Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Drama HATI YANG TERSAKITI
November 2, 2020August 8, 2023

Stress meluat tengok! Drama HATI YANG TERSAKITI lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana TV3

Hurmmm… Cukup trending Drama HATI YANG TERSAKITI yang sedang ditayangkan di TV3 Slot Samarindra 10pm. Sebelum Drama ini, tak silap Nina  TV3 tayang Drama Korea. Not bad! Layan laaa jugak..

Isi Kandungan hide
1 Aduhhhhh..! Stress Meluat TERtonton Drama HATI YANG TERSAKITI
1.1 Sinopsis Drama HATI YANG TERSAKITI
1.2 Haris dan Mona – 5 tahun perkahwinan tiada cahayamata
1.3 Akhirnya Mona hamil
1.4 Kerana cemburu, isi hati – Farah umpama kawan makan kawan tikam belakang
1.5 WATAK PELAKON Drama HATI YANG TERSAKITI
1.6 Related posts:
2 Gempak seyhh..!! Promosi Merdeka Bangi Wonderland
3 Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA lakonan AYDA JEBAT dan Remy Ishak
4 CARA BUANG ANGIN TANPA UBAT | SERBUK HALIA #1 PADU
5 Mana Makan Buka Puasa? SHELL OUT Jommm…!

Aduhhhhh..! Stress Meluat TERtonton Drama HATI YANG TERSAKITI

Tapi bila TERtonton Drama HATI YANG TERSAKITI ni memang rasa TERmeluat nak tonton! Nyampah pun hado.. Lakonan Remy Ishak bersama double heroin (Nad Zainal dan Mimi Lana) agak keterlauan. Ok, sejujurnya  not agak keterlauan tapi  ‘sangat’ tak sesuai di tonton. Kemesraan yang terlalu over rasa tak perlu di tunjuk untuk sebuah Drama Melayu TV3. Drama ok, bukannya movie yang ditayangkan kat pawagam tu …

TV ni pendedahannya umum. Serata usia boleh akses dan menontonnya. Please laaa TV3, buka mata lebih prihatin. Lantas memang Nina tak layan pun drama ni, sempat TERtonton satu episod dan tak sanggup nak tonton lagi bersama seisi keluarga. Malu laaa anak-anak tengok!

Remy Ishak Nad Zainal Mimi Lana Drama HATI YANG TERSAKITI

Buat yang melayannya, Nina kongsikan serba sikit jalan cerita Sinopsis Drama HATI YANG TERSAKITI lakonan ‘hebat’ Remy Ishak bergandingan Nad Zainal dan Mimi Lana. Para pelakon lain pun memainkan lakonan yang bagus jugak.

Sinopsis Drama HATI YANG TERSAKITI

Secara ringkasnya mengisahkan Mona dan Farah berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?

Macam tak syok lak kannnn, ringkas sangat sinopsisnya.
ok Nina panjang sikit . . .

Mengisahkan Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Memasing berkerjaya hebat

Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk tapi Mona memilih Haris sebagai suaminya. Dan Farah memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah dan Mona terputus hubungan.  Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita selepas itu.

Sinopsis HATI YANG TERSAKITI TV3 Drama

Haris dan Mona – 5 tahun perkahwinan tiada cahayamata

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan.

Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, tapi perkahwinan Farah dan Adrian tak sehaluan , selalu bertekak dan Farah ingkar pada Adrian. Akhirnya mereka dalam proses perceraian.

Akhirnya Mona hamil

Mona dan Haris gembira bila proses rawatan kesuburan mereka untuk mendapatkan anak berhasil dengan jayanya. Akan tetapi, demi menjamin kandungan Mona , doktor menasihati Haris agar tidak bersama Mona sehingga kandungan Mona stabil. Mereka terpaksa akur dan saling bersetuju.

Satu hari, secara tak sengaja Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Pada awalnya Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.  Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya.Drama HATI YANG TERSAKITI

Kerana cemburu, isi hati – Farah umpama kawan makan kawan tikam belakang

Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Bermula episod duka dalam hidup Mona bilamana cintanya dikhianati akibat TERlalu percaya pada suami dan kawan baiknya Farah. Semuanya merubah keseluruhan hidup Mona.  Lebih menyedihkan di saat kandungan Mona keguguran, Farah menghasut Haris menyalahkan Mona dan menyuruh Haris menceraikan Mona.

Apa yang terjadi seterusnya?
Berjaya kah Farah memiliki kesemua yang Mona miliki?
Adakah Haris akan meninggalkan Mona dan beralih pada Farah?
Berhasilkah rancangan Adrian untuk membongkar segala kejahatan Farah?

Nantikan drama bersiri ‘Hati Yang Tersakiti’ di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Drama bersiri 15 episod arahan Feroz Kader terbitan oleh Art Ornament. Menemui penonton bermula 15 Oktober 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : HATI YANG TERSAKITI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 15 Oktober 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Samarinda TV3
KARYA : Shida Zali
PENULIS SKRIP : Azril Hamzah
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash

WATAK PELAKON Drama HATI YANG TERSAKITI

Remy Ishak sebagai Haris
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah

Sempat laa Nina tonton beberapa scene Drama HATI YANG TERSAKITI ini kat Instagram. Keseluruhan drama ini sebenarnya olahan jalan cerita nya menarik. Walaupun agak cliche drama melayu tapi ada laa kelainannya sikit.  Ok ada beza banyak! Terutama bab over melampau beberapa adengan meluat. Mengapa perlu berpeluk sakan, ciyum sana ciyum sini bersentuhan antara bukan muhrim. Tak mo komen berjela bab ni.

Tapi setiap drama pastinya ada kebaikan dan pengajaran yang tersirat. Penceritaan kisah hidup yang terjadi antara kita antara nampak dan tidak di viralkan aje.  Kisah antara persahabatan, cinta dan kasih sayang , ketulusan kejujuran dalam perkahwinan dan ujian serta dugaan dalam kehidupan. Yang mana menonton, ambik ikhtibar dan jauhi perkara sebegini. Harus ingat, ada jer yang masalah dan ujian yang hadir sendiri yang ciptanya.  Kannn..?

Tetiba teringat drama lebih kurang gini gak jalan cerita nya, lakonan Emma Maembong, Amyra Rosli dan Amar Baharin dalam Drama CEMBURU SEORANG PEREMPUAN   . Salute laa,  para pelakon menjaga batasan dan drama ni best! Meletop trending jugak. Setakat nak tunjuk kebahagiaan, kasih sayang dan cinta terhebat seorang suami pada isteri tercintanya, tak perlu pun adengan merapu bagai tu.. Setuju tak?

Terlepas episod? Dont worries! Korang boleh jer click Tonton Drama Online HATI YANG TERSAKITI TV3  . Okies, selamat sakit hati. HAhaaa . . .

Related posts:

Gempak seyhh..!! Promosi Merdeka Bangi Wonderland

Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA lakonan AYDA JEBAT dan Remy Ishak

CARA BUANG ANGIN TANPA UBAT | SERBUK HALIA #1 PADU

Mana Makan Buka Puasa? SHELL OUT Jommm…!

Drama Movie Review Drama 10pmDrama sangatHATI YANG TERSAKITINad ZainalRemy IshakSamarinda TV3Sinopsis DramaTonton Drama OnlineVIU Malaysia

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (23)

  1. amie says:
    November 3, 2020 at 9:19 am

    Bila rasa meluat tu maknanya berjayalah pelakon itu menjiwai wataknya.

    Reply
  2. Hayati Suki says:
    November 3, 2020 at 7:18 pm

    Sisyat tak terjebak lagi cerita ni. Tp sebab ramai yg review citer ni best, tergugat la jugak.
    Ni bila Nina komen adengan kurang sesuai tu, rs x wajar pula nak tgk.

    Reply
  3. Ummi says:
    November 4, 2020 at 2:11 am

    Saya dah jarang tgk tv sebenarnya, kecuali berita. Sbb mcm nina cakap la, drama melayu kebanyakannya cliche. Tapi kalau baca sinopsis ni, macam menarik la pulak.

    Reply
  4. LampuHijau says:
    November 4, 2020 at 7:48 am

    Sebelum ni tak silap drama melayu juga kak nina. Tapi LH pun tak ingat dah apa nama drama tu. Tapi scene-scene dia memang ada yang kalau tengok dengan keluarga tu boleh buat merah muka lah. Ada pula dia letak scene pasal farah dengan haris tu gaduh sebab mona tu “layan” haris. ‍♀️. Taulah dia fikir budak-budak dah tidur masa tu tapi agK-agak lah

    Reply
  5. Rawlins GLAM says:
    November 4, 2020 at 8:32 am

    Kalau betul adegan keterlaluan, memang tak sesuai la ditayangkan apatah lagi di waktu prima di mana anak-anak akan duduk dengan keluarga dan menonton bersama.
    Patutnya kena lebih prihatin, lagi-lagi time PKPB nie kan.

    Reply
  6. Marina says:
    November 4, 2020 at 9:32 am

    Sakit hati tengok cerita ni. Takleh terima Remy Ishak belakon watak suami curang. Kesian Nad Zainal.

    Reply
  7. Sis Lin says:
    November 4, 2020 at 10:03 am

    Sis tak tengok pun satu episod pun lagi, lepas habs 7 hari tu, takde layan drama dah..nanti nak martahon laa nengok drama ni.. nampak macam sakit nauu hati ekkk

    Reply
  8. ayu rafikah says:
    November 4, 2020 at 12:06 pm

    dah lama x tengok drama melayu semenjak injoy tak dapat kat rumah ni..kekaang drama melyu problema di asatu jer…terlalu in character sampai lupa batas..jalan cerita mmg cliche..tapi kalau lakonan bagus drama akan melatop juga

    Reply
  9. ienaeliena says:
    November 4, 2020 at 12:58 pm

    haha iena dah tak tengok cerita ni sebab geram dengan si Nad zainal ni baik sangat.. makin sakit hati bila tengok hehe

    Reply
  10. Kitkat Nelfei says:
    November 4, 2020 at 1:51 pm

    Dulu zaman universiti rajin melayan drama2 macam ni sampai pergi beli novel bah.. Tak menafikan lakonan Remy dan Nad sure best dan sampai mesej yang cuba disampaikan dalam drama ni..

    Reply
  11. Ana Suhana says:
    November 4, 2020 at 4:20 pm

    Tengok beberapa episod je lepas tu tak tengok dah. Meluat, geram semua ada. Kita bab drama2 cmni jd emo teruk. Haha. Tp lakonan dorang kita suka dr dulu.

    Reply
  12. Racheal says:
    November 4, 2020 at 9:00 pm

    Woah… Rasa marah pula walau tau ini drama aje.. ala.. kena sambung lah ni ngan episod episode yg selebih tu… X sabar nak tengok

    Reply
  13. Muhamad Mawardi Bin Mat Yunus says:
    November 4, 2020 at 11:45 pm

    pheww.. lama betul dah saya tak layan tengok tv.. apatah lagi nk tgok drama or movie kan. busy sungguh walaupun x de keje tetap.

    Reply
  14. Cik Puan Ena says:
    November 4, 2020 at 11:48 pm

    Tak tahu lah kenapa malas layan drama ni mungkin xberapa suka over mesra kot. Kadang2 je layan. Tapi kalau cemburu seorang perempuan ena suka. Takde plak scene lebih2 cmni.

    Reply
  15. ika says:
    November 5, 2020 at 9:43 am

    Tak tengok lagi cerita ni. dok dengar je org cakap cakap. katanya ala ala kdrama

    Reply
  16. Fizah says:
    November 8, 2020 at 3:45 pm

    Dah lama tak tengok tv. Tapi baca sinopsis macam best 🙂

    Reply
  17. Pingback: Sinopsis Drama BERI SEDIKIT WAKTU Full Episod Akhir TV3
  18. Pingback: Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS TV3 Full Episod Akhir
  19. Pingback: MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia - Nina Mirza
  20. Pingback: Drama VILLA KRISTAL WeTV hot daring membongkar isu kekasih gelap
  21. Pingback: Drama BERI SEDIKIT WAKTU Sinopsis Full Episod Akhir TV3
  22. Pingback: Sinopsis TAKDIR YANG TERTULIS TV3 Full Episod Akhir
  23. Pingback: HATI TERCARIK LUKA | Angkara penyondol dan syirik - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes