Pernah tak rasa macam suatu keadaan kita berasa seolah kita sedang melayang dan berpusing. Orang kita menyebutnya sebagai pening, apabila kita berasa tidak seimbang berlaku secara tiba-tiba dan berlangsung hingga beberapa jam. Ini menyebabkan kita akan berasa loya, tidak boleh berdiri dan mahu berbaring saja. Seksa ooo…!! Rasa macam kipas, siling, dinding dan semua yang ada disekeliling akan jatuh hempap kita. Huhuuu… Pernah tak? Ini antara simptom VERTIGO. Hebat derita yang ditanggung oleh Vertigo ini.
Selain tadi, Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, mata kabur, rasa melayang-layang, sensitif pada cahaya dan silau ini biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan. Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.
Maksud VERTIGO

Cer tengok gambar ni.. Ada rasa macam tak balance tak?
Penderita sakit Vertigo bila terlihat gambar ni terasa seolah tumpuan fokus lari, rasa nak tampo-tampo je dan tak mampu teruskan tengok lagi! Maaf sangat-sangat.. Faham apa yang korang rasa.
Punca Kenapa Vertigo terjadi?
- Migrain. Selain sakit kepala, pesakit migrain juga boleh merasa melayang dan berpusing. Ketahui beza Migraine dan sakit kepala biasa
- Labyrinthitis iaitu jangkitan kuman pada bahagian dalam telinga yang berfungsi menjaga pendengaran dan keseimbangan tubuh.
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah gangguan keseimbangan tubuh berlaku ketika kita mengubah posisi kepala.
- Penyakit Meniere merupakan gangguan di bahagian dalam telinga apabila peredaran lendiran dalam telinga terganggu. Ia juga menyebabkan juga kita mendengar dengingan (tinnitus) dan gangguan pendengaran.
- Neuritis vestibular atau labirinitis merupakan gangguan pada bahagian dalam telinga disebabkan oleh jangkitan kuman (biasanya disebabkan oleh virus) di sekitar saraf penting yang mengawal keseimbangan tubuh.
Punca dan penyebab lain terjadi Vertigo
- Dehidrasi
- Kekurangan vitamin D dan vitamin E
- Minum alkohol
Rawatan Kecemacan
Bila TIBA-TIBA gejala rasa berpusing, seolah persekitaran atau diri sendiri yang sedang berputar, sebaiknya buat beberapa langkah yang boleh membantu ianya tidak terjadi sesuatu yang lebih membahayakan diri sendiri. Antaranya
- Tarik nafas , jangan panic!
- Cari tempat yang selamat untuk duduk atau baring dan tunggu sehingga gejala hilang
- Jangan pejam mata, fokus pada satu objek
- Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap pada waktu malam
- Jangan memandu / sekiranya sedang memandu sila berhenti tepi jangan teruskan pemanduan. Bahaya!
- Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.

Komplikasi
Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika mengalami pening berpanjangan dan diikuti dengan gejala berikut :
- Sakit kepala bertambah.
- Pandangan kabur.
- Hilang pendengaran.
- Gangguan pertuturan.
- Lemah pada kaki dan tangan.
- Hilang tahap kesedaran.
- Jatuh atau sukar berjalan.
- Kebas atau rasa menyucuk.
- Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat.
Antara ubat yang diberikan untuk pesakit vertigo
1. Meclizine
2. Promethazine
3. Diphenhydramine
4. Dimenhydrinate
5. Lorazepam ( Lorazepam adalah ubat dalam kelas benzodiazepin yang menghasilkan kesan dan bertindak pada vestibular, untuk mengurangi nystagmus (gerakan mata yang berulang tanpa kawalan).

Berundinglah dengan doctor bagi mendapatkan ubat-ubatan ini. Ada juga beberapa ubat yang terkini, perlu mendapat preskripsi doctor. Meskipun kita mengambil ubat-ubatan dari klinik dan hospital, ada kalanya rasa pening dan berpusing terlalu kuat, walaupun telah mengambil ubat yang diberikan. Dicadangkan jangan menambah dos sesuka hati, tetapi boleh ambil beberapa langkah rawatan altenatif ini.
Rawatan altenatif Vertigo tanpa ubat
- Dapatkan tidur yang cukup.
- Campurkan halia dalam minuman. Halia dapat mengurangkan rasa mual, muntah dan pening. Campurkan sehelai dua daun pudina untuk mendapatkan kesan yang berganda.
- Gingko biloba. Herba ini dapat membantu vertigo kerana ia menggalakkan peredaran darah ke bahagian otak. Ia juga mempunyai sebatian antioksida yang mencegah kerosakan sel-sel saraf dan otak.
- Lada Merah. Ia adalah rempah yang membantu mengurangkan vertigo dengan cara mencampurkan sedikit lada merah yang berbentuk kepingan (flake) dalam makanan yang diambil.
- Ketumbar. Ia adalah rempah yang bersifat antiradang yang bagus dicamuprkan dalam masakan untuk membekalkan zat besi dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
- Daun selasih. Selasih atau basil adalah tanaman yang daunnya sering digunakan sebagai penyedap makanan karena aromanya yang kuat. Ia juga membantu mengurangkan vertigo dengan memasukkan daun ini ke dalam masakan terutamanya sup.

Pantang larang Vertigo
- Elak memandu kereta atau kendalikan jentera berat jika kerap pening.
- Elak dadah, alkohol atau merokok.
- Pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam.
- Berhati hati kemungkinan hilang keseimbangan.
- Elak mengubah kedudukan dengan cepat.
- Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas)
- Elak terdedah kepada keadaan ketegangan atau kerisauan atau perkara yang merangsangkan pening termasuk sebarang alahan. Senang cerita jaga emosi jangan stress!
- Elakan makanan berkolestrol tinggi contohnya daging, organ dalaman haiwan (hati, limpa, paru), makanan bersantan, bergoreng, nasi, makanan minuman manis, kopi, buah-buahan yang mengganggu perut contohnya nangka, durian dll.
- Berkait rapat juga dengan anxiety. Ketahui pantang larang anxiety makanan yang boleh dan tidak
Apa yang penting ialah vertigo adalah hanya tanda (symptom) yang mungkin menunjukkan seorang mengalami penyakit yang lebih serius. Pemeriksaan doctor yang lengkap bersama doctor ENT perlu dilakukan jika rasa pening berlarutan dan tidak kurang dengan ubat yang diberikan.
Semoga bermanfaat. Jaga emosi, jaga hati.. Zikir lah selalu!
Buat lah apa yang kita suka, bukan apa yang orang lain suka. Elakkan fikir pasal orang lain, apa orang kata dan sebagainya. As long apa kita buat tak menyalahi undang-undang dan tidak terpesong dari tuntutan Tuhan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Yang Esa. Aamiinnn…