Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama MISTERI MONA Full Episod Akhir
December 14, 2020August 24, 2023

MISTERI NONA penuh suspen! Siapa sebenarnya Mona? Full Sinopsis episod akhir

Tamat dah happy ending  Drama BERI SEDIKIT WAKTU  lakonan Zara Zya bergandingan bersama Aqasha. Drama yang cukup santai mengupas tentang penyakit OCD. Ya OCD boleh sembuh dengan jalani rawatan dari pakar.  Kesinambungan slot Samarindra diteruskan dengan drama seram suspen Drama MISTERI MONA berkisarkan kehidupan pesakit mental. Bila cakap mental ni orang selalu andaikan orang gila. 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama MISTERI MONA
1.1 Anom sakit
1.2 Misteri menghantui Farah
1.3 Siapa Mona?
1.4 Episod akhir MISTERI MONA
1.5 WATAK PELAKON MISTERI MONA
1.6 Lagu OTS Drama MISTERI MONA
1.7 Lirik Lagu Suatu Pernah Fynn Jamal
1.8 Related posts:
2 Idaman Villa Homestay Melaka | Terbaik, bersih, besar, menarik laaa...!!
3 Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..
4 Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV
5 Sinopsis BUKAN CINTA AKU TV3 AKASIA

Sesuatu yang menarik bakal dikupas tentang ikatan kekeluargaan, kasih sayang antara adik beradik, cinta tulus ikhlas seorang suami yang menjaga isteri sakit mental dan kecekalan  seorang gadis terpaksa bekerja jaga pesakit mental demi kelangsungan hidup. 

Sinopsis Drama MISTERI MONA Full Episod Akhir

Sinopsis Drama MISTERI MONA

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Trauma zaman kanak-kanak nya yang yang amat sadis. Bapa tiri yang  panas baran selalu memukul mendera ibunya antara faktor Anom mengidap penyakit mental.

Anom mendapat rawatan dengan Dr Nadeem (Redza Rosli)  dan kemudian berkahwin. Suaminya amat risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya.

Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Anom sakit

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian.

Hati-hati, bukan semua yang ada di depan kita itu benar

Sinopsis Drama MISTERI MONA Full Episod Akhir

Misteri menghantui Farah

Tanpa diduga, tiba-tiba satu pesanan nota bertulisan tangan berada dalam handbag Farah. Farah cuba membandingkan tulisan tersebut dengan Dr Nadeem dan Puan Anom malangnya tidak sama! Farah mula mengesyaki sesuatu dan mula menyiasat misteri tersebut. 

Hari demi hari, satu persatu kejadian yang terjadi dan semakin banyak misteri! Tentang Anom, Dr Nadeem dan rumah itu sendiri

Satu hari Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata,

“Aku dah lepaskan Mona……”

Siapa Mona?

Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini?
Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Jeng jeng jengggg… Drama MISTERI MONA ni agak seram dan suspen!
Nina dah tonton 2 episod dan sukakan kelainan slot Samarinda kali ni. Idok ler dok kisah cinta, kawin paksa, scandal sana sini, rebut harta dan kebanyakkan drama cliche. Tapi tetap gak tonton Drama Sangat! HAhaaa

Hebat lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Elisya Sandha. Sinematografi nya cantik! Nina suka..

Episod akhir MISTERI MONA

Cer tonton! Best ke best kannnn??

Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizan. Ditayangkan pada bulan Disember 2020.
JUDUL : MISTERI MONA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : Disember 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Aquila Emas Sdn Bhd

PELAKON : Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim

WATAK PELAKON MISTERI MONA

Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Elisha Sandha sebagai Farah
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Zizan Nin sebagai Razlan
Zarynn Min sebagai Laila
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona

Lagu OTS Drama MISTERI MONA

Lagu pembukaan : Suatu Pernah – Fynn Jamal
Lagu penutup : Misteri – Openg

Sejujurnya memang match betul lagu Fynn Jamal ni dengan drama MISTERI MONA
Dengan intonasi, bait lirik, suara Fynn Jamal bagaikan satu aura buat drama ini. Ada laa rasa macam seram seram sikit.   Cer dengar https://youtu.be/YlBa9TSkICE
Setuju tak? Huhuuu . . .

Lirik Lagu Suatu Pernah Fynn Jamal

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah kau ambil dan terus engkau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah tak pernah

Dikutipku bila sudi
Dibila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Kutetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu, tak pernah rayu dulu

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai, terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah

Suatu yang pernah
Yang pernah

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai, terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah

Korang dah tonton? Best tak  . . .
Berdebar-debar jer nonton kannn? Sesekali layan drama grene psiko thriller gini syok gak!

Related posts:

Idaman Villa Homestay Melaka | Terbaik, bersih, besar, menarik laaa...!!

Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..

Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV

Sinopsis BUKAN CINTA AKU TV3 AKASIA

Drama Movie Review Drama 10pmDrama bestDrama InfoDrama sangatElisha SandhaINFO DRAMA TERKINIiQIYIJanna NickLirik Lagu Suatu Pernah Fynn JamalMISTERI MONA SPOILERRedza RosliSamarinda TV3Sinopsis Drama MISTERI MONATonton Drama OnlineVIU Malaysia

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. cik nor says:
    December 15, 2020 at 3:54 pm

    btl2 mistri ni k.nina..:)

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
  3. Pingback: Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler
  4. Pingback: Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU Sinopsis episod 1 - akhir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes