Tuisyen Online FLYHIGH TRAINING CENTRE sebab stress dengan PdPR
Eilhan darjah 2
Tahun lepas masa darjah 1 entah berapa kali, entah berapa hari jer pegi sekolah. Baru nak fefeeling seronok sekolah rendah. Sekali PKP berbulan-bulan pastu sambung lak PKPB dan sekarang masih PKP. Huhuuu…
Alhamdulillah Eilhan tahu asas 3M membaca, mengira, menulis sejak tadika. Rezeki dia masa tadika kita orang pulun kaww kaww kasi dia get ready sebelum masuk alam persekolahan sekolah rendah..
Tapi bagaimana murid yang agak ketinggalan masa masuk darjah 1, sedar sedar anak dah darjah 2 kena bina ayat, buat karangan, susun perkataan, berfikir di luar kotak, selesaikan masalah matematik dan banyak lagi..?
Kemungkinan tak lama sekolah akan dibuka bilamana vaksin mula diagihkan.
Stress dengan Kelas PdPR!
Silibus ke laut dalam dah ni…
Adakah silibus akan dirombak?
Kementerian Pendidikan Malaysia
Takde lak dengar dengar.
So as parents kena usaha lebih sikit agar anak tidak ketinggalan nun jauhhhh
Please tanya.. Please pantau.
Yang diam jerr tu lagi laaa bahaya terutama yang dok cakap
“I’m ok mama..”
NO! Actually it’s not ok.
Kita tahu ker apa yang ok tu?
Kena duduk sekali, spend time dan selami apa yang ok dan yang tak ok. Siang busy tu normal semua orang pun busy . Spend time malam or weekend. Bukan untuk sesapa, anak sendiri, keluarga sendiri.. Apalah sangat korban kan sikit masa yang ada sementara masih dikurniakan masa untuk keluarga.
Bukan apa, payah nak kejar bila dah jauh sangat ketinggalan. Cikgu terpaksa ikut silibus. Takkan nak ulang ajar kenal huruf, kenal nombor, mengira tambah tolak sedangkan silibus dah kena hafal sifir dan buat karangan. Kann?
Tuisyen Online perlukan ke
Ya Nina hantar anak tuisyen online. Sedar diri anak Nina bukan lah fast learner. Jenis kena belajar patplohpat hari baru faham. So tak kan nak biar jer anak nonong tak faham iyer tak?
Tidak dinafikan anak-anak agak penat. Siang kena follow PdPR, malam tuisyen online.
Di tuisyen online ni, permulaan cikgu dia akan flashback refresh dan ulangkaji semula silibus tahun lepas tapi Nina suka!
Sebab kat sekolah nanti cikgu sekolah tak akan nak ajar semula. Hakikatnya tahun lepas anak-anak ni serupa tak pegi sekolah, serupa tak belajar pun.
Apa kita nak expect bila anak kita terpaksa belajar sendiri atau orang sekarang kata belajar norma baharu. Faham ke anak-anak apa yang dia dah belajar tahun lepas tanpa cikgu depan mata memberi penerangan ? Hurmmm…
TAHNIAH , Terima kasih pada Cikgu yang berdedikasi!
Ada cikgu sekolah yang amat berdedikasi!
Tahniah cikgu..
Tanpa jemu setiap hari GoogleMeet, Zoom ajar murid sampai faham.
Follow up murid yang tertinggal. Beri lagi bahan rujukan, collect keje sekolah dekat Guard. Salute! Cikgu memang seorang berjiwa pendidik
Tuisyen Online FLYHIGH TRAINING CENTRE
sebab stress dengan PdPR ! Pelajar dan ibubapa tertekan
Bukan nak kata, tapi kenyataan..
Dalam setandan pisang ada yang tak menarik, tak cantik tak menjadi elok.
Jujur citer ada segelintir cikgu sekolah ni suka cakap sengsorang tanpa tunjuk bahan apa yang cikgu tengah ajar. Anak blur sokmo dok nampak muka cikgu saja!
Ada tu bukan saja kelas hingar bingar, ada yang sepi sunyi tanpa respon sebab cikgu suh tutup mic. Baik send video jer kann. Acaner.. Rasa tak apa anak kita rasa?
Pendekatan Nina cuba usahakan solusi tambahan lain.
Nina cuba hantar anak tuisyen online kat Flyhigh Training Centre . Puashati sebab cara cikgu mengajar memudahkan anak faham. Ada gambar slide yang sangat membantu. Ada komunikasi 2 hala, anak respon bila perlu dan ini sangat memberi inspirasi, menaikkan semangat anak terus belajar. Tak bosan dalam kelas. Cikgu pun mesra alam.
Terkini untuk sekolah rendah, Nina rekemen korang masukkan anak join ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik . Bukan sekadar subjek teras je ada, subjek sekolah agama, persediaan untuk UPKK, PSRA dan kelas mengaji pun ada. Harga pun murah! RM99 je untuk 4 subjek.
So apa persediaan kita bila sekolah akan dibuka nanti? Adakah prestasi anak seperti tahun lepas, tahun semasa atau dah jauh tertinggal sebab dok sibuk berjuang main game?
Nina Mirza,
Mak anak 5 yang acah² cool dalam kerisauan
Yelah, Mak mana yang tak risau kannn..
Beruntung pada anak-anak yang parents amik berat soal pendidikan walaupun tak dapat ke sekolah.
Rawlins cakap to my sisters, jangan percaya kalau anak kata ‘ok je kerja rumah dia’. Spend some time untuk semak dan belajar bersama.
Nak recommend Fly High pada depa la.
betul. pdpr ni bukan saja guru, ibu bapa pun tertekan. elok ada tusyen online di rumah senang parents nak pantau
Cikgu yg dedikasi mmg penting kan utk boost mood anak time pdpr ni. Sama2 bantu anak dlm pelajaran
memang stress, nina. aida ada 2 anak skola menengah, form 2 and form 4.
yg form 4 tu amik aliran sains tulen and pdpr. oh my Good! kesian dia.
at this earliest stage, aida da pun belikan dia buku rujukan.
for add maths & maths, aida masukkan dia tuisyen online.
subjek lain, nanti dulu.
yg bongsu standard 3, aida boleh lagi la homeschool kan dia.
but tu la, manja sgt! skola tak brape hari last year.
fefeeling tak nak skola pun ada 🙂 ha ha ha ha…
bertabahlah kita kan dgn pendidikan anak2 yg agak kucar kacir now.
Turut simpati dengan anak-anak sekarang, begitu juga ibu bapa.. nak taknak kena hadap juga..
Sis takde pengalaman tapi adik-adik semua dah mula merungut.. Sis mampu bagi support aje..
Tang Cikgu tu, ikut rezeki kan Nina, kena cikgu yang betul mengajar, anak jadi seronok..
Yes, parent takyah stress2 fikir camna nak ajar the kids to understand dah since ada expert yang memang pro dalam mengajar kan… go online is the way now..
kak nina lagi lah mencabar nak uruskan anak2 ramai. huda anak dua ni pun dah give up dah kak. sampai rasa lantak lah.. tunggu sangat anak2 naik sekolah tahun ni.
Anak nad lagi sekrg 6 tahun, tiba2 tahun depan dah darjah 1..Allahu tak tau la macam mana nanti..Harap dia cepat tangkap . Kat rumah ni pun maknya dah jadi cikgu
Memang risau Kak Nina… Anak sulung Tini pun sekarang dah Form 1, yang lagi tiga pulak Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 5… Bila diorang kata OK, memang risau hati ni sebab tak sure apa yang okay kan… But slowly and steadily we tried to be with them masa kelas… Kalau tak sempat, balik keje terus check apa yang dah dipelajari and what not… InsyaAllah, semoga dengan ada ya FlyHigh, dapatlah membantu sedikit-sebanyak daripada segi pemahaman anak-anak kan…
i enjoyed reading this article. i wouldnt understand the frustration and worry that a mother has to go through during the pandemic until i read about your article. things will get better soon, stay positive! 🙂
I always use reverse psychology on my niece n nephew… I told them my problems first then I ly they will open up to me… Kids good in hiding their stress n feeling