s done.