Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia
November 3, 2022November 3, 2022

TAHNIAH! ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia

TAHNIAH! ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia  (penjenamaan semula atau omputeh kata rebrands)

Isi Kandungan hide
1 ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia
2 KEX EXPRESS memberikan komitmen perkhidmatan lebih baik
3 Related posts:
4 Disebalik nama OMBAKBERGIGI | Shuhada Herman fulltime blogger berkongsi resepi dan travel juga seora...
5 Apam Karamel Tanpa Telur... walaupun tanpa telur, hasilnya tetap jadi APAM yang penting....
6 Agar-agar Pandan Santan.... nyamannya!
7 Tortilla Ayam Simple - Bekal Sekolah Anak yang simple, mudah dan cepat disediakan!

Sebut ABX Express memang tak asing bagi Nina sebab Nina antara pengguna servis courier ABX Express masa Nina kerja di sebuah company Oil & Gas dulu. So far Nina amat berpuashati dengan servis mereka. Cekap, pantas dan staff nya pun friendly lagi berhemah. Baik betul budak lelaki tuu.. Tapi sejak Nina dah berhenti keje situ entah apa khabar dia sekarang. Harapnya semua baik-baik belaka untuk  brother ABX tu . Okies cut story, dah lebih seploh tahun berlalu.

Baru-baru ni Nina dapat jemputan ke Majlis Pelancaran Rebrand sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran yang bertempat di sebuah hotel terkemuka ditengah ibukota Kuala Lumpur – Shangri-La KL.

Vavavaa seronok sakan! Maklumlah seketul permaisuri yang acah-acah comey ni dah lama tak keluar kepompong opkos lah happy sekali sekala dapat jumpa kengkawan bloggers lain. Ala-ala me time gituh! HAhaa

Tidak dinafikan setelah teknologi semakin maju,  ramai orang berbelanja keperluan ataupun barangan kegemaran melalui online. Semuanya dihujung jari. Tekan tekan, bayar dan tak lama kemudian barang pun sampai depan rumah. Mudah.

Dan dalam masa yang sama, ramai yang berjaya menjana pendapatan melalui jualan di atas talian juga. Nina antaranya. Haa.. Nina jual apa, tak pernah tahu kann? Ada opkos ada. Nina ada jual Serbuk HALIA #1 padu ! Nanti order tau! HAhaa sempat promote.  Ya, sekarang ni dok rumah pun boleh masyukkk yang penting usaha.

Online seller macam Nina semestinya pentingkan servis penghantaran yang bagus, cepat, pantas, bertanggungjawab dan paling penting lagi mampu cover banyak destinasi Dalam Malaysia dan antarabangsa. Terutama kawasan pendalaman dalam Malaysia di ceruk-ceruk nun jauh di Sabah dan Sarawak. Pengalaman Nina dulu dengan ABX Express tak pernah mengecewakan. Sebut je ceruk mana tersorok, ABX cover sampai depan pintu. Yelah ABX Express telah beroperasi di Malaysia selama 38 tahun sejak 1984!

Hello hello nak kasitau nih!

ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia

ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia

Wow menarik! Tahniah KEX EXPRESS Malaysia dijenamakan semula daripada ABX EXPRESS. Perkhidmatan kurier bagus meliputi kawasan pendalaman Malaysia Sabah Sarawak.
Dengan penjenamaan semula ABX Express ke KEX Express pasti nya mereka memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa global khususnya China dan sebahagian besar negara-negara Asean. Lebih luas, lebih komited dan mantap!

Menurut Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia :  Richard Lui

“Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspres kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan, dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa,” tambah Lui.

KEX Express mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 250,000 bungkusan setiap hari, disokong 700 pusat perkhidmatan dan 3000 pekerja diseluruh negara.

KEX EXPRESS memberikan komitmen perkhidmatan lebih baik

Lui berkata KEX Express baharu akan memberi tumpuan kepada tiga bidang sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

 

1. Pembayaran digital untuk Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)

  • KEX Express merupakan perintis untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspres tempatan
  • COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos.
  • Untuk FOD digital pula, ia membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba.
  • Tiada kuantiti minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi pelanggan yang memilih pilihan pembayaran ini. Semua pelanggan yang datang ke mana-mana kedai KEX Express dialu-alukan untuk menggunakan tawaran ini.

 

2. Pusat Penjual (Seller Centre)

  • Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
  • Ia mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (cth. tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dll.)
  • Ini membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (O2O) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.

 

3. Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)

  • KEX Express ini dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
  • Ini memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.

 

Penjenamaan semula ini menyaksikan ABX Express berubah menjadi KEX Express, dengan penggunaan logo di bawah dalam segenap aspek – termasuk papan tanda di semua kedai KEX Express di seluruh Malaysia dan juga lebih 2,500 trak penghantraan yang beroperasi secara harian di seluruh negara

KEX EXPRESS menawarkan diskaun promosi

Sempena pengumuman penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular tempatan dan antarabangsa. Nikmati kadar menarik ke China, Singapura, Taiwan, Macau, Hong Kong dan banyakkkkk lagi destinasi antarabangsa!

Hantar barang ke Malaysia dan Antarabangsa dengan KEX EXPRESS!
Penghantaran dalam negeri  (promo bermula  1 November 2022)
Send items from East Malaysia and West Malaysia, starting from *RM4.99 only!

Available to first-time customers.
*Terms and conditions apply.

ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia

Lawati parcel shop kedai KEX Express terdekat atau dapatkan info lagi di my.kex-express.com
and start sending your documents and parcels via KEX Express today!

Find out more and jangan lupa follow KEX Express:
Facebook: @kexexpressmy
Instagram : @kexexpressmy
Tiktok : @kexexpressmy

Jommm pasni kita sesama ber KEX Express!

Related posts:

Disebalik nama OMBAKBERGIGI | Shuhada Herman fulltime blogger berkongsi resepi dan travel juga seora...

Apam Karamel Tanpa Telur... walaupun tanpa telur, hasilnya tetap jadi APAM yang penting....

Agar-agar Pandan Santan.... nyamannya!

Tortilla Ayam Simple - Bekal Sekolah Anak yang simple, mudah dan cepat disediakan!

Lifestyle Review ABX EXPRESSABX EXPRESS REBRAND TO KEX EXPRESSBeli ONLINECash on Delivery (COD)Courier ServiceFreight on Delivery (FOD)Hantar Barang ke Malaysia Antarabangsaharga kurierKEX EXPRESSKEX Express near meKEX EXPRESS TrackingKurier MalaysiaPenghantaran OnlinePenjenamaan Semula

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. huda halid says:
    November 3, 2022 at 11:10 am

    tahniah KEX Express. nanti boleh la try guna courier ni pula pos barang

    Reply
  2. Yaya Azura says:
    November 3, 2022 at 11:17 am

    Mudah guna ABX ni utk yg berniaga…penerima bayar sendiri kos delivery..Harga barang dh deal, jadi takde problem kata kita up over atas kos pos..

    Reply
  3. Nadia johari says:
    November 3, 2022 at 12:03 pm

    Tahniah ABX Express dikenali KEX Express. Servis diaorang me.mang pantas.

    Reply
  4. Marina says:
    November 3, 2022 at 12:24 pm

    Tahniah ABX express di atas penjenamaan semula ni. Lama dah diorang ni rupenye

    Reply
  5. Azlina says:
    November 3, 2022 at 6:59 pm

    Wahh, dah 38 tahun. Lama sangat-sangat tu, memang brand tertua lah kiranya. Memang bagus dia branding, sebab orang dah mula lupakan. Kiranya dengan nafas baharu ni, boleh buat orang teringat-ingat brand ni kembali. Tahniah ABX Express.

    Reply
  6. Qaseh says:
    November 6, 2022 at 11:54 am

    terbaik kex express

    Reply
  7. geometry dash unblocked says:
    November 10, 2022 at 6:31 pm

    Your writing is lucid and compelling. I anticipate hearing more from you in the future.

    Reply
  8. Haziq says:
    July 14, 2023 at 3:47 pm

    Kini, servis penghantaran barang sudah menjadi salah satu perkhidmatan yang sangat penting di Malaysia disebabkan oleh kemudahan dan fleksibiliti yang ditawarkan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes