Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bengkel Fotofon bersama SONY MATIC COSMODERM Teknik Asas Fotografi
February 11, 2018April 12, 2018

Oooo… Ini rupanya teknik asas fotofon secara manual | Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Maksud sebuah gambar

Isi Kandungan hide
1 Maksud sebuah gambar
2 Gambar camera vs gambar handphone. Mana lagi cantik?
3 Perlu ke blogger tahu teknik bergambar dengan betul ?
4 Bengkel Fotofon KBBA9 bersama SONY dengan kerjasama MaTiC COSMODERM | Teknik Asas Fotografi
5 Gambar syok sendiri
6 Sifu Rahman Roslan – Photographer hebat dari Sony Malaysia
7 Teknik Asas Manual Fotofon
8 Elemen penting asas fotografi
9 Ini lah hasil gambar apa yang Nina faham tentang teknik asas fotografi secara manual fotofon
10 Terima kasih penaja
11 Sarapan
12 Break time
13 Dessert with Coffee
14 Lunch
15 Yes! KBBA9 – Bukan Sekadar Blogger
16 Bengkel Fotofon bersama SONY MATIC COSMODERM Teknik Asas Fotografi
17 Related posts:

Bila korang tengok sesebuah gambar tu apa yang korang nampak? Bagi Nina sebuah gambar memaparkan seribu satu cerita. Memang setiap gambar ada cerita dibalik tabir yang manis tuk di kenang. Pahit tuk di telan. Eh! Sempat menyelit madah berhelah plak.. hahaa…

Penyampaian sesebuah gambar amat subjektif. Setiap orang yang melihat ada fahaman yang berlainan tentang gambar tersebut. Kadang tuu lain yang nak ditayang, lain pula titik fokus yang ditekankan pada sesebuah gambar tu… Kita nampak lain, dia lak nampak lain. Selalu gitu kannn…??

Gambar camera vs gambar handphone. Mana lagi cantik?

Hurmm .. . . Korang rasa snap gambar dari handphone cantik ke dari camera lagi cantik? Selama ni Nina dok andaikan gambar dari camera semestinya lagi cantik. Dah nama pun camera kann…?? Ayat sedapkan hati sebab nak gak beli camera impian nanti. hehe . .

Ok, sebenarnya kedua-dua pun akan menghasilkan gambar yang cantik. Yang penting tahu asas dan teknik yang betul supaya gambar tu akan nampak hidup! Senang citer, terserlah maksud titik fokus pada penyampaian gambar tersebut.

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Korang, cantik kannnn gambar ni? Bukan cantik jer… Cantik giler!! Nina tak sangka gambar sehebat ni di ambil menggunakan handphone ajer?!

Perlu ke blogger tahu teknik bergambar dengan betul ?

Hurmm… Ini pun subjektif. Bergantung pada minat dan kecekalan serta kesabaran seseorang dalam bidang fotografi. Ada jer yang jenis ambik gambar, asal ada gambar dan objek yang nak ditayangkan, snap ala kadar pastu terus post kat blog / IG / FB. Kira selesai lah task nya.

Ada juga yang cerewet teliti amat sangat akan sesebuah karya, sekeping gambar pun berjuta kali dok snap,  sampai pebuh memory card, pastu edit, pastu entah apa lagi nak di tokok tambah cahaya laa, sharp laa, bebagai-bagai lah dan akhirnya apa yang dipaparkan biasa-biasa aje. Eerrkk … paku serpih. Gambar Nina ler tuu … Huhuu . . .

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Bengkel Fotofon KBBA9 bersama SONY dengan kerjasama MaTiC COSMODERM | Teknik Asas Fotografi

Syukur Alhamdulillah, semalam Nina berpeluang belajar asas seni fotografi menggunakan telefon pintar / handphone. Percuma jerrr awak…!! Giler laaa KBBA9 ni. BEST betul sebab banyak betul aktiviti yang bermanfaat. Amat rugi laaa sapa yang tak pegi tu? hehee . . .

