Ini kali kedua Eillya tulis dalam blog mama. Mulanya macam malas nak tulis sebab homework pun banyak. Mama yang suruh Eillya tulis kat sini cerita pengalaman Eillya pegi belajar swimming di kelas renang KL. Tapi sorry lah kalau tak best baca macam mama yang tulis.
Pada hari sabtu yang lalu, (18/02/17) mama bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dapat jemputan pegi kelas belajar renang. Kami sekeluarga pun dapat turut serta. Selepas subuh Eillya adik-beradik dah bersiap dan tak sabar nak pegi. Sebab apa tau, ini lah pertama kali Eillya mengikuti kelas renang. Tak pernah belajar renang sebelum ni. Perasaan tu seronok sangat! Takut pun ada sebab Eillya memang tak reti berenang. Sikit-sikit boleh lah
Mama dah pesan, ini lah masanya untuk belajar berenang dengan betul. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Beruntung betul blogger KBBA. Eillya dan adik-adik lah paling beruntung sebab dapat ikut sama. Ada cikgu profesional yang ajar berenang!
Kelas bermula jam 9 pagi dan berakhir sampai tengahhari. Banyak ilmu dan teknik yang Eillya belajar dan dapat buat dengan jayanya. Sangat tak sangka Eillya boleh buat. Mula-mula macam takut gak, risau Eillya atau adik-beradik terlemas ke sebab kami memang tak reti berenang. Kat kolam tuu kaki Eillya jejak lantai tapi risau sangat sebab adik Eillya tak sampai. Sayang adik-adik.
Apa yang Eillya suka dengan kelas renang ni ialah cara cikgu yang mengajar. Kat kolam kanak-kanak ada 3 orang cikgu dan kolam dewasa ada 2 orang cikgu. Cikgu kanak-kanak sangat baik. Cakap dengan lemah lembut, jelas, mudah faham apa yang di ajar dan Cikgu mengajar dengan penuh semangat membuat Eillya berasa yakin mampu buat! Cikgu best sangat!
Kelas Renang KL | Swimming Academy
Kelas Renang Kanak-Kanak dan Dewasa di kawasan KL dan Selangor
Tenaga pelajar yang terlatih profesional dan punya lesen mengajar renang yang diiktiraf. Cara belajar yang cukup santai dan bebas. Ada juga pakej kelas berkumpulan dan juga ada personal kelas yang mana cikgu boleh datang rumah dan ajar kita atau family kita sahaja. Tak de laa rasa malu.
Ada juga kelas khas unutk muslimah sahaja. Cikgu pun perempuan. Lebih selesa belajar. Ibu yang tak reti berenang nanti dah pandai boleh ajar anak mereka pula. Mama cakap skill berenang ni bukan semua orang mampu. Ada peluang belajar buat sampai boleh!
Teknik asas berenang
Buble
Memula sekali cikgu ajar cara bernafas dalam air dengan betul. Buble ni – Kena hembus nafas kat hidung. Nanti akan keluar buble dalam air. Kena berani tenggelam kan muka dalam air. Ooo.. Rupanya selama ni cara Eillya salah. Sebab tu Eillya tak boleh dok lama dalam air sebelum ni
Kicking
Pergerakan kaki dan tangan sekali dengan pernafasan. Cikgu cakap kaki kayuh kuat-kuat. Baru lah kita bergerak.
Glide / roket
Yang ini teknik berenang bergerak ke depan. Eh! memang lah berenang ke depan. Hehe.. Tangan letak atas board pastu Cikgu kata kaki tolak kuat-kuat macam tolak dinding dengan sepenuh hati. Bila kaki tendang kuat-kuat memang kita bereang ke depan. Best sangat dapat bergerak! Jauh juga Eillya berenang. Bangga
Yuran Kelas Renang Swimrush
Yeayy… Dah pandai berenang! Kelas renang KL SWIMRUSH best!
Cikgu kids friendly – mesra kanak-kanak. Bagus
Bagi Eillya kelas renang ni best! Belajar sambil bermain. Cikgu yang bagus, pandai membuat kita yakin, pandai ajar, mudah faham dan selesa bersama mereka semua. Rasa selamat!
Adik Eillya no.2 – Eilman tu, dia tak pandai berenang pun dah boleh berenang. Yang no. 3 – Eilyana tu masa mula-mula takut. Nak masuk dalam air pun tak nak. Tapi tau-tau aje dia dah berani dan dah boleh berenang! Hebat Cikgu-cikgu Swimrush. Pandai pujuk dan ambil hati kanak-kanak.
Adik Eillya yang no. 4 – Eilhan tu nakal. Suka nak terjun sendiri. Tapi dia dengar cakap cikgu suruh dia dok tepi dulu. Cikgu Swimrush cakap lemah lembut aje.. Yang nakal pun ramai tapi semua dengar cakap cikgu. Pandai cikgu pujuk mereka dengar arahan.
Eillya tak de goggles , hari tu cikgu ada bagi pakai goggles. Cikgu suruh pakai supaya masa berenang kita selesa buka mata (tak pedih) dan nampak dasar kolam. Banyak lagi peralatan renang yang menarik ada kat Moonaz Swimming Attire. Ada macam-macam
Peralatan Renang | Moonaz Swimming Attire
1. Baju renang (muslimah, muslim) dewasa dan kanak-kanak.
2. Peralatan renang seperti goggle, board, float, cap dan lain lain.
3. Mainan air seperti pool, shooter pistol bubble.
4. Barangan spa baby seperti neck float dan swimdiapers.
5. Alatan yang berkaitan dengan air seperti tuala dan baju hujan.
Nanti nak ajak mama abah beli kat sana. Ada banyak tempat ada.
Lokasi perniagaan Moonaz Swimming Attire:
1. HQ Lorong Abdullah jln kebun.
2. Giant Sec13 Shah Alam
3. M3Mall Gombak.
4. Alamanda Putrajaya
5. Plaza Angsana Johor Bharu
Buat ibubapa lain, mana yang anak tak reti berenang tuu elok lah masukkan dalam kelas renang Swimrush Swimming Academy. Tak rugi belajar sebab bagi Eillya, berenang ni adalah satu kemahiran seumur hidup yang perlu ada dalam setiap orang. Rasa tak takut dalam air sangat penting. Kalau kecemasan boleh bantu orang terutama keluarga sendiri. Kami dapat sijil lepas tamat kelas. Kalau mama ada budget, Eillya nak sambung belajar renang lagi. Kelas yang lebih advance.
Kelas Renang KL
Swimrush Swimming Academy
Website: https://swimrushacademy.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush
Moonaz Swimming Attire
Website: www.moonaz.com.my
Facebook: Moonaz Swimming Attire
Instagram: @moonaz.swimming.attire
Okies, kalau korang punya anak yang dah berusia 12 tahun ke atas, dan mahukan aktiviti tambahan untuk anak-anak korang boleh daftar anak menembak di Kelab Menembak Selangor . Aktiviti ini membantu anak lebih fokus dalam apa juga yang mereka lakukan. InsyaAllah
Jom repeat lagi…
pandaiii…. tulis…..
bagus anak nina…
kipidap okay…… ikut mama tu.. pandai masak .. pandai tulis…
Bagus dapat rasa pengalaman tu, dapat belajar berenang dengan betul dan tak takut nak cuba.
Pandain Eillya tulis, syok unty baca. Next class pun Eillya tulis jugak tau
eilhan bakal jadi blogger..hehee
Your work is really good and I appreciate this information.