Korang yang suka ambik gambar gerenti punya koleksi beribu-ribu lemon gambar dalam simpanan handphone korang kann..?? Cer tengok balik gambar-gambar tu. Cantik ke? eerrkkk~
Sendiri snap, sendiri tengok, opkos lah rasa cantik giler gambar yang sendiri snap tu kannn..?? Again. Nina ler tuu. Hahaa

Gambar syok sendiri

Ok, rupa-rupanya selama ni Nina ni dok syok sendiri ingat gambar yang Nina snap tu dah cantik kebabomm lawa! Aduyai .. Padahal rupanya idok lerr cantik mana gambar dolu-dolu tu semua. Haissshhh … Sambil dok belek-belek tenung-tenung balik gambar lama yang Nina dah post kat  IG tu, rasa nak delete jer semua! Oh tidak.. Awat laaa buruk sangat rupanya gambar lama tu semua! Huhuuu . . . **meh tengok kenapa Nina cakap gitu**  

Bengkel Fotofon bersama SONY MATIC COSMODERM Teknik Asas Fotografi

Sifu Rahman Roslan – Photographer hebat dari Sony Malaysia

Ini lah dia Photographer hebat dari SONY – Sifu Rahman Roslan. Cantik weyyy gambar-gambar dia. Korang nak tau, sila google yaa…   Sorry yaaa Sifu Rahman, gambar ni kelaut sikit banyak, maklumlah semakPhone murah pastu masa ni belum reti adjust manual. Nina zoom pastu gambar ni pecah! Huhuuu . . .

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Beliau berkongsi ilmu teknik asas fotografi yang boleh di aplikasikan menggunakan handphone secara manual. Setakat snap gambar guna mode AUTO anak Nina yang kecik tuuu dak Eilhan pun pandai.  Teknik manual  yang betul akan memberi impak ‘Wow’ pada sesebuah gambar walaupun sekadar guna handphone android. Handphone lain IPhone tak leh, sila download apps manual. Hahaa . . .

Teknik Asas Manual Fotofon

Bengkel Fotofon bersama SONY MATIC COSMODERM Teknik Asas Fotografi

Kalau korang belek kat handphone korang, akan nampak setting manual ni. Benda ni laaa teknik asas manual fotofon. Korang kena tahu adjust manual setting kat sini untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik walau bukan dari camera.

1- Aperture – Aperture adalah bukaan diafragma pada lensa kamera. Biasanya nilai aperture ini pada smartphone korang biasanya f/2.6 hingga f/1.8

2- Shutter Speed – Dalam fotografi, kelajuan shutter speed adalah berapa panjang masa apabila sensor digital kat dalam camera terdedah kepada cahaya dan juga apabila camera shutter terbuka mengambil gambar.

ISO – Dalam fotografi digital, ISO mengukur sensor imej terhadap sensitif pencahayaan. Semakin rendah kita setting cahaya kat camera handphone korang, maka semakin kurang lah cahaya bintik-bintik halus yang warna putih tuu kat gambar yang korang snap

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Amacam? Pahey ke dok? macam susah eh.. Memang susah nak faham pun. Nina sendiri ni pun masih terkial-kial nak fahamkan. Senang citer korang praktikal sendiri, korang try laa kat setting camera handphone korang. Nanti korang paham apa yang Nina citer ni..

Elemen penting asas fotografi

Apa yang Nina faham, secara asas nya ada beberapa teknik asas fotofon yang perlu ada dalam sesebuah gambar. Tapi sebenarnya gambar-gambar yang  kita dah pernah ambik sebelum ni walaupun auto kita dah sedia apply teknik asas tersebut. Cuma ianya berlaku tanpa kita sedari sebab dah set auto kann..??

  • Light
  • Frame
  • Rule of third
  • Foreground
  • Reflection
  • Perspective line

Benda ni lak Nina sikit-sikit faham dan Nina cuba praktikkan secara setting manual kat handphone Nina semasa sesi outdoor praktikal semalam. Memasing macam-macam style ada. Yang tertonggeng, terbaring, tertunduk-tunduk macam nak sujud, ada dok tenung produk entah apa yang difikirkan. Masa 30 minit memang ke laut nak perah idea. Huhuu . . .

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Ini lah hasil gambar apa yang Nina faham tentang teknik asas fotografi secara manual  fotofon

Tadaaa…!!
Ni gambar yang Nina snap selepas Nina cuba apply kan apa yang Sifu Rahman Roslan kongsikan sepanjang sesi Bengkel Fotofon KBBA9 2018. Cantik tak? Alaaa… Cakap laaa cantik sebab gambar Nina ni dipilih antara gambar yang menarik. Apply apa yang di ajar. Katanya. ..

Kemvang vontot Nina semalam. ngeee~ Rasa nak lompat bintang. Eh! Sedar diri dah mak orang. Apa jadah lompat bintang. Hahaaa . . .

Selama ni Nina dok main hentam kromo jer snap gambar. Asal hado gambar jadilah.. Gitu! Tak pernah laaa nak fikir dulu. Dok mikir anak dah meraung merengek jawabnya. Biasalah mak mak surirumah gini laaa…

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Apa yang Nina cuba praktikkan dari sesi pembelajaran  Sifu Rahman Roslan kat gambar ni adalah frame, garisan, cukupkan cahaya, fokus kepada objek (produk) yang nak di tekankan dalam sesebuah gambar. Alaaa.. Elemen penting yang tadi Nina type kat atas tuu… Cer tengok balik.  Masa ni Nina belasah  try an error memain tukar-tukar kat manual setting camera phone Nina.  (AWB, Exposure, ISO, Shutter, Focus) gitu laa kekdahnya..

Terima kasih penaja

Alhamdulillah murah rezeki KBBA9 bila masa beberapa penaja sudi bekerjasama menyempurnakan Bengkel Fotofon KBBA9 2018 ini.   Thanks million to SONY, Cosmoderm, MaTiC, Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing , KhaisyaDelite ,Tasty_bake , IraBakery , BrillPremiumCoffee .

Sarapan

Sarapan pagi kami yang sedap disediakan oleh Restoran Nelayan Gombak.  Ramai puji karipap dan bihun gorengnya sedap! Nian sendiri terasa rugi lak tak ambik sikit jerrrr Bihun Goreng tu. Risau weyyy ada yang ngadu ngan Coach JK1M  Capt.Black #TeamKLCC. Huhuu . .

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Break time

Menu kami dimeriahkan lagi dengan Sanwich dan Brownies dari KhaisyaDelite. MasyaAllah … Heavennya Brownies Abam Korie! Korang nak order pi kat IG KhaisyaDelite ehh …

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Dessert with Coffee

Minuman penyejuk tekak nan favorite Nina ‘Coffee’ dari BrillPremiumCoffee, Roti gebus sedap dari Ira_Bakery dan dessert Cream Puff  comey ni   lak dari TastyBake. Makaseh yaaa..

Bengkel Fotofon bersama SONY MATIC COSMODERM Teknik Asas Fotografi

Lunch

Alhamdulillah sebelum balik, Nasi Beriani Kambing dari Cafe Cerita Kambing.  Alahai … Nikmat nya kehidupan hari ni. masak laaa nak kena workout 50x KLCC gamaknya. Hahaa . . .

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Berakhir sudah Bengkel Fotofon KBBA9 2018. Alhamdulillah  ilmu yang bermanfaat ini akan Nina cuba apply elemen teknik asas fotografi yang Sifu Rahman Roslan curahkan dan terus praktikkan dalam karya-karya Nina seterusnya. Chewah … Konon ‘karya’ . Hehhe . . .

Terima kasih AJK KBBA9 yang teleh bertungkus lumus menyempurnakan Bengkel Fotofon yang santai, relax lagi berilmiah. Moga akan ada bengkel sebegini lagi di masa akan datang buat kami.

Yes! KBBA9 – Bukan Sekadar Blogger

Bengkel Fotofon KBBA9 Sony Cosmoderm Matic

Bengkel Fotofon bersama SONY MATIC COSMODERM Teknik Asas Fotografi

Related posts:

Kat Mana Char Kuey Teow Sedap Penang Perlis
SAFI Fair Beauty - 8 manfaat kecantikan. Wajah cerah berseri
Chinese Muslim Food Restaurant yang sedap best kat BLUE GINGER . Ppsstt... Salted Egg Squid dia Ohse...
Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah
Lifestyle Review Tips Asas FotografiBengkel Fotofon bersama SONY dengan kerjasama MATIC dan COSMODERMKBBA9PhotoPhoneReviewteknik fotofonTeknik fotografiTeknik mudah ambil gambar

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. Mama Kembar Tiga says:
    February 11, 2018 at 10:21 pm

    I ler tu, yang lamaaaa dok tenung produk dok pikiaq apa nak buat hahahhaa.
    Tahniah nina, gambaq nina memang lawaaa!

    Reply
  2. SalinaJohari says:
    February 11, 2018 at 10:30 pm

    Betul Kak Nina..sebelum ni Sal snap pic ikut hati…secukup rasa..hentam kromo..citarasa sendri..huhuhu…dah join bengkel…baru tahu…best sgt²

    Reply
  3. anazarin says:
    February 11, 2018 at 11:09 pm

    betul tu..kalau taj sebelum nie..belasah je tangkap gambar

    Reply
  4. mas saari says:
    February 12, 2018 at 6:51 am

    Wahhh bestnya dapat ilmu ni, berguna sangat.

    Reply
  5. ina says:
    February 12, 2018 at 8:51 am

    thanks kaknina….sudi share dengan kami yang tak reti dalam fotografi..Sekarang dah tau..ehehehe.Spam gambar banyak-banyak pasni..eheheh

    Reply
  6. ema says:
    February 12, 2018 at 10:41 am

    Tahniah kak nina menang fotofon terbaik. Kak nina memang pandai bab gini..lagi tambah ilmu bila datang ke bengkel fotofon ini kan.

    Reply
  7. Shiqin Sunshine says:
    February 12, 2018 at 12:01 pm

    Wahh bagus nya…tahu la skit2…selama ni main snap je pakai auto…huhu tapi manual setting sy xbnyk mcm nina ckp tu hehe..

    Reply
  8. Huda says:
    February 12, 2018 at 12:11 pm

    Tahniah kak nina. Nak berguru please…

    Reply
  9. Asyraf says:
    February 13, 2018 at 8:35 am

    Bestnya event macam ni. Dengarnya Percuma. Rugi lambat dapat taw.. Adoii

    Reply
  10. kisahsidairy says:
    February 13, 2018 at 10:45 am

    Bestnya lah kalau dapat join jugak bengkel ni kan..selama ni memang kita ambil gambar asal boleh je…so,kalau dah tau teknik ni,pakai phone pun takpelah…nak beli camera tak kemampuan lagi

    Reply
  11. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says:
    February 13, 2018 at 3:44 pm

    tahniah Nina menang gambar terbaik

    Reply
  12. IQ aka Izyan Balqis says:
    February 13, 2018 at 4:44 pm

    makanan sedap, program bagus, memang best program ni! tak best bila kena makan sikit jer. huhu

    Reply
  13. YB Shehan says:
    February 16, 2018 at 2:18 pm

    harap akan ada lagi program macam ni. mmg terbaik sangat

    Reply
  14. Bella idura says:
    March 2, 2018 at 10:48 pm

    Tahniah kak nina. Menang! Gambar superb!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes